Followers

Friday, April 20, 2012

CONTEST : I LOVE MY FRIENDS

Dear Bloggers..


Aku blur nak buat entry apa untuk hari ini.. Jadi aku decide nak join pulak contest dibawah:






Yang ini entry untuk cik AQMA



GAMBAR ALA-ALA SWEET GITU ;p




KENAPA AKU SUKA BERKAWAN DENGAN DIA?

Yang kecik-kecik tu la sahabat aku (tinggi cekeding tu AKU la) dan aku sangat-sangat sayang kat dia. Aku kenal dia bila 1st semester. 1st day masuk UiTM. Aku tak sangka budak kecik yang berbaris belakang aku waktu nak daftar bilik dan merungut "panaslah ibu" akhirnya menjadi sahabat aku sampai saat ini.

Dia lah roomate, dia lah sahabat dan dia la ibu aku.. heee...

Kenapa aku panggil dia ibu aku?

Sebab dia sangat-sangat penyayang. Dia ambik berat tentang kawan-kawan dia. Dia pentingkan orang lain daripada diri dia sendiri. Apa-apa pun dia sanggup buat demi kawan-kawan dia. Kalau aku pergi mana-mana dia sentiasa pesan dekat aku jaga diri baik-baik, bila sampai mesti bagitahu dia. Kalau tak mesti la budak ni risau memanjang. aku tak pernah tengok dia marah. tak pernah walau sekalipun sepanjang 5 sem kitaorang bersama. marah. Budak ni memang penyabar.. Sebab tu jugak, semua yang kenal dengan dia, pasti akan SAYANG SANGAT-SANGAT KAT DIA

Selama aku hidup kat dunia ni, aku tak pernah jumpa seorang SAHABAT yang betul-betul boleh digelar sahabat macam dia. dengan dia la aku selalu berkongsi masalah. Kita orang ketawa dan menangis bersama. banyak pengalaman tak kira pahit manis kitaorang rasa. memori tu tak akan kitaorang lupakan sampai bila-bila. walaupun aku salu dengan perangai buruk aku, dia tetap sabar melayan karenah aku.. tak pernah complaint walau sikit pun.. maafkan aku  ye sayang...:'(


Korang tengok la betapa jauh nya beza ketinggian aku dan dia.. Hahaha. Budak ni memang kecik tapi dia sangat-sangat kuat makan. Jadi tak rugi kalau nak keluar makan dengan dia. Aku jenis susah nak habiskan makanan, dan si dia pasti akan tolong aku habiskan makanan.

Oh ya.. gambar kat atas tu diambik waktu aku bawak dia bercuti kat rumah aku...Sebab budak kecik ni suka sangat tengok awan (katanya nak terbang balik rumah dia) jadi aku bawak la dia pergi ke sebuah jeti.. Kat situ boleh la tengok awan yang luas terbentang bersama pandangan laut... Ambilan masa 1 jam jika jalan kaki dan ini telah menyebakan kulit kami menjadi sunburn bila balik hostel..(maaf ya sayang)

Sekarang kitaorang dah habis study.. dan dia pun dah fly away balik ke negeri dia.. tapi perhubungan antara kita stil "ketat-ketat" tau.. Bila ada kesempatan, kitaorang akan contact. Saling merindui konon.. ahaha..

Jadi ini lah serba sedikit tentang sahabat aku yang TERBAIK.. dan sampai hingga akhir nafasku, aku sentiasa sayangkan dia.. ;')





nota kaki: korang nak join? klik SINI

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

7 pekopon comel mengomel:

❤ aQma_maNaF ❤ said...

Hai
thanx sbb join.
goodluck ! :)

happy eim said...

hargai org yg syg kita..
^^

visit from blog chegu zubir..

Zamani said...

Salam~ Zam datang usha2 blog anda ;)
Thanks sbb sudi join segmen Blog Pilihan Zamani 84
Sambil2 menunggu keputusan di umumkan, jom blogwalking
dulu & berkenalan sesama bloggers. Pada yang dah bermula awal,
korang mmg sporting la :D Senarai terkini peserta
(sehingga 24hbApril) telah di update:

http://zamani84.blogspot.com/p/peserta-segmen-blog-pilihan-zamani-jom.html

Momo said...

@❤ aQma_maNaF ❤

tenkiu dear...;)

Momo said...

@happy eim

yep ur right..;)

Momo said...

@Zamani

tenkiu abg zam...;)

Syakilla kebebeh said...

good luck awak...

http://keilawrites.blogspot.com/2012/05/contest-i-love-my-friends.html