Followers

Tuesday, August 14, 2012

Definisi Cantik


Ini definisi cantik aku.

Cantik.


Semua orang nak cantik. Semua nak nampak sempurna. Sebab kalau mereka cantik, mereka akan ‘fofular’. Semua orang suka mereka. Buat tu, buat ni, semua orang nak ambil tahu. Kalau kau cantik, kau boleh dapat apa sahaja. Beli barang dapat murah. Kau boleh jadi apa ko nak and even dapat boy yang hensem macam.. macam.. retis. (Eh, yeke)

First Appearance

Cantik seorang perempuan adalah pada rupanya. Kalau muka bujur sirih, baby face, hidung mancung, muka puteh, bibir nipis ala2 pink gitu, badan pulak meletop ala-ala model international. Inilah ‘cantik’ yang korang akan tengok dulu kan?


 Tapi mesti ramai yang tak setuju pendapat aku kan? Cantik seorang wanita jangan diukur melalui wajah dan rupanya tapi hatinya. Penipu la. Yang first korang akan tengok mesti rupa dia. Baru korang menilai yang seterusnya. Kan? Kan?

Oke.

Perasan atau tak pandangan seorang lelaki dengan seorang perempuan tak sama? Kalau si perempuan kata

‘eh cantik la  budak perempuann tu. Lawa kan muka dia’

Tapi.. mesti yang laki akan buat muka seposen macam ni


‘ala aku tengok biasa je muka minah tu.. cantik lagi muka jiran rumah sebelah aku’

Yang tak cantik di mata seorang perempuan, nampak cantik di mata seorang lelaki. Pernah alami tak situasi macam ni? Well yang aku nak sampaikan..setiap orang ada definisi cantik mereka sendiri. Begitu jugak aku.

Honest. Aku suka tengok perempuan cantik. Buat aku terasa nak tengok selalu je muka dia. Hidungnya, matanya. Aww..so damn cute. Sampai termimpi malam-malam (penipu la tu)

Eh… aku bukan lesbian. Bukan jugak dua alam. Jangan nak fitnah2 aku pulak bulan puasa ni, tak pasal2 korang derma free je pahala korang kat aku.

Lumrah seorang manusia suka melihat perkara dan sesuatu yang cantik. Betul tak? I admit. I jeles ok. Alangkah best kalau aku pun ada wajah dan rupa secantik dia.  Mesti I dah jadi retis sekarang. Cover page majalah Mangga. Aww!!

Tapi.. aku bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi kat aku. Biarlah sederhana dan cukup sifat. Betul tak? Jangan sesekali rendah diri dengan apa yang kita miliki tapi sebaliknya bermegah la dengan apa yang kita ada. tapi jangan megah sampai tak sedar diri.


Eh, korang.. cantik lagi si dia ni




Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

9 pekopon comel mengomel:

NasQ said...

aku suka tengok perempuan cantik...

Cendol said...

cantik dlm cantik luar baru awesome!
mmg kan agaknye cantiknye pompuan tu lain2 di mata org lain..abg cendol kate makwe dia lawa.cendol tngok tak lawa pn.eh?jahat aq!!haha
ayah cendol kata,
"kamu bukan suka dia sebab dia cantik,kamu suka dia sebab tu kamu rasa dia cantik" eh?mcm tu kah?haha
mcm2..

cikeyrah said...

kadangkala dengan senyuman pun dah nmpak org tue cantek :)

fadh leyanie said...

cantik pelbagai definisi..dari tutur kata ,kesopan santunan pn boleh kira cantik..selamat hari raya :P
mr.bean cantik aww

Anonymous said...

cantik tu terpulang masing2 lah!.. selamat hari raya , maaf zahir batin

Cik Applemuffin said...

Cantik sangat subjektif...tiap2 org ada berlainan cara mendifinisikan cantik...tapi kebiasaannya org tak pndg sgt muka cantik...kalau perangai buruk rupa yang cantik akan kilihatan tak cantik juga...

Azee Hana said...

yup,,betul tu..memang pernah alami,,,x tau la lelaki tengok perempuan cantk y macam mane..haha

Reena Sidek said...

lawa ktk eh... mun madah macam ya ngan org swak... lalu laaa... berintey... mok di padah kacak juak sik moh si padah lawa...

kenal hati seseorg dolok baru kita tauk nya cantik sik... mun setakat rupa jak cantik... ati buruk, sik juak guna.. ;p

izz iizza said...

cumil yg bawah tu..;)

pada sy cantiknya seorang perempuan adalah pada sifatnya..muka cantik sedang2 pun xper asal lemah lembut sopan santun..dan bijak..itu dah nampak cantik dn sempurna