Followers

Monday, July 23, 2012

Kecelaruan Budaya

Minggu lepas, aku dan beberapa kawan sekerja yang lain bertugas di luar pejabat. Tugas kami ni macam pergi ke rumah mengikut nama-nama yang diberi oleh pihak atasan lepas tu hasil siasatan kena bentangkan dalam meeting antara jabatan.

Aku dan partner aku dapat senarai nama dari kampung-kampung melayu dan cina. Lagi satu geng dapat senarai nama dari kampung melayu dan iban.

Dipendekkan cerita. Geng aku yang satu ni pergi lah ke satu rumah panjang iban ni. Mencari lah nama si polan (nama tidak dapat disebut di sini). Lepas tu kawan aku ni temuduga la si polan ni.

Soalan pertama:

Sapa si polan tok?

Si polan ni jawab: orang tuk udah mati.

Lagi sekali kawan aku tanya: mun nya dah mati, sapa la nama si polan tok. Ktk tok sapa?

Si polan ni jawab balik: aku tok anak nya. Si polan tok udah mati. Udah mati.

Kawan aku tak puas hati. Dia tanya benda yang sama berulang kali. Tapi si polan ni masih lagi bertegas berkata:

Si polan tuk udah mati. Aku tok anaknya.

Kawan aku pun berputus asa walaupun hampir separuh orang di rumah panjang tu datang terangkan kat kawan aku ni. Maka tinggallah misteri nama si polan.

Aku pendek kan lagi cerita ni.

Keesokkan hari, suami si polan ni datang ke pejabat kami untuk menyerahkan beberapa dokumen yang diperlukan. Maka.. setelah diteliti dokumen tersebut, sekali lagi cerita yang sama berlaku. Berulang-ulang kawan aku tanya. Si suami tetap cakap si polan dah mati. aku pulak yang datang tolong kawan aku, tapi mendapat jawapan yang serupa.

Lepas tu, kami mintak ic isteri. Si suami bagi ic si polan.

Si suami: tok bini aku.

Kami: sapa lah si polan tok?
Si suami: nya sik ada gik. Tuk gambar bini aku.

Kami: si polan tok bapa mentua kitak la? Tuk ic bapak mentua ktk la?

Si suami: bukan. Tok ic bini aku. Si polan udah mati.

Kami memang dah blank giler-giler time tu. Yela..macam mana orang mati boleh hantar dokumen ni.

Kami: Sapa bapak mentua ktk?

Si suami hanya tunjuk nama yang tertera di ic.

Kami: Tapi tok kan ic bini ktk. Sapa bapak mentua ktk? Sapa bini ktk.

Si suami: Nama bini aku xxxx. Tapi orang dalam ic tuk udah mati. Pendaftaran salah molah nama bini aku jadi nama orang tuk. (tunjuk nama dalam ic)

Dan.. akhirnya…semua terjawab… korang paham tak?

Nama bini dia xxx. Tapi Jabatan Pendaftaran tersalah buat nama isterinya. Nama isterinya jadi nama bapa mentua yakni si polan. Korang tahu tak kenapa si suami ni langsung tak nak sebut nama bapa mentua ni?

Sebab..mengikut adat orang iban..bila pasangan tu sudah berkahwin, kira dah macam pantang larang la untuk sebut nama bapa mentua. Kira nya macam sangat-sangat menghormati mentua ni. Kalau sebut, kira macam derhaka kot. . aku tak pasti sangat tapi yang pastinya mereka memang tak boleh sebut nama mentua mereka.

Bengong kan kitaorang? Nasib baik lah dorang tak panas hati bila kami tanya berulang kali nama bapa mentua dia. Dah belajar satu adat baru minggu lepas.. Mintak maaf ye..:) 1 Malaysia…
Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

4 pekopon comel mengomel:

meowwmania said...

hye!

ohh baru tahu jugak tentang adat org Iban nih hehe..


p/s: kucing akak sakit mmg selalu bawak ke klinik haiwan, vet akan cek dan bagi ubat

paling PETING jgn sesekali bg ubat manusia pd kucing okeh ;)

Masz Sidek said...

biol palak kmk baca mula2.... ujung2 baruk faham... heheheh ;p

nur anis said...

last-last baru paham..hihi.

Mass said...

gitu plak..pening..pening...huhuh