Followers

Tuesday, October 23, 2012

Terbang Tinggi Ke Langit


Ahad ini merupakan permulaan hidup yang baru untuk aku...


Dan satu harapan untuk aku gapai bintang-bintang di langit...
yang pasti bukan setakat mimpi di siang hari...

Hei kamu...

Dalam sedih, dalam duka, dalam riang, dalam senyum, dalam tawa..
terima kasih ku ucapkan untuk semua...
sokong aku, kutuk aku, ketawakan aku...
walaupun aku jatuh...
comot-comot..bau masam campo hangit..
kau tetap di sisi...
mereka tetap memberi senyuman..
minta aku bangkit berdiri..


Pasti..aku akan cuba..
dan terus berjuang di lautan manusia...
yang penuh panca delima sutra dara..
aku pasti..
pasti akan bahagiakan kamu...

Hei!!
terima kasih kamu..


Syukur Ya Allah!!


Psst.... Aku akan berangkat ke *PLK Melaka Ahad ni.. Dan aku tak akan hapdate blog untuk 2 bulan... kot..... Aku sayang korang.. Terima kasih kerana sokong aku. Terima kasih atas komen-komen ko.. Terima kasih atas kritikan ko... Hutang BW dulu boleh? Hehehe...






* PLK- Pusat Latihan Kemas

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Sunday, October 21, 2012

Culik Budak Untuk Disemah

Jangan tanya aku kenapa tetiba dan entah mengapa entry aku kebelakangan ni lebih kepada aktiviti paranormal dan karut-karut pulak... macam Tukang Karut.. ( Opps.. hehe)

Berita hari ini melaporkan kejadian yang hangat di pasaran berlaku sekitar 2 minggu yang lepas.

Cerita?


Baru-baru ni heboh dekat tempat aku ada kes penculikan budak. Dengar cerita ada lelaki nih dok tayang-tayang duit dekat 2 orang budak sekolah. yang sorang budak tu terpedaya (yela dah bagi rm30, sapa tak nak ikut?) tapi mungkin mistake penculik tu terus ikat budak tu, jadi kawan dia yang sorang ni pergi tikam batu kat penculik tu dan dorang pun melarikan diri.

fuh.. selamat...

Kenapa ada kes culik ni?


Budak-budak ni nak dijadikan semah untuk pembinaan bangunan atau jambatan dan sebagainya.

Mungkin ramai tak percaya cerita aku ni dan mungkin kata aku ni mengarut tak tentu pasal di tengahari buta yang terik ini. Namapun cerita orang tua + mulut ke mulut.. memang lain la jalan cerita yang disampaikan...

Kalau mereka tak tanam manusia yakni kanak-kanak di dalam lubang atau mana-mana tempat mereka nak dirikan sesuatu, mesti bangunan tu tak akan berdiri dengan teguh, mungkin ada bermacam-macam masalah akan berlaku..contohnya mesin tak nak berfungsi, pekerja kena ganggu, dan banyak kes lagi la.

Semah tu apa?


Semah tu bermaksud sajian samada binatang ataupun manusia yang korang sediakan untuk makhlus halus dan sebagainya.

Mangsa?

Mangsa mereka kebanyakan terdiri daripada kanak-kanak. Umur berapa aku tak tahu.. yang pasti,, kalau kau tu masih bergelar kanak-kanak, kau berpotensi besar untuk disemah.


Macam mana mangsa disemah?

Ada kes yang mengatakan mangsa akan ditikam dalam lubang (kawasan binaan) hidup-hidup ataupun dibunuh @ dipasung terlebih dahulu sebelum diletakkan di dalam lubang. aku pun tak tahu mana satu yang betul. 

Kata orang... setiap bangunan @ jambatan yang tersergam indah dan tinggi tu..pasti ada sesuatu di bawah isinya..... sebab tu... ada banyak kisah dimana budak hilang tapi langsung tak dapat dikesan walau sekecik taik hidung pun... 

dan...

tak ramai yang tahu tentang kisah semah ni mungkin sebab orang kurang percaya ataupun sebab ini adalah rahsia. 

Nay.. hanya Allah je yang tahu kisah sebenar disebalik cerita yang aku ceritakan ini..


Jadi...

Jangan biarkan hidup anda diselebungi dengan MISTERI................


Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Friday, October 19, 2012

Anti Cinta

Cinta adalah unik. Suatu perasaan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Kita sendiri tak tahu bila ia akan kunjung tiba dan bila ia akan berlalu pergi...

Eh.... tak de makne la aku nak jiwang karatedo kat sini..

Aku anti cinta..

.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.

.
.
.

.


chewah..maknanya aku tak nak bercinta.. 



Bikin gempak samdol...




" eh jom tengok citer korea ni.. best..laki hensem...cita swit..romantik.. bla-bla " 


eish slow nak mampus ceritanya.

" aku mencintaimu.. seumur hidupku... " 


tetttttttt-- plz tukar channel tv sekarang juga 

" laptop ko tak de cerita cinta ke? " 

aku selambe dek kata " tak de " sambil korek hidung.


" eh baca novel ni.. romantik "

 belek-belek.. letak balik...


" adakah engkau anti cinta tahap gaban? malangnya lelaki yang memiliki kau " 

akhirnya lebam bijik mata yang berkata-kata itu..



Ohh my... i just dont get it. Apa seronok ke dibuai perasaan yang menipu semata-mata?

Apa indah ke kita melihat bayangan kebahagiaan yang ciplak dan bukan mutlak?

Apa best ke tengok cerita slow macam siput sedut yang tersedut-sedut oleh siput babi?

What so special that You Jump.. I tengok.. and said... Confirm Mati Ooooo....

aku jeles? ohh plz... tak de makne....

cuma hati..jiwa..raga..batu dan bata tak boleh menerima suntikan cinta darimu...

setiap orang ada minat tersendiri.

Jadi.. Lantak aku la kan?

Aku tak ade elemen cinta?

Nazim Othman setia je dengan aku....



Conclusion...

Cinta itu hadir dengan sendiri.tak perlu nak dirangsang dengan mainan dunia semata-mata.


terima kasih.








Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Thursday, October 18, 2012

Anime:Another

Yooo...

Konichiwa tomodachi!!!

Anata genki desu ka?

Watashi genki desu :)

Arini wa tak tahu nak tulis apa... line tenet sangat slow coz dah dua hari blackout kat tempat aku ni..


Jadi aku habiskan masa-masa yang ada dengan tengok anime..

Sapa yang suka tengok cerita bunuh-bunuh, rasukan, sumpahan..boleh lah tengok anime ni. 

Review Anime: Another


Kisahnya bermula dengan sebuah sekolah di Bandar Yomiyama dimana ada sebuah kelas 3 Gred 9 yang mengalami sumpahan sejak 26 tahun dahulu.

Sumpahan tersebut bermula apabila ada seorang pelajar dari Kelas 3 Gred 9 yang sangat cemerlang baik dari akademik dan sukan tiba-tiba mati. Punca kematian dia pulak, orang tak tahu kenapa. Ghaib macam tu je. Semenjak tu.. ada pelajar yang kata ada pelajar tu masih hidup dan masih ada bersama-sama mereka di kelas tu. Jadi setiap tahun... kena buat extra meja utk budak tu...kalau tak...... pelajar dan guru dalam kelas tersebut akan mati seorang demi seorang....


Pastu.. beberapa puluh tahun berlalu...datanglah seorang budak lelaki bernama Kouchi Sakakibara yang pindah sekolah kat situ... Kat kelas tu dia berkenalan dengan seorang budak perempuan misteri bernama Misaki Mei..peliknya semua dalam kelas tu langsung tak pernah bercakap dengan Misaki ni.. Semua classmate dia asyik beri warning..jangan bercakap dengan benda yang tak wujud... Jadi..sapa Misaki ni? Apa kaitan Kouchi dengan sumpahan tu?

Ha... korang tengok la sendiri... Best wooo.... Ada 12 Episod Je.. aku boleh habiskan 2 hari je okey...


Sangat best!!!


Sekarang aku dok layan anime Ao No Exorcist.. Nanti dah habis...aku review kat korang pulak...:)


Sayonara!!





Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Tuesday, October 16, 2012

Orang Kayong @ Hantu Bangkit


Orang Kayong @ Hantu Bangkit

Akibat entry yang aku publish semalam, ramai yang bertanyakan (ceh..padahal sorang dua je) orang kayong tu apa? Jadi tanpa malu raban nya hari ini aku nak ceritakan sedikit sejarah orang kayong. Bukan gayung untuk mandi tu ye…

thinking 

Hantu Bangkit @ Orang Kayong

Cuba tanya mereka yang berasal dari Sarawak, pasti pernah dengar orang kayong ni. Paling kurang, pasti akan pernah dengar sikit… atau tak langsung… =_= Orang kayong paling mudah aku definisikan  sebagai keturunan.

Meh sini..baca sikit sejarah orang kayong….

Tersebutlah kisah..pada zaman dahulu…di sebuah kampung ini. Ada sebatang pokok yang teramat lah besar sampai melindung matahari daripada mencerahi kampung tersebut.  Maka orang kampung ni pun berpakat la nak p tebang pokok tu.. tapi malangnya tak dapat. Tak kisah la guna kapak, guna tukul, guna ilmu, guna chainsaw pun tak boleh.


Pada percubaan yang ke-7, pokok tu tetiba bersuara

“KALAU KAU NAK AKU TUMBANG DAN MATI MENYEMBAH BUMI, SEMUA YANG MENEBANG AKU AKAN AKU SUMPAH SEBANYAK 7 KETURUNAN”

Dah macam kes mahsuri la pulak kan….

Dan akhirnya pokok itu berjaya ditumbangkan oleh beberapa orang pemuda yang buat tak endah je dengan sumpahan pokok tu..dan dari situ lah sumpahan itu bermula…………

Seram tak? Seram tak?

Nak tahu ke apa sumpahan dia?


Mereka disumpah apabila meninggal dunia, mereka ni akan bangkit semula selepas selamat dikebumikan dan akan kembali ke rumah mereka dan berlagak macam masih hidup. Biasanya dorang mintak makanan, ataupun dorang akan datang melawati orang yang mereka sayang (keluarga atau sahabat handai). Ha..siap tidur sekatil lagi tu kalau laki bini la..….  Lagi satu…dorang akan muncul pada mereka atau benda yang mereka suka. Dan ini berterusan selama 40 hari  ataupun 7 hari... lepas tu..dorang tak akan muncul lagi…

Ni pengalaman kawan kepada mak ngah aku yang merupakan keturunan kayong…

Anaknya meninggal dunia selepas kena penyakit demam panas…. Entah macam mana…dia nampak arwah anaknya berlari masuk ke rumah dan terus bermain dengan permainan kesukaannya… dan ini berterusan selama 7 hari.. sepanjang 7 hari tu jugak lah mak dia tido rumah mak ngah aku sebab tak berani masuk rumah tu sebab adanya bayangan budak tu dalam rumah tersebut… fuhhh……


Kat mana nak jumpa keturunan kayong ni?

Aku dengar keturunan ni banyak di kawasan Kampung Gersik, Kuching Sarawak.. Ala kawasan kampung-kampung dekat seberang waterfront tu……

Keturunan ni..kalau bercinta memang seorang yang sangat setia…sebab tu sampai mati pun dia still pergi jumpa lagi orang yang dia sayang.. dan keturunan ni tak boleh makan kedondong.. aku pun tak tahu pahal…

Keturunan ni betul-betul WUJUD! Sekali lagi aku tekan… WUJUD!!!!


Cuma kesahihan cerita dongeng ni tak dapat aku pastikan lagi…. Semua nya kuasa Allah S.A.W..

Dah..dah pasni tanye la partner korang…


Eh ko boleh makan kedondong ke????? 


Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Monday, October 15, 2012

Hantu Urban Legend


Di saat aku menulis entry ini, aku pasti ada sesuatu sedang memerhati aku dan juga memerhati korang yang tengah membaca entry ini. Ha…entah2 dok goyang kaki sambil jelling-jeling kat lappy or pc korang.

Hari ni aku berbaik hati, nak buat entry tentang “mereka” yang legend..



Kak Ponti…

Kalau dengar suara perempuan mengilai… hihihihihihihihi..kak ponti la tu.. orang selalu kaitkan dia seorang perempuan..berambut panjang dan berbaju putih… orang kata kak ponti ni berasal dari perempuan yang mati ketika mengandungkan anak…

Kata orang…kalau badan kita merah-merah,gatal-gatal..tu tandanya kita terkena libasan rambut kak ponti or..kita kena kencing dengan dia..

Amboih…melampau betul kakak ni…

Kalau korang nak lepak dgn kakak ni..korang g la berumah dengan pokok buluh banyak2..pokok berangan..pokok ara yang besa tu….

Hantu Penjual Nasi Lemak

Ni femes dekat budak2 asrama… hantu ni akan menjual nasi lemak di tingkat yang tak masuk di akal dan akan menjual di tepi tingkap..dialog nye berbunyi begini..

“dik..dik..nak beli nasi lemak tak dik?”

So far..orang tak tahu lagi apakah rupe sebenar hantu ni…sebab salu dengar sore die je…amacam?

Ada beran  tak belajar sampai pukul 2 3 pagi..pastu sambil bukak tingkap bilik hostel luas2….??


Hantu purdah

Zaman hantu ni muncul..aku kecik lagi… masih minum susu ibu. Huahaha… tapi dengar cerita hantu ini sangat femes di awal kemunculannya.. orang kata..hantu ni sebenarnya manusia yg mengamalkan amalan yg geng dengan setan tu… dia amat terkenal dengan guna purdah sebab muka dia buruk.. jadi..untuk jadi cantik..die kena buat ape ntah dengan anak perempuan yang masih dara…

Yg best nya hantu ni ada driving licence..sebab dia guna kancil warna merah untuk pergi rumah orang-orang yg dia nak kacau… pastu dia akan tengok selipar yg di luar rumah..kalau ada selipar budak-budak..memang sah rumah tu dia akan pergi…wargh!!!

Trademark die yg terkenal..
“assalammualaikum kum kum”

Toyol

Ni budak kecik yang berwarna hijau yg bertuan dan disuruh oleh tuannya untuk mencuri barang-barang atau wang… aku tak tahu apa kesahihan cerita ni..sebab pernah satu ketika heboh di kampong aku..toyol mengganas.. menampakkan diri dan mencari anak dara..

Apesal anak dara je jadi mangsa…..?

Orang kata…toyol ni akan isap ibu jari kaki kita..sebab tu kalau tido tu..plz tutup kaki…kalau rasa nak tengok toyol pengsan..buat2 la kaki kita berbau..haha..


Hantu raya

Ha…ni aku tak tau antu apa..aku selama ni dok ingat hantu ni muncul waktu raya je…

Korang tau tak kuih celorot? Orang Sarawak tau kuih apa..bentuk dia macam ni…


Kulit ni kalau buang dekat luar rumah..mesti hantu tu akan datang dan makan kulit kueh tu….

Hantu raya sama macam toyol. Bertuan dan boleh menyerupai tuannya ataupun haiwan lain… dia ditugaskan untuk merasuk seseorang.. orang kata..dia makan telur..pulut kuning…makanan dipanggang (amboih..sedap pulak ko makan ye)

Kalau hantu raya ni tak diwarisi…. Tuannya akan mati dalam keadaan berbau busuk…ala macam dalam cerita hantu korang salu tengok tu….


Polong

Polong ni tinggal dalam botol.. bertuan jugak..orang bela polong untuk memudaratkan orang yg dia tak suka..memang busuk hati kan…

Dia makan darah jari tuannya..

Polong ni orang cakap terbang dalam bentuk bola cahaya..cahaya apa aku tak pasti..tapi kalau kita nampak dan kita tegur..polong tu akan jatuh dan mati..jadi..kita boleh la jadi hero dari selamatkan orang yang terkena buatan orang..

Pocong..

Berbentuk manusia yg dibalut dengan kain kapan… dan akan berjalan meloncat-loncat macam hantu cina lompat… orang kata..dia suka ganggu orang dengan menampakkan diri tak semena-mena..dan melompat seiring dgn kereta… amboih..lawan kereta ferari ni…

Hantu bangkit..

Hantu bangkit ni macam manusia biasa..dia akan masuk rumah orang dan makan apa je yg ada kat dapur...pergh…dasat giler…. Orang salu kaitkan hantu bangkit dengan orang kayong.. kalau orang kayong mati, roh dia akan muncul selama 40 hari dan akan kembali ke tempat yg dia suka… lepas abis 40 hari, baru dia hilang… kalau nak tahu dia orang kayong atau tidak..tanya pakwe makwe korang..eh ko boleh makan kedondong tak??

Hantu Galah

Ni orang cakap jin… panjang dan tinggi..boleh masuk olimpik ni… kaki dia diikat dengan rantai…

Dengar cerita orang tua, hantu galah ni asalnya manusia… tersebutlah kisah sepasang suami isteri . isteri dia mengandung.. mengidam nak makan daging apa ntah… dia kata kalau tak dapat, suami dia tak boleh balik.. maka pergilah suami nye ke hutan dan bersumpah..kalau aku tak dapat, aku tak akan balik… sampai sekarang…..




Kesimpulannya.. semua ni rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena yang hidup atau pun yang mati. Yang penting.. semua makhluk ni berasal dari Allah S.A.W. dan ingatlah kita seindah-indah makhluk ciptaan-Nya..

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Sunday, October 14, 2012

Aku Di Medan Perang...


5 hari yang lepas…

Aku sampai ke sebuah bangunan yang biasa ku jejaki. Misi hari ini..mengeluarkan cecair untuk dijadikan sampel. Sampel untuk uji kaji klon aku untuk misi misteri.


Aku langkah dengan kaki kanan. Ku angkat kening pada mereka yang memandangku. Ceh.. Dengan wajah confident.. aku masuk ke sebuah bilik. Ku lemparkan senyuman di celah cermin pada si baju putih sambil lambai-lambai kertas putih ada kotak-kotak hijau.

Ku lihat si baju putih diberi penerangan dan aku pun tercongok mendengar. Lantas dengan sengih-sengih suruh aku duduk. Sang senior ikat tangan aku dengan glove putih. Entah apa diterangkan kat si baju putih, aku pun tak tahu.

Disapu nya cecair yang menusuk hidung. Waktu sekolah aku suka cium bau tu. Kali ni, aku pulak yang kena sapu dengan benda alah tu.

Si baju putih minta ku genggam tangan sekuat hati.

“ Ah.. nampak yang warna hijau tu.. kat situ la dia” kata sang senior.

Ku toleh ke tempat lain. Dengan hati berdebar-debar..si baju putih menghunus sesuatu ke badan ku..


“ Aduh.. dah hilang la benda tu..macam mana ni? “ gelabah si baju putih.

Aku dah mula bergenang air mata menahan kesakitan. Pantas si senior minta aku gengam lagi sekali..dan kemudian dihunus kembali ke badanku..

Ya Allah.. selamatkan aku..

Cecair akhirnya berjaya keluar dari badanku.. pekat merah.ku kepit tangan kuat-kuat. Terasa denyutan kian menjalar. Nasib baik aku berjaya keluar dari medan peperangan.

Kini.. urat ku mula mengembang. dan mula membiru..:(

Bangang punya budak.

Pasal apa kau cucuk aku banyak kali???



Pengajaran nya: jauhi budak praktikal dari menghunus pedang ke arah kita. Terima kasih daun keladi.



Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Thursday, October 11, 2012

Macam Mana Nak Buang?



eh korang macam mana nak buang benda warna hitam macam kat anak panah tu? dah puas aku godek2 dgn line tenet yang sangat-sangat lembap, tapi tak jumpa. expert blogger, boleh tolong momo yang comel ni? 

ahakz..



Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Wednesday, October 10, 2012

Geram!!

Nak kata bengap, sekolah tinggi-tinggi. buat kerja sambil lewa. aku dok asyik remind supervisor aku call mereka banyak kali. tapi apa mereka jawab?

sila tinggalkan no telefon, nanti kami telefon balik.
(kepala hotak kau telefon balik, tapi tak telefon-telefon)

pegawai yang menguruskan hal ini tak ada petang ni. boleh telefon esok
(pagi-pagi kiteorang call, kau buat apa??)

boleh tinggalkan nama dan no ic
(dah banyak kali tinggal, kepala kau nak kol office aku balik!!)

kami tengah semak, tinggalkan no fon ye. nanti kami kol
(dafuq???)

kau kalau nak buat kerja sambil lewa, tak payah kerja keja la oi. sebab perangai kauorang ni la buat kiteorang kena sekali. muka kiteorang dah naik tebal asyik kol, pastu tinggal no fon, pastu tunggu ko telefon balik. 

ini ke perangai kakitangan awam? bagi malu sektor kerajaan kau tau tak????

aku complain dengan Mr.Fang baru kauorang tau!!

kasi pecat korang ni. hahahahahahahahaha.


mode: geram.celaru.tak dapat fikir.

kau nak marah aku? ada aku kisah???


Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Jadi Milik Ku

curik gambar google

Minggu ni kau pasti jadi milik ku. Insya Allah. 


Bye bye baby... jasamu sepanjang 4 tahun kau bersamaku akan kenang sampai bila-bila:)

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Tuesday, October 9, 2012

Temuduga KEMAS


Sehari selepas balik dari kursus, aku dapat panggilan temuduga untuk menghadiri kursus sijil awal pendidikan kanak-kanak anjuran KEMAS. Sekiranya berjaya dan selesai kursus ini, pihak KEMAS akan serapkan menjadi Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27 dan memegang jawatan guru taska.:)

Aku nak jadi guru taska? Haha. Macam tak percaya minah garang ni sebenarnya mempunyai hati selembut tisu.

Secara keseluruhan, kelancaran temuduga ni aku boleh kata tak sistematik. Mengejut. Tak teratur.

Ada 2 Ujian untuk dapatkan jawatan kat KEMAS ni.

1.      Ujian Kecergasan
Korang kena lari sebanyak 2.4 km. Biasanya korang kena pusing padang bola sebanyak 6 kali. Tapi disebabkan masa yang tak betul dan singkat, kiteorang disuruh pusing 3 kali sahaja. Masa aku dapat? Biar lah rahsia. HAHAHA.

2.      Ujian Temuduga
Temuduga la.. Haha.. Pergh..memang penat tunggu. Temuduga tu berlangsung selama 2 hari. Hari pertama, lepas habiskan ujian kecergasan bersama sahabat aku, aku teman kawan aku ni bergegas ke HQ dengan badan yang berpeluh terus tukar baju kurung untuk temuduga sebab jadual temuduga dia pada hari yang sama dengan ujian kecergasan. Punyalah lama tunggu dari pagi, rupa-rupanya petang baru kena panggil temuduga.


 Apa la salah kalau buat satu jadual bagitahu calon-calon masa sebenar waktu dorang ditemuduga. Hari kedua, kawan aku pulak yang temankan aku untuk pergi temuduga. Sampai ada staf tu tegur, baik betul korang ni boleh teman pergi interview. Aku? Sengih je. Haha.

Apa yang ditanya waktu temuduga?


Buat penat je sehari sebelum temuduga aku belajar tentang NKRA, KEMAS, Dasar Ekonomi Baru dan siap mintak ajar dengan bapak kawan aku apa lagu budak kecik dan hafal lagu kanak-kanak kot-kot dia tanya. Tapi alkisahnya dia tanya macam ni je.

-       Perkenalkan diri anda dan kenapa KEMAS harus memilih anda
-       Apa yang anda faham tentang jawatan yang dipohon dan apa criteria yang ada.
-       Siapa ADUN di kawasan anda?
-       Apa pandangan anda tentang bajet 2013?
-       Dalam bola jaring, anda bermain untuk posisi apa?

Itu je. Aku rasa macam ai…sekejap je rasa interview ni. Penemuduga tu pun macam dah lemah je nak tanya sebab waktu tu dah tengahari. Sebab dia dah lapar kot. Haha.

Keputusan nya akan diketahui 29 Oktober ni. Harapan aku? Of course berharap aku dan kawan aku dapat kursus ni. Amin.



ehh line dah elok aku BW korang ok???

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Graduates Employability Enhancement Course


Hallu…

Perghh.. this 2 weeks.. aku memang bz bagai giler kentang.

GRADUATES EMPLOYABILITY ENHANCEMENT COURSE

Last week kena attend kursus selama 4 hari anjuran Capacity Building Programme for Graduates (CBG) dekat CMM Semenggok.

Stay di sana memang satu dugaan. Aku expect kiteorang akan duduk dekat blok yang macam ala-ala hotel sama macam tempat kiteorang pergi orientasi dulu. Sampai sana bantai pulak kena duduk dekat asrama Kenyalang sebab blok yang aku maksudkan diguna oleh dak latihan induksi. Bantai lagi minggu tu ada masalah air dekat tempat aku. Memang dugaan.

Paling best bila waktu malam tu, kiteorang boleh buat aktiviti bebas. So, selama 3 hari kiteorang habiskan dengan karaoke sampai hilang suara. Buat-buat pulak dapat kawan baru. Lagu dangdut, lagu 90 an, lagu omputeh. Semua layan. Memang siok bah.

Tentang kursus?

Dah namapun kursus memanglah banyak input yang aku dapat. Banyak kumpulan peserta latihan dah menghadiri kursus ni. Batch aku memang beruntung sebab kursus kali ni kiteorang didedahkan dengan keusahawan. Kumpulan-kumpulan awal sebelum ni tak didedahkan langsung pun tentang keusahawan.  Malangnya dari semangat yang berkobar-kobar nak attend kursus keusahawan, jadi down pulak sebab tengok speaker tu macam langsung tak fokuskan macam mana cara nak buka perniagaan lain. Yang dia dok asyik sembang macam mana nak buat bisnes kontraktor je. Dalam 39 orang yang ada, mana ada semua yang minat kontraktor?? Tapi adalah jugak dia bimbing sikit-sikit kat mana dan bagaimana kita nak mulakan perniagaan dan apa yang kita perlu buat. cuma bagi aku, penerangan yang dia berikan agak kurang menyengat la. BAGI AKU.


Jadi..aku akhiri kursus keusahawan selama 2 hari dengan mata yang macam ni..



PREPARATION FOR INTERVIEW.

Encik Arif Azahari, speaker kiteorang untuk kursus hari ke 3 dan ke 4 memang the best speaker. Dalam kursus ni ada sesi musahabah diri yang membuatkan aku mengalir air mata sebab mengingat kembali perjalanan hidup aku dari kecil hingga sekarang. Dia siap tunjuk lagi video perjalanan seorang bayi yang berjuang untuk hidup.

Encik A.A kongsi banyak tips untuk persiapan awal untuk temuduga dan beliau jugak turut kongsi apa soalan-soalan yang biasa ditanya waktu temuduga dan of course cara nak jawab soalan tersebut. Selain tu, dia turu tekankan mengenai penampilan yang sesuai untuk menghadiri temuduga (nanti aku kongsikan untuk entry akan datang)

pstt...korang patut tengok vc ini.. membuktikan...kita boleh buat apa sahaja kita suka jika kita berniat untuk melakukan..



ini gambar sekitar kursus.. photographer: cili padi:)






The last session of course, kiteorang kena buat mock interview di hadapan Encik A.A..serius. Nebes giler walaupun benda tu cuma tipu-tipu je. Alhamdullilah… Komen yang aku dapat semuanya ok. Cuma encik A.A tegur aku cakap cepat sangat. Tak de brek langsung. Haha.

Dan sudah semestinya aku akan merindui mereka yang aku baru kenali waktu kursus ni especially Miss NANA.. J

Semoga satu hari nanti, kita jumpa lagi. Kita karok sama-sama ha…






Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur