Followers

Sunday, October 21, 2012

Culik Budak Untuk Disemah

Jangan tanya aku kenapa tetiba dan entah mengapa entry aku kebelakangan ni lebih kepada aktiviti paranormal dan karut-karut pulak... macam Tukang Karut.. ( Opps.. hehe)

Berita hari ini melaporkan kejadian yang hangat di pasaran berlaku sekitar 2 minggu yang lepas.

Cerita?


Baru-baru ni heboh dekat tempat aku ada kes penculikan budak. Dengar cerita ada lelaki nih dok tayang-tayang duit dekat 2 orang budak sekolah. yang sorang budak tu terpedaya (yela dah bagi rm30, sapa tak nak ikut?) tapi mungkin mistake penculik tu terus ikat budak tu, jadi kawan dia yang sorang ni pergi tikam batu kat penculik tu dan dorang pun melarikan diri.

fuh.. selamat...

Kenapa ada kes culik ni?


Budak-budak ni nak dijadikan semah untuk pembinaan bangunan atau jambatan dan sebagainya.

Mungkin ramai tak percaya cerita aku ni dan mungkin kata aku ni mengarut tak tentu pasal di tengahari buta yang terik ini. Namapun cerita orang tua + mulut ke mulut.. memang lain la jalan cerita yang disampaikan...

Kalau mereka tak tanam manusia yakni kanak-kanak di dalam lubang atau mana-mana tempat mereka nak dirikan sesuatu, mesti bangunan tu tak akan berdiri dengan teguh, mungkin ada bermacam-macam masalah akan berlaku..contohnya mesin tak nak berfungsi, pekerja kena ganggu, dan banyak kes lagi la.

Semah tu apa?


Semah tu bermaksud sajian samada binatang ataupun manusia yang korang sediakan untuk makhlus halus dan sebagainya.

Mangsa?

Mangsa mereka kebanyakan terdiri daripada kanak-kanak. Umur berapa aku tak tahu.. yang pasti,, kalau kau tu masih bergelar kanak-kanak, kau berpotensi besar untuk disemah.


Macam mana mangsa disemah?

Ada kes yang mengatakan mangsa akan ditikam dalam lubang (kawasan binaan) hidup-hidup ataupun dibunuh @ dipasung terlebih dahulu sebelum diletakkan di dalam lubang. aku pun tak tahu mana satu yang betul. 

Kata orang... setiap bangunan @ jambatan yang tersergam indah dan tinggi tu..pasti ada sesuatu di bawah isinya..... sebab tu... ada banyak kisah dimana budak hilang tapi langsung tak dapat dikesan walau sekecik taik hidung pun... 

dan...

tak ramai yang tahu tentang kisah semah ni mungkin sebab orang kurang percaya ataupun sebab ini adalah rahsia. 

Nay.. hanya Allah je yang tahu kisah sebenar disebalik cerita yang aku ceritakan ini..


Jadi...

Jangan biarkan hidup anda diselebungi dengan MISTERI................


Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

16 pekopon comel mengomel:

Kesuma Angsana said...

alamak seram lak KA baca ni

Detective Fiqa said...

sejak bila momo ni dah jadi paranormal ni =="

dya bunga said...

dh selubungi misteri lah bila baca entry ni..mcm mne ni?hahaha

Mrs Velentine said...

MV paling takut pengait...

Mieya Atiera said...

Bertambah misteri jadinya bila baca entri kali nie. Seram jugak. Mieya, waktu kecik2 dulu hampir2 jugak nak kena culik. Nasib baik Mieya sempat lari.

are_lin@yu said...

semah?bru thu mksudnya..huhu

TiranaAduka said...

uiks.jap jap jap..x berapa faham.

boni kacak said...

pergh..macma menakutkan je semah ni... adeh.. janganlah benda ni sebenarnya jadi faktor utama budak2 diculik

Sue PeLik said...

huhuhu kau neh momo. takut betul nak baca entry. asyik2 dup dap jerk jantung haku. huhuhu.

eita said...

ye ke ni..
seriau plok dengar citer ni

Rozuan Ismail said...

risaunya baca entri momo ni

Nurulee said...

Baru tau pasal semah ni. Seriauuuuuu -,-

Masz Sidek said...

seram cerita ktk tok... huhuhu...

Pelangi Senja said...

jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.. hehe..
datang singgah ctuk n follow ktk juak..:D
http://onakdayungbiopar.blogspot.com

Pokok Manggis Depan Rumah said...

macam ni yea.. macam-macam sekarang ni yea..

Hnahdy said...

seram plak. xpernah dengar cerita cmni lagi