Followers

Monday, July 23, 2012

Buat Diploma Lepas Tamat PMR


Untungnya budak-budak sekolah zaman sekarang.  Macam-macam kerajaan cuba bantu dalam usaha untuk mendapatkan remaja yang akan menjadi pemimpin masa hadapan mendapat pendidikan secukupnya. Sekarang ni pelajar lepasan PMR berpeluang untuk memperoleh Diploma Vokasional Malaysia (DVM) selama 4 tahun sekiranya mereka menyertai mana-mana 78 buah kolej vokasional di seluruh Malaysia.

Sekarang ni dalam usaha nak menjadikan seorang pelajar lebih memenuhi pasaran semasa pekerjaan,  kokurikulum vokasional telah pun dirombak secara komprehensif seperti yang telah dilakukan di negara Finland. Untung kan? Kalau zaman aku dulu, kena ambik PMR.. berhempas pulas untuk SPM lepas tu baru dapat masuk Universiti. Kalau dibanding zaman mak ayah kita dulu, kalau tak pass tingkatan 3 jangan harap nak masuk tingkatan 4 atau 5.

Tak dinafikan.. yang laku dipasaran sekarang kebanyakannya graduan yang memiliki kemahiran teknikal macam engineering, fashion designer, technology, mechanical and so forth. Kalau yang bahagian admin tu maknanya terpaksa la compete dengan beribu raban keluaran graduan yang sama di luar sana. Tapi.. tak kisah la. Kalau ada rezeki, adalah untuk kita. Yang penting kena rajin usaha.

Back to the topic. Mengikut artikel yang aku baca ni, terdapat 12 bidang yang ditawarkan dalam kolej vokasional ni. Antaranya;

Teknologi kejuruteraan awam
Teknologi kejuruteraan mekanikal dan pembuatan
Teknologi kejuruteraan elektrik dan elektronik
Hospitaliti
Pertanian
Sains Kesihatan
Perniagaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Sistem Sokongan Seni dan Budaya
Teknologi Kejuteraan Marin
Pengangkutan
Industri Sukan

Fuh.. gah-gah kan nama bidang ni. Kalau aku diberi peluang, aku nak ambik bidang teknologi maklumat dan komunikasi.. Tapi kalau aku boleh jadi muda semula, aku sanggup belajar lagi ambil diploma ni. Haha. Basically, diploma ni lebih kurang macam korang masuk sekolah teknik tu la. Cuba mungkin pelajaran nya lebih advance lagi.

Macam mana? Berminat tak? Ni antara sekolah rintis yang menawarkan diploma ni. Seluruh Malaysia I guess.

SMV Shah Alam, Selangor
SMV Sungai Petani,Kedah
SMV Muadzham Shah, Pahang
SMV (ERT) Setapak, Kuala Lumpur
SMV Seri Manjung, Perak
SMV Balik Pulau, Pulau Pinang
SMV Dato Seri Mohd Zain, Alor Gajah Melaka
SMV Klang Johor
SMV Wakaf Terbusu, Terengganu
SMV Pengkalan Chepa, Kelantan
SMV Beaufort, Sabah
SMV Kuching, Sarawak
SMV Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
SMV Dato’Maharajalela,Rembau Negeri Sembilan
SMV Arau Perlis

Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh layari laman web ni www.moe.gov.my.. Cuba cari tentang program diploma vokasional ni.

Tetapi..aku terfikir sejenak.. apa kah nasib graduan yang keluar dari universiti yang hanya berkelulusan diploma sahaja?apakah peluang mereka tipis untuk mendapat peluang pekerjaan oleh kerana semakin ramai graduan diploma di luar sana?

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

10 pekopon comel mengomel:

Nurul Says said...

kita berusaha..yang lain biar allah tentukan ;)

Mass said...

wah..makin tinggi tahap pendidikan budak2 zaman sekarang...

Anonymous said...

beruntungnya student2 sekarang ni

Nurul Husna Mohd Hassan said...

sekarang ni tak boleh terlalu memilih kerja sebab ramai sangat graduan yang bersaing nak dapatkan kerja :)

Unknown said...

bena kata ktk momo..bhgn teknikal mmg laku di pasaran kinek tok

THE AUTHOR said...

Aku sudah terlambat..hehehhe

Unknown said...

nang untung la student kinektok kan.. mun lah michelle boleh kembali ke zaman sekolah kan best, hihihi

Unknown said...

wah, isu semasa ni. Eza baru tau. Tq share :) :)

dya nasir said...

jelesnya..dya baru dpt dip..tapi kena amik spm dulu..huhu..untungnya dorang

BERT said...

seronok la budak2 skang banyak kemudahan untuk belajar..nak ngan tanak je kan :))