Skim Latihan 1 Malaysia adalah program untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
Mengikut bahasa aku la untuk memudahkan korang lebih memahami: Skim ini dibuat untuk bantu PARA GRADUAN yang BELUM BEKERJA menempatkan diri mereka di dunia pekerjaan.
Ada 3 peringkat Latihan Skim 1 Malaysia ni. Meh aku terang satu-satu.
Peringkat Pertama: Peserta akan mengikuti latihan soft-skill training selama 2 bulan berserta elaun minimum RM1000.
Peringkat Kedua: Lepas latihan soft-skill, para peserta akan mengikuti on-job training di syarikat-syarikat swasta terpilih di seluruh negara. Para peserta juga akan diberi elaun minimum RM1000. Tempoh latihan pulak minimum dalam 6 bulan. Paling lama pun 10 bulan.
Peringkat Ketiga: Job Placement. Para peserta berkemungkinan akan diserap masuk ke syarikat tempat mereka menjalankan latihan ataupun syarikat penaung akan membantu mereka mendapatkan pekerjaan sebelum latihan berakhir.
Untuk mengetahui lebih lanjut apa yang ada dalam struktur modal dan latihan. Boleh rujuk sini
Ni aku nak habaq mai terma dan syarat untuk mengikuti program latihan ni:
· Graduan mestilah Warganegara Malaysia
· Graduan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan ke atas
· Graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau selain daripada Kerajaan Malaysia
· Graduan tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan menerima Ijazah atau selepas menerima transkrip keseluruhan peperiksaan
· Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima
· Graduan mestilah berdaftar di JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia
So amacam, hangpa semua berminat nak join ka? Kalau berminat korang boleh ambik borang di sini dan baca lebih lanjut.
Mesti korang pelik kenapa aku cakap aku tak puas hati kan?
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Kenapa skim ini hanya dibuka untuk graduan yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas?????? Apa mereka yang ada diploma tu bukan seseorang yang layak bergelar graduan? Apa mereka yang ada diploma tu tak layak ditempatkan ke sektor pekerjaan? Apa kami yang hanya kelayakan diploma ni tak layak untuk bekerja. Harus belajar lebih tinggi lagi baru orang nak pandang kelayakan kami? Aku pasti rata-rata yang ada hanya diploma tu bukan nya tak berminat nak sambung belajar lagi. Siapa yang tak nak kelayakan lebih tinggi? Siapa? Mungkin keadaan hidup atau tanggungjawab lain membuat mereka tidak mampu untuk meneruskan pelajaran. Kos belajar bukannya murah. Dengan yuran. Buku lagi. Belum campur nak belanja kehidupan harian. Jujur lah aku cakap, ada duit PTPTN tu pun belum cukup lagi nak tampung kehidupan sepanjang semester.
Yes. Aku dah hantar e-mail pada pihak berwajib untuk dapatkan kepastian kenapa dan memohon agar peluang ini dibukakan untuk graduan diploma. Tapi malangnya masih lagi tiada jawapan. Harapan untuk dapatkan peluang pekerjaan aku yang tinggi menggunung bila dengar YANG BERHORMAT umumkan skim ini HANCUR berkeping-keping bila dapat tahu hanya graduan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas sahaja LAYAK memohon.
Aku hargai Kerajaan yang berusaha menolong graduan luar sana yang sedang bertungkus lumus untuk mendapatkan tempat pekerjaan di sektor awam mahupun swasta. Tapi aku harap sangat-sangat program ini ditambah baik dan dibuka kepada graduan diploma. Tolonglah…
5 pekopon comel mengomel:
moga ada sinar harapan buat u yek!. KA doakan yg terbaik
harap dapat lah jawapan dari mereka kan...
harap dpt jawapan positif...
I already said kat my dad yg diploma x diberikan peluang ini...tpi my dad tak percaya...seriusly mmg SL1M nie untuk peringkat ijazah muda dan ke atas right?
@Raja Nurul Adilah RA
memang pun... sakit hati tau...
Post a Comment