Followers

Wednesday, July 18, 2012

Kisah Bakal Ibu Yang Buang Tebiat dan Si Kecil

Seperti biasa setiap kali aku pulang dari kerja, aku mesti duduk berehat bersama anak-anak aku. Si kecil yang dah aku jaga beberapa bulan yang lalu dah makin membesar dan dah makin lincah. penat jugak nak kena layan karenah si kecik ni. 

Rumah aku pun ada bakal ibu yang makin membesar perutnya. tak tahu lah bila nak melahirkan anak. mungkin tunggu masa kot. 2 3 hari ni si bakal ibu ni bersikap lain macam sikit. kalau biasanya, dia pantang tengok aku. mesti larikan diri. sebab aku terkenal sebagai yang suka membuli dia berbanding ahli keluargaku yang lain. entah kenapa tetiba pulak si bakal ibu ni buat-buat manja pulak dengan aku. ke mana aku pergi, dia ikut je. bila aku duduk, dia sibuk nak duduk kat pangkuan aku. mata dia asyik tengok aku. seolah-olah nak memberitahu sesuatu.

tiba-tiba ada sesuatu yang mengejutkan berlaku. bakal ibu ini pergi ke dapur rumah dan terus mengonggong si kecik untuk diletakkan di rumahnya yang mak aku buat untuk dia melahirkan anak nanti. tergamam sekejap kami sekeluarga melihat telatah nya. mana tak, bakal ibu dengan si kecik ni tak boleh bertemu. mesti si kecik kena tampar. kesian si kecik. sampai terbalik ditampar bakal ibu ni. bila aku tengok si kecik dah tak bergerak di dalam mulut si bakal ibu, aku cepat-cepat paksa si bakal ibu keluarkan si kecik dari mulutnya. aku fikirkan si kecik mati. berdegup jantungku.. rupanya tak.. selamat..fuh.. pelik betul aku dengan perangai bakal ibu pada petang itu..

pada malamnya iaitu semalam, sewaktu aku tengah on-call sambil tengok cerita fairy tail, mak aku menjerit panggil nama aku. rupanya si bakal ibu dah pun selamat menjadi si ibu kepada 4 ekor anak. weee.. aku dapat kucing baru dow... hahaha... 2 tompok hitam putih. 2 hitam ada oren-oren sikit... tercapai jugak hasrat si ibu tu nak menjadi seekor ibu.. sebelum ni di bawah jagaan tuan lamanya, 2 kali keguguran. dengan aku sekali keguguran. tak sangka kali ini, tercapai hasrat si ibu bernama "Salus" ni. Rupanya si ibu ni buang tebiat sebab nak melahirkan anak rupanya. ish-ish....

Tak sabar nak balik rumah nak jumpa anak-anak baru ni...;p

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

3 pekopon comel mengomel:

dilla.d said...

tahniah for the new kittens
hello im dilla from sabah
nice writings keep it up
and give me five cuz i pun tgok fairytail

Momo said...

@dilladoodledat

arigato..:)) serious..same2..tapi tak abis tengok lagi..huhu

Nurul Husna Mohd Hassan said...

kalau kat rumah saya, ibu kucing kalau nak beranak mesti manja2 :)