Followers

Tuesday, June 19, 2012

Gastrik

Apa itu gastrik?

Gas + Usus + Ditarik = Gastrik

Hehe..Guro jak.


Ini maksud gastrik SEBENAR daripada istilah perubatan:

Gastrik adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Tak paham? Senang cakap la.. gastrik ni terjadi bila ada luka kat usus perut kita.

Macam mana boleh luka ni?

Ni sebab-sebab kenapa usus perut kita luka:

-       Pemakanan yang tidak terurus
-       Perokok
-       Pengambilan kafein dan alkohol berlebihan.
-       Stress
-       Gangguan autoimun
-       Pengambilan kerap pil penahan sakit (macam aspirin dll)
-       Rembesan asid gastric yang berlebihan
-       Pengaliran semula hempedu ke perut
-       Jangkitan kuman/parasit
-       Lain-lain masalah perubatan (HIV/AIDS, buah pinggang dll)

 

Aku merupakan salah seorang pesakit gastrik. Gastrik teruk bila aku demam teruk. Percayalah. Sangat seksa bila korang menghidapi gastrik. Aku penggemar makanan-makanan yang berasid dan minuman berkafein. Makan buah-buah asam, mangga, nenas.. pergh..memang sedap.. Air coke tak pernah lepas.. sebab pemakanan yang aku amalkan ni la yang membuatkan aku dapat sakit gastrik sekarang ni. Padan muka aku kan?

Apa tanda-tanda gastrik? (mengikut pengalaman aku)

-       Rasa pedih dekat hujung hati. Macam dicucuk-cucuk jarum
-       Sendawa yang kerap (sebab angin)
-       Cirit-birit ( Ni tahap kedua terlampau)
-       Najis warna hitam dan ada darah keluar ( Ni yang paling terlampau)
-       Muntah ( abis apa korang makan korang keluarkan balik)
-       Pening kepala. (Biasanya pening dulu..baru muntah)
-       Perut berbunyi dengan kuat. Macam bunyi orang lapar. ( Pernah sekali buat hal kat ofis..Malu dol berbunyi orang dengar)
-       Berat badan menurun ( aku turun 5 kg. Dah la cekeding, makin cekeding lagi)

Semenjak aku dapat gastrik teruk suatu ketika dahulu, aku dah makin kurang selera makan. Makan pun sikit je. Kalau banyak, aku mudah rasa nak muntahkan balik makanan tu. Kesian kan?

M.A a.k.a Medical Assistant yang suka berceloteh tu bagitahu aku.. (waktu 1st time discover aku dapat gastrik) dia pesan orang yang kena gastrik tak boleh skip breakfast dengan meals, tak boleh makan sampai kenyang. Jangan makan benda masam, benda pedas. Jangan sesekali bagi perut kosong.. Kalau tak, kena lah gastrik tu. Aku dengar macam cerewet je. Kadang tu aku tak ikut pun apa M.A tu cakap, makan sampai kenyang. Makanan berunsur asid tu tak pernah lepas lebih-lebih lagi sekarang ni kat kawasan aku tengah musim buah “kuini” dan mangga.. yumyum..

Ok. Sebenarnya pesakit gastrik ni  ada pantang larang. Ini pantang larang yang ada satu dua je aku ikut:

-   Jangan sesekali biarkan perut kosong. Pastikan perut tu sentiasa di isi walaupun makanan ringan.
-       Elakkan makanan-makanan yang pedas dan masam.
-       Elakkan pengambilan minuman berkarbonat (coke dll)
-       Jangan minum teh. ( Ini aku tak tahu betul tak. Aku minum elok je)
-       Amalkan pengambilan vitamin C 100mg. ( untuk pulihkan luka kat perut tu)
-       Sayur-sayuran tu.. paling penting. Makan ya..:)

Apa aku buat kalau dapat gastrik? Aku akan muntahkan je makanan yang ada . dah tu aku akan makan sikit nasi (segumpal) dan telan pil (utk gastrik) dah tu, rehat. J lepas tu baik la. Kalau korang tak suka makan pil, koran boleh try cari jenis cecair… macam gaviscon tu.

Nasihat aku pada mereka yang penghidap gastrik ni, seboleh-bolehnya ubat tu sentiasa ada. Sebab gastrik ni kan boleh serang bila-bila masa je. Lebih-lebih lagi bila dah makan tak ingat dunia. MACAM AKU LA..

Tapi.. jangan jadikan sebab gastrik, korang tak boleh puasa pulak. Penipu la tu. Aku elok je puasa. Cukup 29 hari. Sehari tak boleh..sebab cuti umum.. cis.. sayang betul… tak pulak aku pengsan waktu puasa tu..

Ha.. sebelum aku berhenti.. ini tips yang aku dapat untuk pesakit gastrik di bulan puasa kelak. (kan tak lama lagi)

  • Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan.

  • Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur

  • Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati

  • Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. 
    Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.

  • Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.

  • Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.

  • Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak

  • Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.

  • Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.

  • Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.












    sumber

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

3 pekopon comel mengomel:

Anonymous said...

tq amat berguna utk saya yg aastrik juga.. pernah kena tgh2 malam seksa betul!

Momo said...

@Kesuma Angsana

yang penting perut jangan bagi kosong..makan je walaupun sikit k? hehe

Sakinah said...

Memang sakitkan bila kena gastrik. Sampai terduduk. Nak jalan pun terbongkok2. Pedih yg amat. Tapi sekarang sejak saya amalkan esp shaklee tak kena dah sampai sekarang. Tak sangka saya tak perlu dah ambil ubat kat klinik..