sekarang aku tengah survey untuk mencari baby baru.
Apa?BABY BARU?
Laptop la. Tak tahu cerita? Klik SINI. Tak klik pun tak apa. Aku tau aku bukan retis ok.
First of all.. before nak beli membeli ni, kena tengok dulu...
Tengok apa?
Tengok brand la kawan.
Brand yang tahan lasak dan yang penting tahan lama sebab aku ni pengganas. Pengganas harta benda. Dah rosak nangis. Padan la muka aku.
Jangan brand je standard tapi tak tahan lama. baru berapa bulan dah masuk hospital. duit lagi. pergh.. ye.. aku memang KEDEKUT! biasalah. aku tak macam korang. aku OBS je.
Apa OBS? ORANG BERDUIT SIKIT (ni si dia yang ajar)
Ok. enough of mumbling. setelah aku raba-raba, godam-godam incik google disebalik bertanyakan kepada beberapa "pakar" ict di ofis ni, mereka telah mengesyorkan aku untuk membeli brand yang tahan lama untuk orang yang lasak dan ganas macam aku ni seperti:
ASUS
SAJE JE LETAK PINK SEBAB SUKA PINK.. HEHE |
Kata mereka lagi.. so far ASUS jenama yang tak banyak problem berbanding ACER, DELL, HP, COMPACT. Aku search di GOOGLE pun ramai yang mengesyorkan untuk guna ASUS (ada bantahan? komen ya)
Acer kata orang tak tahan lama.. baru 2-3 tahun guna, akan datang banyak masalah.. Ye.. aku tak nafikan. Lappy yang aku ada sekarang lappy ACER la.. Baterinye.. skrin.. entah ape ke benda lagi ntah.. padahal jaga elok je. (elok la sangat on 24 hours kan)
Compact pulak orang kata problem akan terjadi pada bahagian USB port nya.. apa USB port? ala. tempat korang cucuk pendrive tu la.
Dell dan HP? kata orang kalau nasib baik dapat yang ok, ok la. Kalau tak ok, nasib la...
Pendapat dan pengalaman korang macam mana pulak?cer komen..cer komen..
nota kaki: kawan aku dealer jual tablet, gadget dan sewaktu dengannya.. berminat nak beli? harga berpatutan tau. ramai dah order.. korang nak?bagitau aku..:))
0 pekopon comel mengomel:
Post a Comment