Followers

Tuesday, March 27, 2012

Cinta Berbatu-Batu

Dear Bloggers..

Aku akui... cinta jarak jauh nang menyakitkan.. sesiapa yang hatinya sik kuat, tolonglah jauhkan perhubungan seperti tok.. even aku. masih terkotak katik menahan sakitnya mempertahankan hubungan tok. bila buah hati dikejauhan. nak jumpa selalu, alamat botak la palak..tambahan gik kamekduak lom gik dapat kehidupan yang betul2 stabil. yang boleh dilakukan.. hanyalah call, sms, skype or ym.. 



aku akui kadang2 nang boring.. bila semua perkara kita lakukan berseorangan. ya la bila yang lain boleh makan dengan gerek cdak, jalan2 ngan gerek cdak, taking picture everywhere together2...oohh how i miss our time together...rindu nang boh kata gik..hari2 aku rindukan nya...walau jauh nie pun nya, aku tetap menunggu nya... chewah...

naa... tengah blogwalking tek..again aku jumpa tip yang aku rasa berguna untuk aku dan to those out there yang tengah menjalinkan hubungan jarak jauh... hope this will inspire you...


BERSAMA

-Sentiasa berfikiran positif kunci kepada kebahagiaan.  Jangan mudah percaya sesuatu dari mulut kawan anda selagi anda belum lihat dengan mata dan dengar dengan telinga. Kalau otak tu dah mula fikir yang bukan-bukan, amik wuduk dan baca al-quran atau tidur.

-Jangan mudah tergoda. Setiap kali anda rasa tergoda dengan orang lain, cuba elak daripada terus mesra.  Katakan awal-awal pada si dia, anda telah berpunya. Sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa anda masih cintakan dia. INGAT, manusia tak akan pernah puas dengan apa yang manusia ada. Jadi tanamkan rasa syukur itu dalam diri. Elakkan keluar berdua dengan jantina berbeza, lebihkan keluar dengan kawan-kawan.

- Pasang matlamat dalam erti kata lain angan-angan. Target tahun anda akan bersama untuk bergelar suami isteri. Contohnya anda target tahun 2016 berkahwin. Jadi anda tak akan rasa cinta anda itu cinta kosong, cinta sekadar untuk memenuhi nafsu kesunyian dan rasa ingin didampingi, tapi cinta yang bermatlamat. Jika tidak mahu pasang matlamat, anda beli sepasang pokok, kemudian anda jaga. Namakan pokok cinta. Jaga pokok tu sebagaimana anda jaga cinta anda.



- Tak kira lelaki atau perempuan, masing-masing perlu mainkan peranan.  Bersama-sama pertahankan cinta yang anda bina. Ketika sang adam tengah sedih, atau macam ada yang tak kena, sang hawa kenalah rajin bertanya, ada masalah ke tak. Begitulah sebaliknya, tapi sila ambil serius kalau nampak perubahan pada dia kerana dia mungkin benar-benar perlukan seseorang disisinya untuk meluahkan rasa. Contohnya kalau selalu setiap malam tepat pukul 10, si dia akan mula sms atau call, tapi hari ini dia tidak buat sedemikian, mungkin dia ada masalah. Cuba sms dia tanya dia ok ke tak. Kalau dah sehari dia masih tak balas sms, memang dia betul-betul ada masalah.  Kalau dia ada masalah, bantu dia. Sentiasa beri motivasi walaupun anda sendiri dah naik muak. Gunakan kemahiran soft skill anda. Ada masanya kita perlu melayan si dia sebagaimana kita layan kawan karib dan adik-beradik, tapi ada masanya kita perlu layan dia seperti diri sendiri. 

-Zaman sekarang macam-macam dah ada. Daripada webcam ke paling cikai pun masih lagi dengan sistem surat-menyurat. Sentiasa hubungi si dia dengan pelbagai cara, sekurang-kurangnya sekali sehari pun dah cukup seperti sms  “Slamat malam. I Love U”. Sekurang-kurangnya dia tahu anda ingat pada dia setiap hari. Sekali sekala hantarlah dia hadiah seperti perfume. Surat cinta pun dah cukup.* Ayat dah macam ayat doktor suruh makan ubat*

- Kalau dah berusaha, serahkan saja pada yang Tuhan.  Sentiasa berpegang pada prinsip ‘kalau dia milik aku, tak akan lari kemana’.  Tak guna bermegah-megah dengan tempoh perhubungan anda. Sebagai contoh, ada yang berbangga telah couple selama 6 tahun, tapi kemana akhirnya? Berpisah jugak.  Jadi sentiasa berserah pada Dia.




LELAKI

-Khas untuk lelaki, anda perlu memainkan peranan penting dalam menentukan halatuju hubungan anda. Sebab biasanya jarang bagi seseorang perempuan yang tentukan sebab anda sebagai lelaki telah dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin.  Kalau selalu dah rasa muak asyik sms je, ajaklah dia bertukar ke calling-calling. Nak senang guna family plan macam aku. Calling dengan sms free je. 

-Sentiasa jadi guardian angle dia. Kalau ada orang yang kacau dia, kenalah tunjuk kejantan anda. Tapi kalau lelaki itu juga sukakan awek anda, minta awek anda buat keputusan. Anda atau lelaki tersebut. Dia tak boleh dapat dua lelaki atas satu katil.


-Kalau si dia kata dia amat merindui anda, kemudian menangis, tenangkanlah dia. Adakalanya memang agak penat melayan kerenah dia, tapi sekurang-kurangnya, dia dapat mengubat hati dia. Jadi kalau rasa annoying sekalipun, senyap je, dan tenangkan dia.


-Jika rindu, kata rindu, jika sayang kata sayang. Luahkan segala apa yang anda rasa, atau anda mungkin tidak mempunyai peluang untuk meluahkannya lagi. 

-Segala perkara mesti dibincang dengan baik. Apabila si dia bercakap, anda mendengar, dan sebaliknya. Jangan mudah melenting, belajar bersabar dan segeram mana atau semarah mana anda, cuba belajar sabar..Ikut hati, binasa nanti!


PEREMPUAN

-Belajar untuk memahami jadual harian dia. Anda tak boleh terlalu mengongkong dia dengan terlalu mengharap dia untuk hubungi anda setiap hari. Lelaki benci perempuan terlalu mengongkong.


-Kalau anda rasa perlu menangis untuk menangis untuk melegakan rasa hati anda, menangislah. Sekurang-kurangnya anda akan berasa lega.
-Sebelum anda melakukan sesuatu, fikirkan dulu sama ada anda akan melukakan, menyusahkan, mengecewakan dan merunsingkan hati si dia. Jangan jadi kejam dengan membuatkan dia terpaksa datang ke tempat anda hanya semata-mata untuk menyelesaikan masalah yang telah anda sendiri timbulkan.

-Jangan, jangan dan jangan ambil kesempatan terhadapa si dia. Apabila dia sudah benar-benar merendahkan egonya dan menjadi dirinya yang sendiri semata-mata hanya untuk menunjukkan rasa rindu dan cintanya, jangan pula anda memijaknya. Belajar menghormati dan menerima pendapat si dia, bukan mengawal!



sumber: akalemosi



nota kaki: saat ini pun terbayang si dia

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

0 pekopon comel mengomel: