Followers

Monday, July 23, 2012

Review: Anime Fairy Tail


Bagi yang tengok cerita Fairy Tail yang disiarkan di saluran NTV7 tu mesti tahu cerita yang aku maksudkan ni.

First impression. Macam boring je cerita ni. Tak paham langsung. Tapi.. bila tengok satu episode kat tv hari tu, aku rasa berminat pulak nak tahu apa yang terjadi seterusnya. Kebetulan.. kawan aku ade pulak cerita ni, jadi.. transfer la.:)

Kisah nya bermula apabila Lucy Hearfilia datang ke Kota Magnolia untuk join satu guild ni. Namanya FAIRY TAIL. Kira macam guild ni agak famous la dengan wizard-wizard handal. Fairy Tail ni pulak macam satu tempat semua ahli sihir berkumpul, dapatkan tugasan dan ganjaran daripada tugasan tersebut. Dekat situ la, si Lucy ni jumpa dengan Natsu Dragneel, Happy, Erza Scarlet, Gray Fullbaster dan Wendy Marvell dan Carla. Kiranya banyak la pengalaman mereka bersama.

Anime ini boleh aku katakan ada action and lawak yang membuatkan orang serumah aku ngeri bila dengar aku gelak sorang-sorang di tengah malam yang hening. Hahahaha.

Macam anime lain, kisah Fairy Tail berunsur ikatan persahabatan yang kuat, kasih sayang, pengorbanan, maruah diri dan sebagainya. Ada part tu aku rasa bersemangat je bila tengok, macam aku je yang tengah berlawan dengan penjahat tu. (terlalu mendalami watak) haha.

Tapi.. aku hanya dapat tengok sampai episode 136 sahaja… sedih kan? Aku tak tahu apa jadi seterusnya. Adakah Natsu, Gajeel dan Wendy berjaya jumpa balik dengan naga-naga mereka? Adakah Zeref dapat dikalahkan? Apa jadi pada Jellal selepas 7 tahun kehilangan Natsu dan lain-lain dalam peristiwa melawan Acnologia? Wahhhhh…

Ade sesapa tak yang simpan episode 137 dan ke atas??? Please.. Onegaisimasu!!! Aku teringin nak tengok. Aku sanggup beli dari korang kalau korang ade episode seterus dan seterusnya.. (tapi berpatutan la tau) Please.. kalau ada, respon ok? 


Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

1 pekopon comel mengomel:

Reena Sidek said...

kmk jarang layan anime kinek tok... abg ngan adik lakimek nang layan... tv kat rumah nya duak jak krongker... hari2 nangga channel animax...