Followers

Friday, April 20, 2012

CONTEST : I LOVE MY FRIENDS

Dear Bloggers..


Aku blur nak buat entry apa untuk hari ini.. Jadi aku decide nak join pulak contest dibawah:






Yang ini entry untuk cik AQMA



GAMBAR ALA-ALA SWEET GITU ;p




KENAPA AKU SUKA BERKAWAN DENGAN DIA?

Yang kecik-kecik tu la sahabat aku (tinggi cekeding tu AKU la) dan aku sangat-sangat sayang kat dia. Aku kenal dia bila 1st semester. 1st day masuk UiTM. Aku tak sangka budak kecik yang berbaris belakang aku waktu nak daftar bilik dan merungut "panaslah ibu" akhirnya menjadi sahabat aku sampai saat ini.

Dia lah roomate, dia lah sahabat dan dia la ibu aku.. heee...

Kenapa aku panggil dia ibu aku?

Sebab dia sangat-sangat penyayang. Dia ambik berat tentang kawan-kawan dia. Dia pentingkan orang lain daripada diri dia sendiri. Apa-apa pun dia sanggup buat demi kawan-kawan dia. Kalau aku pergi mana-mana dia sentiasa pesan dekat aku jaga diri baik-baik, bila sampai mesti bagitahu dia. Kalau tak mesti la budak ni risau memanjang. aku tak pernah tengok dia marah. tak pernah walau sekalipun sepanjang 5 sem kitaorang bersama. marah. Budak ni memang penyabar.. Sebab tu jugak, semua yang kenal dengan dia, pasti akan SAYANG SANGAT-SANGAT KAT DIA

Selama aku hidup kat dunia ni, aku tak pernah jumpa seorang SAHABAT yang betul-betul boleh digelar sahabat macam dia. dengan dia la aku selalu berkongsi masalah. Kita orang ketawa dan menangis bersama. banyak pengalaman tak kira pahit manis kitaorang rasa. memori tu tak akan kitaorang lupakan sampai bila-bila. walaupun aku salu dengan perangai buruk aku, dia tetap sabar melayan karenah aku.. tak pernah complaint walau sikit pun.. maafkan aku  ye sayang...:'(


Korang tengok la betapa jauh nya beza ketinggian aku dan dia.. Hahaha. Budak ni memang kecik tapi dia sangat-sangat kuat makan. Jadi tak rugi kalau nak keluar makan dengan dia. Aku jenis susah nak habiskan makanan, dan si dia pasti akan tolong aku habiskan makanan.

Oh ya.. gambar kat atas tu diambik waktu aku bawak dia bercuti kat rumah aku...Sebab budak kecik ni suka sangat tengok awan (katanya nak terbang balik rumah dia) jadi aku bawak la dia pergi ke sebuah jeti.. Kat situ boleh la tengok awan yang luas terbentang bersama pandangan laut... Ambilan masa 1 jam jika jalan kaki dan ini telah menyebakan kulit kami menjadi sunburn bila balik hostel..(maaf ya sayang)

Sekarang kitaorang dah habis study.. dan dia pun dah fly away balik ke negeri dia.. tapi perhubungan antara kita stil "ketat-ketat" tau.. Bila ada kesempatan, kitaorang akan contact. Saling merindui konon.. ahaha..

Jadi ini lah serba sedikit tentang sahabat aku yang TERBAIK.. dan sampai hingga akhir nafasku, aku sentiasa sayangkan dia.. ;')





nota kaki: korang nak join? klik SINI

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Thursday, April 19, 2012

Lagi Tentang Jin . . .

Dear Bloggers..


Hari ini aku nak kongsi lagi informasi yang aku dapat dari seseorang. Tentang lagi satu lagi makhluk Allah bernama JIN ni....:-





1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya . 

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam). 

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu. 

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur. 

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib,pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. 

Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya.Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat. 

Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah). 

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!! 

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk. 

* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah   satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati...

<syuk al-hafiz>

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Nama Tempat Pelik di Dunia (°.°)

Dear Bloggers..

Pelik-pelik jak nama tempat-tempat kat negeri orang putih tok eyh...


  

 

 
  
    




             
                         
            



                             




mengarey jak rupa...




sumber

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Kelebihan Hari Jumaat


Dear Bloggers..

Salam pagi Jumaat semua (walaupun dah nak tengahari dah ni). Hari ini aku nak share sikit apa kelebihan nya hari jumaat ni berbanding hari-hari yang lain.

Terdapat hadis yang mengatakan pada sesiapa yang meninggalnya pada hari Jumaat, maka amanlah dia daripada azab kubur.

Aku petik dari hadis sikit:

Diriwayatkan dari Imam at-Turmuzi dalam himpunan hadis dari Abdullah Bin A'mru telah berkata: Bersabda Nabi Sallahu Alaihi Wasallam:
Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur.

Ok. Yang ini kelebihan-kelebihan lain Hari Jumaat;)

1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:

“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :

“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.



4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”



5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”



6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).


Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:


“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”



Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)

Sabda Rasulullah SAW lagi :

“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar”(Riwayat Muslim)









nota kaki: Lelaki jangan lupak solat jumaat aaa..;) 



sumber

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Singkirkan Monday Blues!!

Dear Bloggers..




Pernah or tidak korang semua menghadapi monday blues?? 


Apa benda monday blues neh?


Pernah tak korang rasa setiap kali nak isnin je korang rasa malas nak pergi kerja. Setiap kali hari isnin korang rasa kaki korang memang teramat berat nak melangkah ke tempat kerja. Ada sampai tempat kerja tu mata mesti lah berair, menguap berjuta-juta kali, tersenggok-senggok kat dan meja komputer..


Nah.. itulah mondays blue...


Aku tak pernah rasa lagi mondays blue cuma liat bangun pagi je. haha.. mak aku kena goyang rumah baru lah aku berjaya bangun dari mimpi.. tak pun arjuna aku terpaksa kol sampai dapat.. dasat kan? hee...


Korang nak tak buangkan mondays blue setiap kali isnin menjelma..nak tak? angguk je le...



  1. Kalau boleh tidur awal pada hari Ahad tu.. Elak kan keluar malam-malam pada hari tu.. Kalau nak buat outing ngan family atau tersayang, buat je hari sabtu.. Ahad kita rehat..;)
  2. Isi lah masa hujung minggu dengan aktiviti penuh keriangan. Jangan tidur je memanjang.
  3. Sarapan setiap pagi tu penting.. ;)
  4. Kalau boleh, bersenam la pagi2 tu... tak susah pun..buat sit up, sit down.. tak keluar peluh pun..
  5. Bertenang. tarik nafas setiap kali bangun pagi.kalau boleh lepas solat subuh, berdoa lah untuk yang terbaik pada hari itu... kan lebih afdal...;)
  6. Fikirkan hari Isnin adalah hari bermulanya minggu yang BAIK untuk kita. 
  7. Ingat..tak kira macam mana pun kita mengelak, isnin pasti akan muncul...
  8. Bersyukurlah dengan hari yang datang.Nasib baik kita boleh bernafas lagi pada hari ini.
  9. Ni, kalau dah tak boleh nak hilang jugak, korang g la negeri yang hari bekerja nya bukan hari isnin.contoh Kelantan,Terengganu dan Kedah
  10. Nak senang lagi? BERHENTI KERJA! dah pemalas sangat..huh.

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Paru-paru-Nya ٩(͡๏̯͡๏)۶

Dear Bloggers..


Sebab baru lagi berkecimpung dalam dunia blog ni, aku pelik sangat dengan bloggers mun setiap hari rabu mesti akan tulis tajuk wordless wednesday atau dalam bm nya rabu terkedu dan spontaneous thursday atau dalam bm nya khamis spontan. hehe.


setelah aku tanya pada incik google yang tersayang: inilah maksud wordless wednesday dan wordless thursday yang aku dapat.



Maksud Wordless Wednesday
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.
Maksud Spontaneous Thursday
Spontaneous Thursday is a day when a blogger posts random spontaneous things in his or her blog without writing it earlier and also without caring how it affects the community.

tak paham? aku pun tak paham.. haha. gurau bodo je.

maksud nye.. setiap hari rabu bloggers atau pengguna internet tu akan post picture je kat blog mereka. bak kata satu ayat tu "pictures tell us a thousands of word" or "let the picture speaks and tell you the story". macam tumblr. sapa ada tumblr? angkat kaki!!

spontaneous thursday  tu plak maksudnya setiap hari khamis bloggers akan post apa-apa sahaja yang terlintas di kepala otak dorang tanpa prepare apa yang patut (aku rasa hari2 spontan) dan dorang akan buat entry tanpa fikir macam mana entry tu memberi kesan kepada pembacanya...
(yah...nang skema jak ayat2 aku kebelakangan tok)

Jadi terjawablah segala persoalan aku selama ini. Ingatkan dorang suka-suka je letak entry macam tu.. _
okla sayang-sayang semua... terimalah hadiah gambar dari aku ni walaupun sekarang bukan wordless wednesday..

fakta tentang diri,fakta, galileo,einstein,newton,bill gates,

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Horrey!! Follower ke-100

Dear Bloggers...






Akhirnya pada 19.04.2012.. Followers aku mencatat jumlah 100 orang...yakni telah melengkapkan wish aku selama ini..wee..


sori. aku tak mahir lagi penggunaan print screen ni..lupe dah.. macam ne nak buat.. terkial2..

jadi...

korang meh singgah blog --> cayunk sheera



die ni nampak gaya K-Pop lover gayenye... Meh terjah blog die.

yeah!!!






Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Wednesday, April 18, 2012

Kau Sapa Nak Judge Aku?


Aku tak suka orang komen lebih-lebih pasal dirik aku. Komen suruh aku jadi yang terbaik, terhebat dan termasyuk. Kau sapa nak komen tentang aku. Tentang hidup aku.

Kenapa?

Kenapa manusia suka nak hukum orang atas kesalahan masa lalu atau kesalahan masa sekarang. Lagi sekali aku nyatakan, manusia itu tidak sempurna. Tiada siapa yang boleh jadi sempurna. Lain lah kalau kau tu Tuhan. Kan?

Kau ingat kau tak pernah buat salah kau tu hebat lah?

Kenapa ye manusia ni cepat sangat tengok kesalahan orang lain? Seciput je tu.. Tapi heboh bagaikan nak rak. Nak bagitau sekampung dengar. Pergh memang you have a loud speaker i guest. Tak apa, nanti aku belikan ko sebuah cermin. Ko cermin dulu diri ko elok-elok.. tengok ko tu ade kurang ke tidak ek? Kalau ko kenal sangat, aku boleh la bagi chance 10%.. ni langsung tak kenal. Memang. memang stupidas...

Manusia sentiasa belajar dari kesilapan untuk jadi yang terbaik di masa akan datang.. Mereka dah belajar dari kesilapan masing-masing.. Kalau dah terbuat jugak tu, salah diri sendiri lah.. Tapi kita ni tak perlulah nak hukum orang kan? Tak payah nak bajet best nak kritik orang tu macam-macam. Baik cermin diri sendiri dulu ye.. Mana la tau kan kot-kot masalah ko kritik tu berbalik kat diri kau sendiri.. 

Aku.Semua akui. Hidup ini umpama roda. Sentiasa berputar mengikut edaran masa. Kadang-kadang kita di bawah. Kadang-kadang lagi kita di atas. Berilah mereka yang melakukan kesalahan tu, peluang yang kedua. Tak salah kan?

Akhir kata dari aku:

JANGAN LA NAK MENGATA, MENGHINA, MELAWAK KASAR DENGAN ORANG SAMPAI ORANG LAIN TERASA HATI DENGAN ANDA....


Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Bosan!!


Dear Bloggers..

Kebelakangan ini makin hangat pulak kan kedengaran di berita tentang POLITIK. mana-mana yang tak minat memang conform akan tutup televisyen. tak pun tutup radio. Mudah bukan? (ikut slang iklan bebudak soflan)

 Mentang-mentang pilihanraya umum tak lama lagi. maka kedengaran parti ni kutuk parti tu.. parti sana kutuk parti sini. Sorry to say.. such a childlish jak. Dah ditatap oleh seluruh rakyat negara. Gaduh dalam parlimen siap marah-marah macam budak kecil je. Perlu ka nak kutuk mengutuk antara satu sama lain? Belum tentu lagi sahih ke tak maklumat yang ada. kan? Tak boleh ka mun nak bertanding pun secara sihat.. 

Isu pemansuhan PTPTN. Isu Bersih 3.0 plak dah. Dan macam2 isu baru. macam2 jak. Korang tau ke? Aku tak tau.


Dulu... aku memang jahil tentang politik neh.. Memang tak paham apa bendanya politik nie apa kaitannya dengan kerajaan.

tapi semenjak aku berkecimpung dalam dunia pekerjaan (chewah. loba) aku tauk la serba sedikit apa kaitannya politik tok dengan kerajaan. contohnya fahaman politik ya bisa mempengaruhi pemerintahan sesebuah kerajaan negeri. contohnya... CONTOH JAK. jika sesebuah negeri tu dikuasai oleh si anu... maka kuranglah pembangunan di tempat itu. CONTOH je ye... korang nilai sendiri lah ye. aku tak nak banyak komen.

what everitis..

politik bagi aku macam tak adil je kan? PENDAPAT AKU.

so? selagi pilihanraya tak habis.. korang dengar dan pandanglah berita tentang masalah-masalah negara yang berlaku.. (tak pernah habis) dah habis pilihanraya pun cenggitu jugak...huh...






nota kaki: korang dah daftar mengundi ke? 

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Kurus Sangat Ke Aku Nie?


Dear Bloggers..

"Ko tok makan banyak-banyak tapi badan tetap juak cekeding.."

aku selalu dapat complaint macam tok dari kawan-kawan aku. dah badan aku sik pande besar nak buat g mana sih??

jadi..tengah surf2 tu.. aku pun terjumpa la tip2 nak GEMUKKAN BADAN!!

orang lain nak kurus, aku nak gemuk. TERBAIK DARI LADANG kan?

Jadi sapa badan nya cekeding2 ya, boleh lah ikut tip2 tok... kot2 menjadi.. tempoh: 1 bulan.. kot2 badan membesar... heh..

--- jangan skip apa2 sesi makan.. sik kira makan pagi, tengahari, petang dan malam.. arum bulak suffer pun boleh...




--- Try makan telur dan susu low fat dutch lady aaa....




---aku baruk tauk rupanya stress ya bisa mengakibatkan badan kita bertambah kurus.. (really) jadi elakkan diri jadi stress...


---jangan MEROKOK... merokok tu kan membahayakan kesihatan.. tak paham2 lagi ke??




nota kaki: Jadi... try la kot2 menjadi... mun menjadi padah ngan aku aa...;) 



Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

SEGMEN:GIVEAWAY 'GLOWZ' BY DIARIMASS


hari ini join lagi GA..

mana tau kot2 bertuah..hik2..

join?

klik SINI

smoga berjaya sambil kenal2 dengan bloggers lain..;)

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Jika Tak Dapat Kerja

Korang...korang...korang...


Belum dapat kerja gik ka?


Usah bimbang.. usah low confident pada diri... Nah.. Aku share artikel tok untuk kitakorang... harap dapat meningkatkan motivasi diri...;)






Graduan menganggur seringkali di salah erti. Biasalah, orang tak ada kerja pastu masih lagi terkapai-kapai mencari kerja. Dalam situasi begini graduan menganggur perlu ada sikap yakin diri. Untuk meningkatkan tahap motivasi dalam tempoh menganggur, berikut adalah 5 tips bagaimana untuk meningkatkan rasa yakin diri:

1. Percaya dan yakin bahawa rezeki ada di mana-mana.  Anda seorang graduan, gunakan kreativiti, kesungguhan digabung dengan tenaga muda. Kalo tak dapat kerja, buat kerja sendiri. Niagakan kemahiran Anda, jual dalam bentuk perkhidmatan. Orang muda sentiasa kaya dengan idea. Duit ada kat mana-mana!

2. Jika orang pandang serong ngan Anda, setiap kali orang pandang rendah ngan Anda, jangan ambil kisah. Just be neutral. Elak rasa terpukul dengan pandangan mereka. Makin di layan, makin sakit hati dibuatnya. Cara terbaik untuk menangani orang camni adalah, biarkan saja mereka. Selepas tu fokus untuk menambah baik diri sendiri. Elak untuk jadi terlalu lama menganggur, buat apa saja kerja halal yang mendatangkan duit.

3. Pilih kawan yang betul-betul punya kawan. Kawan yang baik adalah kawan yang membantu Anda, bukan kawan yang memandang rendah pada Anda. Pilih kawan yang memberi Anda sokongan moral, bukan kawan yang meruntuhkan moral Anda. Memegang status sebagai graduan menganggur amat mencabar, terutama dari segi emosi. Bila Anda dah ada kawan yang memberi dorongan motivasi pada Anda, kesannya Anda akan merasa yakin. Anda akan merasa optimis Anda boleh mendapat kerja.

4. Tahu apa kekuatan-kekuatan diri Anda, iaitu tahu sebenar-benar tahu keupayaan minda Anda.Terokai kekuatan minda Anda dengan perasaan ingin tahu dan Anda akan jumpa berbagai perkara yang boleh membantu Anda. Anda menganggur mungkin sebab Anda tak letak matlamat nak mencari kerja dalam masa terdekat. Anda mungkin tak mendesak minda untuk mencari kerja dan mindset Anda tak meletakkan Anda sebagai pencari kerja yang gigih. Mulai sekarang, ubah mindset.

5. Ubah mindset dengan mengubah ‘title’ Anda. Jangan sebut graduan menganggur. Sebutlah sebagai ‘freelancer’. Orang sekeliling Anda pandang tinggi dengan Anda sebab biasanya freelancer terdiri dari golongan berkemahiran serta berpendidikan. Bila Anda sebut diri Anda sebagai freelancer, Anda akan merasa bersemangat mencari kerja dan ‘mengadakan’ kerja, mungkin terdorong untuk bekerja sendiri. Kan bagus begitu?

Ingat, menganggur tak semestinya gelaran tak baik dan tak semestinya gelaran buruk untuk Anda. Elak merasa rendah diri hanya kerana Anda graduan menganggur.

Anda menganggur mungkin sebab Anda tak mengadakan kerja, tak membuat kerja dan tak berusaha melakukan sesuatu kerja yang boleh mendatangkan duit. Graduan menganggur sebenarnya bukanlah menganggur, tapi sedang berada dalam situasi menyesuaikan diri dengan mana-mana pekerjaan yang dia rasa selesa. 

Menganggur tak semestinya tak bekerja langsung. Menganggur adalah saat yang baik untuk Anda memperbaiki diri, menambah baik kemahiran serta mengenali kekuatan diri yang tersembunyi.











sumber
Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Nak Doodle Couple by Nia Lidia.


Nama : Momo
Request Colour : Pink lembut (bunga sakura) & biru pastel boleh? seluar yang laki warna hitam
Request Corak Baju: 



nak doodle couple?

join? klik sini

tag:

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Giveaway 1st Anniversary Blog Eyryn Bercerita & Jejari Bercerita






Syarat - syarat penyertaan
  • Terbuka kepada warganegara Malaysia.
  • Wajib mempunyai blog
  • Terbuka kepada lelaki dan perempuan
  • Follow blog Eyryn SINI dan blog Sis Eika SINI (WAJIB)
  • Like Fanpage Eyryn SINI dan Fanpage Sis Eika SINI (WAJIB)

Cara - cara nak sertai
  • Buat entry bertajuk "Giveaway 1st Anniversary Blog Eyryn Bercerita & Jejari Bercerita"
  • Letak banner GA yang comel tuh dalam entry korang . Link kan terus ke entry nie
  • Tag 2 orang atau lebih . Pastikan diorang tahu yang diorang di tag 
  • ADD & LIKE & FOLLOW semua sponsor - sponsor untuk GA nie
  • Tarikh tutup GA pada 10 Mei 2012 pada pukul 6 petang 
  • Letak link entry penyertaan di ruangan komen entry nie . Kalau hantar di shoutbox atau entry lain, tak diterima . Letak link entry , bukan link blog !
senang kan ? ape lagi, meh laa join beramai2..
sape lagi yang nak bagi korang hadiah free dengan cara yang simple :)

Letak Senarai Para Sponsorship Dalam Entry Korang




  • GA nie akan berlangsung dari 10 APRIL sehingga 10 MEI 
  • Senarai nama peserta akan sentiasa di update
  • Sebarang penambahan hadiah akan di update dari masa ke semasa
  • Semua syarat WAJIB dipatuhi untuk mengelakkan dari disingkirkan dari GA nie
  • Pemenang akan ditentukan secara random
  • Sebarang perubahan akan di update, so please be alert 
  • SELAMAT MENJOINKAN DIRI DALAM GA KAMI :)

Aku tag


nak join? klik SINI

oyeah sayang-sayang semua.. done ;)

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur