Followers

Tuesday, June 5, 2012

Kematian

Dear Bloggers..

 Kematian.

Kadang-kadang sebelum aku nak tidur, tetiba aku berfikir tentang KEMATIAN. Dan bila aku fikir dengan lebih dalam, aku rasa gerun dan terus tak dapat tidur langsung..

Tak ada sesiapa pun kat dunia ni yang tahu bila akan jadi kali terakhir mereka akan bernafas di dunia sementara ini. Kita tak tahu walau sikit pun bila Malaikat Maut akan datang menjemput kita.

Mungkin kita dijemput:

Sewaktu kita tidur.

Tengah makan.

Berseronok dengan keluarga @ kawan-kawan

Dalam solat

Mandi

Atau mungkin ketika tengah berblogging

atau

Di saat korang tengah membaca entry ini…….

Bila-bila masa sahaja…. Dan bersediakah kita jika waktu itu sudah sampai? Cukupkah amalan kita? Sudah kah tebusnya dosa-dosa kita kepada-Nya? Sempat kah kita menunaikan impian-impian kita di dunia ini? Banyak kah pahala yang telah kita lakukan? Ya Allah.. sepanjang kita hidup di dunia ini, berapa banyak dosa dan pahala yang telah kita lakukan? Adakah Allah menerima nya atau sebaliknya…

Itu urusan kita dengan Allah kelak..

Kematian.


Sakitnya kematian itu, hanya kita yang akan rasa. Hanya kita yang akan berdepan dengan sakaratulmaut itu. Ya Allah.. macam mana caranya kita hendak berdepan BERSEORANGAN… tanpa ada sesiapa pun di sisi kita. Di saat-saat terakhir hayat kita, syaitan masih lagi berusaha menyesatkan kita. Mampukah iman kita bertahan? Setia pada Allah yang satu. Mampukah kita mengucapkan kalimah syahadah yang mampu kita ucap secara normal waktu ini?

Ya Allah.. kuatkanlah iman hamba-hambamu ini.. Ampunilah dosa-dosa kami.. Lalai dalam mengingatimu.. menunaikan amalan wajibmu..  tempatkan hamba-hambamu ini di kalangan orang yang beriman.. amin..

Dan.. bloggers semua.. bersediakah kita jika waktu itu sudah tiba?

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

0 pekopon comel mengomel: