Followers

Monday, July 23, 2012

Cinta Nafsu


“Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesanan suruh aku terima kamu
Ooo.. hatiku rasa sesuatu..”


“Bila first time kamek jumpa kitak, kamek dah jatuh hati pada kitak eyh.. kita gerek mok sik?”

“tersilap anta mesej la, tapi.. kalau nak berkenalan jugak boleh tak?”


Tak dapat dinafikan remaja sekarang tak la seperti remaja dahulu kala. Betul tak? Semakin canggih teknologi hari ini, semakin canggih lah anak-anak muda saat ini. Zaman sekarang ada facebook, ada twitter, ada skype, ada yahoo messenger. Zaman dulu, ada BUKU BIODATA JE. 


Kalau duduk berjauhan kirim lah surat suruh abang posmen tolong hantarkan. Kan? Kan?

Apa kaitan lagu Najwa Latif dengan dialog tu?

Ingat lagi tak dekat televisyen menyiarkan tentang seorang remaja yang datang mengadu dekat polis katanya dia telah dirogol oleh kawan yang baru dikenalinya daripada laman sosial? Dan carilah di internet berapa ramai lagi berlakunya kes penipuan melalui laman sosial ini. Banyak kan? Mangsa nya wanita. Remaja sekolah. Perempuan! Ada juga kes lelaki yang kena tipu di laman sosial ni tapi aku fokuskan isu ini mengenai gadis. Perempuan. Wanita. Sebab apa?

Kalau lelaki kena tipu, paling kurang pun dia hilang duit je. Tapi kalau perempuan kena tipu, dia akan kehilangan sesuatu yang berharga. Berharga untuk setiap wanita. Apa dia?

Maruah diri.

Aku tak nak cerita mana-mana hubungan yang bermula dari laman sosial yang berjaya hingga ke jinjang pelamin. Itu jodoh mereka. Tapi aku cuma nak komen SIKIT tentang hubungan yang tidak berjaya di laman sosial yang membuatkan seseorang kehilangan sesuatu berharga dalam diri masing-masing.

Sekarang ni banyak betul kes pembuangan bayi, hamil anak luar nikah, lari ikut teman lelaki, dirogol dan sebagainya. Memang nak kata zaman dulu-dulu tak ada benda macam ni, mustahil. Memang ada. Cuma tak berleluasa seperti sekarang. Sampai masuk televisyen, surat khabar, majalah.

Yang sedihnya kan.. yang menjadi mangsa ni kebanyakannya budak sekolah. Yang masih belum matang. Dan tak mengerti betapa ruginya masa mereka terbuang untuk lelaki yang berhidung belang ini. Entry aku bukan nak menghentam kaum adam.. tapi niat aku cuma nak member peringatan kepada gadis-gadis di luar sana. Aku bukan bercakap ikut sedap mulut je.  Tapi aku bercakap hasil pemerhatian sekeliling. Ramai gadis bawah umur berhenti sekolah dan berkahwin gara-gara hamil anak luar nikah. Alhamdullilah jika si lelaki bertanggungjawab. Ada yang kurang bernasib baik terpaksa bertungkus lumus dengan tulang 4 kerat untuk besarkan anaknya. Sudahlah lahir si anak tanpa seorang suami untuk membimbingnya, lebih hebat lagi bila dikutuk oleh kaum keluarga dan masyarakat setempat. Korang nak ke mak dan ayah korang dikutuk kerana tak pandai jaga anak? Tak kesian ke kat mak bapak?

Kerana cinta, gadis-gadis yang naïf ini sanggup buat apa sahaja demi lelaki yang mereka sayangi. Demi kasih sayang dan janji yang dilafazkan, mereka sekelip mata sahaja percaya dengan bayangan palsu lelaki-lelaki yang hanya ingin memuaskan nafsu. Jangan dibangga dengan kehidupan sementara ni. Suatu hari nanti,bila makin dewasa..boleh berfikir dengan matang, kita akan menyesal.

Tu je aku nak komen. Banyak-banyak nanti, korang marah aku balik. Aku tahu. Aku manusia biasa. Niat aku cuma satu. Aku cuma nak berpesan kepada remaja-remaja perempuan di luar sana:

Jagalah diri kita sebaik-baik yang mungkin. Apa-apa kamu lakukan.. TOLONG berfikir dengan panjang! Fikir kesan masa pendek dan masa panjang.

Jangan senang memberikan diri kepada lelaki yang belum tentu sahih menjadi milik kita dan kita miliknya.

Jangan mudah/cepat percayakan sesiapa pun.

Jika si dia sayangkan kamu, dia akan menjaga kamu sebaiknya.. TERMASUKLAH tidak akan menyentuh kamu selagi kamu belum sah menjadi miliknya. Kalau dah si dia tu dah mula nak peluk-peluk, nak cium-cium, korang sumbat selipar buruk kat mulut dia ok? Hehe.

Jangan terlalu taksub letak gambar peribadi di internet sebab.. sesiapa sahaja boleh curi gambar kamu dan berbuat sesuatu di luar jangkaan kamu. Pernah terjadi gambar kawan kepada kawanku dicuri oleh seseorang yang tidak dikenali dan dilabelkan sebagai gadis bohsia. Ha! Nak kena macam tu ke baru nak buang?

Kalau nak ajak jumpa tu, make sure ibu bapa korang mesti tahu. Kalau dah tak suruh, jangan nak mengada-ngada nak pergi jugak. Pastikan ada yang lebih tua menemani kamu berjumpa dengannnya. Dan pastikan ramai-ramai dan di tempat TERBUKA SAHAJA.

 Dan yang terakhir.. jika kita sayangkan seseorang..tak perlu sampai nak berikan diri kita kepadanya. Kalau dah jodoh tu, tak akan kemana. Paling penting sekali.. jangan lupa solat. Ingat Allah. Berdoalah agar kita sentiasa dilindungi oleh-Nya. Amin..












Nota kaki: Ibu bapa.. awasi anak-anak anda.. awasi dengan siapa mereka berkawan,bergaul.


Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

5 pekopon comel mengomel:

Mass said...

memg betul tu...xleh ikut sangat sytle zaman skrg..lagu2 pun banyak unsur mengajak jd lebih teruk...

Mrs Velentine said...

dlu lain skg lain..dlu xda fb skg budak darjah 3 pun tau FB 2apa

Reena Sidek said...

nang byk kes macam tok...

bagi kmk "lelaki yg baik tak akan mengambil sesuatu yg bukan hak dia"
kehormatan seseorg wanita ya hak si suami... selagi nya bukan yg halal utk rompuan ya... nya sik patut ngambik...

Masha Meisters said...

follow momo here dan balas kunjungan ye :)

Unknown said...

ya lah tek mun pcaya ngan org sik kenal .. sebab ya juak lah ada yg tertipu hilang duit berjuta2 sebab laman sosial. ada laman sosial pun disalahguna..