Followers

Wednesday, June 20, 2012

Remove Kawan Dari FB

Sejak akhir-akhir ini, aku rasa wall page aku aman je. 


Tak ada lagi status-status seperti:

“Perut lapar..Krorr..Krorr”

“Sial na empuan ya. Dah tauk nya sayang aku apahal ko gago nak jual xxx kat nya. Kimss”

“Ngantok. Nak tdo la”

“Flu datang gik.. Adoh berair gik hidung aku tok”

“Sakit eh perut aku”

“With my love.. my fiancée.. my hubby”

“sangat malas pada hari ini”

“tak tahu nak tulis apa la..”

Haha. Kejam kan aku? Yelah. Nak buat kawan FB tu. Buat kawan FB sendiri macam tu. Kalau diaorang remove aku jugak, padan muka aku.

Fine!

Dipersilakan untuk remove saya dari list kawan-kawan anda. 


Aku bukan jenis yang suka update status every minute. Please la. It is so annoying guys. Ingat sikit. Ko tu bukan artis nak update status setiap saat. Arum bulak la.

Memang korang akan cakap macam ni.

Wall aku. Sukati aku la nak tulis apa. Ko apa kes?

Memang itu wall kau. Tapi bila dah wall ko tu memenuhkan wall pages orang lain dengan status ntah ape ke bende ingat orang suka ke nak baca. Kalau sejam dua, fine. Aku boleh terima. Ni dah kalau tiap-tiap minit.. saat.. ade je status dia kua. Kalau status tentang ilmu tak apa jugak. Ni tak.. kosong. Apa kes?? So, sukati aku balik nak remove korang. Sebab.. sebab… itu facebook aku.. Hahahahahhahaha.

Aku heran betul la. Apasal la nak update status dia tu sakit la..dah tahu sakit, makan la ubat. Tu pun nak bagitahu ka? Lagi satu.. apa dah tak ada personal or private life ke ape nak ‘ngereco’ dalam fb tu. Tentang cinta dia.. pls la.. macam orang nak ambik tahu sangat je.  Yang dok like tu, aku tak tahu la apasal. Seronok sangat ke jaga tepi kain orang lain? Macam mula-mula jugak, kalau setakat nak meluah perasaan terpendam, tak apa. Satu status pun jadi. Ni tak.. dah ada status tu, dalam selang berapa minit, ada lagi status lain kua. Adoyai.

 Ni ada lagi satu:

‘Koew dawh cakawP kA dewNgAWn nYa yAnG kiTeW siWk jaDiw mAeWn?’

Adoh!! Sakit mata. Sakit otak aku nak baca. Bahasa apa ni oi! Kalau macam ni jawab waktu exam, alamat dapat 0 la. Cikgu mana ajar bebudak ni buat ayat macam ni. Kira ok la aku cipta ayat yang boleh korang semua baca. Ada lagi ayat dorang yang aku sendiri pun TAK PAHAM! Tak tahu la kot aku ni yang terbodoh.. =_=


Coming up.. aku nak remove mereka yang suka menunjuk-nunjuk harta benda kat fb. Tolong la. Aku tak cemburu tapi.. kan ke elok kalau mereka pamerkan ilmu bekalan di akhirat kelak? Boleh la aku tumpang sekaki.. J


Sukati la nak kata aku kejam ke ape ke.










Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

4 pekopon comel mengomel:

Anonymous said...

x brapa nak aktif kat FB ler!

Eiqa ciK said...

Ada sesetengah orang update status kat Fb tue untuk mendapat perhatian je.. :D

Momo said...

@Eiqa ciK

mungkin..biasala manusia..pelbagai ragam..hee:)

Momo said...

@Kesuma Angsana

fb sekadar nak keep in touch dengan kawan-kawan lame je..:)