Followers

Wednesday, July 18, 2012

Isu Pelajar Dibenarkan Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah Bermula 2013


Pelajar dibenarkan bawa 'handphone' dan gadget lain seperti i pad, tablet ke sekolah? Aku tak setuju sama sekali!!! Aku rasa lebih banyak keburukan daripada kebaikan bila pelajar dibenarkan bawa gadget-gadget canggih seperti ini.

Pada pendapat aku, tak ada faedah pun bagi pelajar sekolah untuk membawa 'handphone' dan gadget lain ke sekolah. Kalau alasan nak telefon mak bapak, boleh suruh pihak sekolah tambah kan lagi telefon awam di setiap penjuru sekolah contoh macam kantin, bilik guru dan sebagainya. tak pun  kalau dah emergency sangat, pinjam je telefon cikgu. Senang kan?

Kalau korang nak kata:

"Kenapa pelajar sekolah kat luar negara dibenarkan bawa gadget canggih ke sekolah?"

Jawapan aku senang macam ni:

Pada pendapat aku, pelajar-pelajar sekarang masih lagi kekurangan displin dalam diri mereka dan taraf kehidupan yang berbeza-beza. Tak semua kita dilahirkan di dalam keluarga yang kaya dan tak semua pelajar mampu memiliki telefon-telefon canggih seperti di luar negara. Kita masih jauh berbeza dari mereka. 


Keburukan Lain?
  • Kecurian & Pergaduhan: Bila tengok kawan-kawan lain ada telefon canggih-canggih, maka timbul lah rasa cemburu dalam diri. bila dah cemburu tak dapat kawal, mula lah niat nak mencuri. dah mencuri,tak nak mengaku. dah tak nak mengaku. timbul lah pergaduhan. 
  • Gangguan Proses PnP: Cikgu mengajar di depan, pelajar mungkin sedang sibuk ber sms. tak pun sibuk update facebook, twitter, main game dan sebagainya. apa jadi? cikgu mengajar sorang-sorang di depan. nak rampas nanti, tak ada undang-undang yang benarkan. nanti si pelajar mengadu kat mak bapak. mak bapak pulak bergaduh dengan cikgu.
  • Jurang Perbezaan: Timbul jurang perbezaan taraf kehidupan pelajar yang kaya dengan pelajar yang kurang berkemampuan. bila tengok kawan-kawan ada telefon canggih, mesti mereka ni rasa rendah diri. malu. sebab keluarga mereka tak mampu nak belikan mereka telefon macam kawan-kawan mereka. secara tak langsung, mereka mungkin akan memberontak. kan dah menyusahkan mak bapak.
  • Timbul pelajar 'terlebih pandai': bila dah ada benda canggih-canggih, mereka boleh meniru dalam ujian, ambik gambar tak senonoh, sebar video-video tak sepatutnya. nama pun darah muda kan?
Jadi aku harap sangat si Wee Ka Siong ni pertimbangkan balik apa benda yang dia dah luluskan ni. aku cakap lebih-lebih kan, nanti timbul isu lain pulak. kalau nak tengok sekolah jadi huru hara biarpun dengan adanya ramai pelajar berdisplin dan beribu raban guru-guru, silakan la luluskan. 







Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

1 pekopon comel mengomel:

NieraZatty said...

salam kak,
saya bersependapat dengan akk ..betul apa yg aq tulis kt entry nie
kerana lebih bnyk keburukan dri kebaikan .. :)