Followers

Tuesday, June 5, 2012

Aku Bebas Bersuara Apa Aku Mahu@Rasa

Dear Bloggers..

Sekarang aku dalam proses nak buat penambahbaikan penulisan di dalam blog aku.

Ya. Aku bebas bersuara dengan apa aku MAHU@SUKA.


Ohh please…

I am new blogger and I need more and more time to learn how to become a good writer that will attract other people to visit and READ what I post in my blog.

Aku tahu la entry blog aku ni tak de la sehebat otai bloggers kita yang terkenal kat luar sana. Yang punya puluhan ribu followers, iklan sana sini. Diceritakan oleh blogger-blogger lain.  Kat mana-mana blog, ada je “dia” tersenarai dalam bloglist. Tapi apa aku kisah. Setiap orang bebas untuk meluahkan pandangan masing-masing dan follow sapa je mereka suka.. kan?

Aku buat blog ini untuk bersuara dan bagi pandangan pada senario kehidupan yang aku dok tatap hampir setiap hari. Aku tak tahu channel apa aku nak guna untuk bagitahu apa aku rasa. Apa aku fikir. Aku tak nak la nak buat video dah tu upload kat youtube. Tak nak aa orang kenal aku. Tengok muka aku.

Ok. Aku tau aku tak cantik. Haha. Dah honest ni. Jadi, satu cara yang orang akan tahu apa aku rasa tanpa tahu siapa aku ialah…

Tadaa..
 

Aku tak pernah pun terfikir nak jadi seorang blogger yang menjadi terkenal. Aku cuma harap orang akan follow aku atas entry-entry yang aku keluarkan. Bukan sebab:

Blog awak cute.

Sesaje nak tambah followers.


Aku tak marah. Apapun aku amat berterima kasih kepada mereka yang dah follow aku tak kisah lah apa pun niat korang. Macam artis dengan media la. Tanpa media, mana la artis nak terkenal dan diketahui ramai kan? Sama lah gayanya dengan follower ni. Tanpa follower ni, blog kita mungkin tak akan diketahui oleh orang luar sana tu. Betul tak? Kepada follower-follower aku, terima kasih banyak-banyak k? Terima kasih gak sebab masih sudi baca entry aku hingga saat ini.

Anda semua bebas untuk follow, untuk bagi kritikan ( membina bukan menjatuhkan orang lain) dan anda juga bebas untuk remove saya dari bloglist anda kalau anda tak suka penulisan saya. Aku mencipta entry untuk dibaca dan diberi pandangan dari sudut blogger sekalian.


Hari ini jugak, aku nak buat pengakuan dan fact about me and blog jujur dan ikhlas seikhlasnya.. Bukan senang woo nak buat pengakuan live on blog.

Aku bukan penulis yang kreatif. Aku ambik masa yang agak lama nak keluarkan idea dari otak aku yang tak berapa nak aktif ni. Sebab tu, ayat pun aku rasa macam terabur je. Kan? Kan?

Bila aku menyepi dari blog, sebenarnya aku ada tapi aku berjalan-jalan di blog orang tapi jarang tinggal jejak (sometime yes) to get some idea to post of course.

Kalau korang perasan, ada entry aku copy paste je. (tapi aku CREDIT or letak SUMBER ok) aku tak copy paste sebarang. Cuma kadang-kadang aku lupa nak letak. Lepas tu tak tahu mana website tu. Harap maaf. Sebab tu bila ada bloggers yang dok buat entry jenis blogger and so this and that dan bila diaorang sebut sal copy paste, agak terasa sikit. Tapi sekarang masih dalam usaha mengurangkan sikit entry macam tu.

Awal penulisan aku, aku banyak gunakan bahasa Sarawak berbanding bahasa Melayu. Tapi bila dah makin banyak follower lain negeri, aku mula gunakan bahasa Melayu. Ya… Bahasa itu Jiwa Bangsa. (apa kaitan ka?)

Sekarang ni aku masih mencari dan terus mencari identiti sebenar blog aku. Aku tak jumpa. Nama MOMO je la yang ada pun. Korang ingat momo, korang ingatlah blog aku ek? :p

Ok sekarang aku dah semakin kekeringan idea nak tulis apa. Sebab dari tadi aku asyik melalak dalam bilik. Cuba korang bagi aku idea sikit..

Dahla.

Last but not least, aku cuba berubah untuk menjadi lebih baik. Doakan aku ye?

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

0 pekopon comel mengomel: