Followers

Tuesday, October 9, 2012

Temuduga KEMAS


Sehari selepas balik dari kursus, aku dapat panggilan temuduga untuk menghadiri kursus sijil awal pendidikan kanak-kanak anjuran KEMAS. Sekiranya berjaya dan selesai kursus ini, pihak KEMAS akan serapkan menjadi Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27 dan memegang jawatan guru taska.:)

Aku nak jadi guru taska? Haha. Macam tak percaya minah garang ni sebenarnya mempunyai hati selembut tisu.

Secara keseluruhan, kelancaran temuduga ni aku boleh kata tak sistematik. Mengejut. Tak teratur.

Ada 2 Ujian untuk dapatkan jawatan kat KEMAS ni.

1.      Ujian Kecergasan
Korang kena lari sebanyak 2.4 km. Biasanya korang kena pusing padang bola sebanyak 6 kali. Tapi disebabkan masa yang tak betul dan singkat, kiteorang disuruh pusing 3 kali sahaja. Masa aku dapat? Biar lah rahsia. HAHAHA.

2.      Ujian Temuduga
Temuduga la.. Haha.. Pergh..memang penat tunggu. Temuduga tu berlangsung selama 2 hari. Hari pertama, lepas habiskan ujian kecergasan bersama sahabat aku, aku teman kawan aku ni bergegas ke HQ dengan badan yang berpeluh terus tukar baju kurung untuk temuduga sebab jadual temuduga dia pada hari yang sama dengan ujian kecergasan. Punyalah lama tunggu dari pagi, rupa-rupanya petang baru kena panggil temuduga.


 Apa la salah kalau buat satu jadual bagitahu calon-calon masa sebenar waktu dorang ditemuduga. Hari kedua, kawan aku pulak yang temankan aku untuk pergi temuduga. Sampai ada staf tu tegur, baik betul korang ni boleh teman pergi interview. Aku? Sengih je. Haha.

Apa yang ditanya waktu temuduga?


Buat penat je sehari sebelum temuduga aku belajar tentang NKRA, KEMAS, Dasar Ekonomi Baru dan siap mintak ajar dengan bapak kawan aku apa lagu budak kecik dan hafal lagu kanak-kanak kot-kot dia tanya. Tapi alkisahnya dia tanya macam ni je.

-       Perkenalkan diri anda dan kenapa KEMAS harus memilih anda
-       Apa yang anda faham tentang jawatan yang dipohon dan apa criteria yang ada.
-       Siapa ADUN di kawasan anda?
-       Apa pandangan anda tentang bajet 2013?
-       Dalam bola jaring, anda bermain untuk posisi apa?

Itu je. Aku rasa macam ai…sekejap je rasa interview ni. Penemuduga tu pun macam dah lemah je nak tanya sebab waktu tu dah tengahari. Sebab dia dah lapar kot. Haha.

Keputusan nya akan diketahui 29 Oktober ni. Harapan aku? Of course berharap aku dan kawan aku dapat kursus ni. Amin.



ehh line dah elok aku BW korang ok???

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

16 pekopon comel mengomel:

ros_reeza said...

Semoga ada berita yang gembira ye :) Aminn..

Kesuma Angsana said...

moga berjaya ye!

Detective Fiqa said...

wahhh patutlahh dah lama tak nampak. ni dia rupenyer. hehe btw ganbatee :D

:: Mrs.Eady :: said...

amin amin~

SHAHZEE said...

haii...lama x updet ye..
gd luck k..

hainom OKje said...

hish... ada jugak ujian kecerdasan eh....penat jugak tu...

apa pun..gud luck ye momo

Mieya Atiera said...

wah, bestnya jadi cikgu tadika. Semoga berjaya !

Acik Erna said...

assalam momo..salam kenal..comel je gambar yang momo kongsikan disini,,suka acik tengok budak kecik tongkat dagu tengah berfikir kot..

Acik Erna said...

eh lupa pulak..semoga berjaya dalam temuduga KEMAS.

Sue PeLik said...

good luck! masa 2008 dulu aku dapat yang neh jugak :) dapat sambung di maktab tunku bainun. tapi aku tak pergi. huhuhuhu

Tukang Karut said...

kalau dapat kerja kemas, agak agak pandai mengemas ke tak ek?

kaishin said...

gud luck momo, lepas ni jd cikgu momo la kan..hehe

Mrs Velentine said...

good luck

nadzirah sofia said...

gud luck :)

Michelle Hopell said...

aisehh maok jadi cikgu taska la tek..
hehe.
good luck ktk :)

nisa surihani said...

waah, semoga berjaya, sy next week nii interview, nvesnye,emm. nk tnye ckit.interview tu cakap english ke melayu?