Followers

Sunday, June 10, 2012

Kenapa Graduan Masih Menganggur?

Dear Bloggers,

Adakah kamu salah seorang graduan yang sudah pun menamatkan pengajian tinggi dari mana-mana institusi? Tidak kisahlah dari Kolej Komuniti, Politeknik, Giatmara, IPTA mahupun IPTS.

Adakah kamu seorang yang berkerjaya tetap sekarang?

Ya? Tahniah J


Tidak?

Ingin aku ajukan satu lagi soalan…

Kenapa sampai sekarang kamu masih lagi belum mendapat sebarang pekerjaan?

Kenapa?

Adakah ini sebab-sebabnya?

1.       Memilih pekerjaan


-          Ramai yang mengatakan graduan ni memilih peluang pekerjaan yang diberikan kepada mereka. Aku tak tahu dimana kesahihan nya. Mungkin ya. Mereka memilih. Mencari sesuatu yang sesuai dengan bidang yang pernah mereka pelajari. Atau gaji yang ditawarkan tidak setimpal dengan kelayakan yang mereka ada. Atau syarikat atau organisasi tersebut bukan lah organisasi yang terkenal dan besar seperti Sime Darby, SIRIM, TV3, UMW dan sebagainya. Ada yang lebih selesa menunggu peluang pekerjaan daripada sektor awam berbanding swasta. Betul tak??

2.       Jarak


-          Jangan nak buat tak tahu pulak. Jarak ni salah satu faktor kenapa graduan sekarang ni tak bekerja lagi sampai sekarang. Ya, kita kena fikir masa sekarang dan masa akan datang. Contohnya. Kerja di Kuala Lumpur. Gaji kerani mungkin dalam RM1200 ke atas tetapi kos sara hidup di sana tersangat la tinggi. (betulkan aku jika aku salah) dengan sewa rumah, bil api, bil air dan makan minum kita di sana. Belum lagi kira transport ulang alik ke tempat kerja. Belum lagi kira keselamatan diri kita terutamanya perempuan. Ada yang lebih selesa mencari pekerjaan yang dekat dengan tempat tinggal. dengan ibu bapa. Mungkin kerana tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa. Adakah anda tergolong dalam sebab ini?

3.       Tidak memenuhi syarat yang dikehendaki


-          Di website pencarian kerja JOBSTOCK, (menyiarkan peluang pekerjaan di sektor swasta di Sarawak sahaja) boleh dikatakan tersangat-sangatlah banyak peluang pekerjaan. Kalau yang bukan non-admin, syarat nya tak adalah ketat sangat. Tapi kalau yang admin, aku selalu jumpa macam ni:

“Able to speak fluent English, Malay and MANDARIN

Kenapa aku bold kan mandarin tu? Sebab kebanyakan company swasta ni nak kakitangan nya yang boleh bertutur mandarin. Tetapi, berapa ramaikah graduan di luar sana boleh bertutur fasih didalam bahasa ketiga itu?
-          Ada tempat tak nak mengambil mereka yang mempunyai pendidikan lebih daripada yang mereka mahu. Faham maksud aku? Contohnya, iklan kerja tu untuk SPM, tapi yang ada Degree or Diploma nak jugak mohon jawatan yang sama. Harap maaf la. Peluang kamu memang sangat tipis.

4.       Berpengalaman Luas
-          Ni ada lagi sebab kenapa graduan lebih-lebih lagi yang fresh (yang tak fresh pun include jugak) tak dapat kerja. Kelayakan pendidikan dah ok. Rupa diri dan personality cukup. Tapi yang potongnya AYAT NI:

“Kami mencari pekerja yang berpengalaman 3-4 tahun”


Daa…. Aku pelik sangat la. Macam mana kita nak dapat pengalaman sekiranya kita tidak diberi peluang untuk bekerja dalam bidang yang kita pernah pelajari? Tell me how????????????

5.       Cepat putus asa/Low self confident


“ Aku tak yakin lah dapat kerja ni. Satu kekosongan je”

“Emm tak nak.. mereka nak fluent English. Aku tak pandai”

“ Aku tak rasa aku ada apa yang mereka nak..”

Kalau macam ni la jawapan korang semua, alamat sampai ke tua la korang tak dapat kerja. Janganlah harap kerja tu nak datang bergolek kat kita selagi kita tak cari cik adik, cik abang oi. Sejujurnya, English aku tak powerful tapi bila ada je peluang kerja yang nak guna fluent English, and yet aku rembat je. Dapat tak dapat nasiblah kan?

6.       Guna orang dalam


-          Ni dah jadi satu tradisi orang kat luar sana yang guna orang dalam untuk dapat kerja. Aku tak tahu nak kata apa, mungkin rezeki mereka terletak macam tu.  Tapi kesian lah pada mereka yang berusaha keras nak dapat kerja tu, tapi semuanya sia-sia sebab tempat tu dah di isi oleh orang lain. Kesimpulan aku buat kat sini, REZEKI MASING-MASING.

7.       Dah mohon tapi tak ada respon
-          Yang ni spesies aku. Dah mohon macam-macam tempat, luar negeri. Dalam negeri.Tak kisah apa jenis jawatan. Semua rembat je. Langsung satu pun tak sangkut. Dah la tu, satu interview pun tak ada lagi. Duit pulak dah banyak terbang sana sini. Waaa….

Jadi, adakah korang tergolong didalam 7 sebab aku maksudkan tadi? Ini pandangan aku. Apa aku lihat, apa aku dengar dan apa aku perhatikan. Pesan aku pada mereka yang belum bekerja tetap di luar sana, jangan lah berputus asa dalam apa jua kita lakukan. Kalau dah buat, biar sampai habis. Bak kata kawan aku, “Buat Sehabis Baik”

Insyallah.. Allah sayangkan kita. Allah akan berikan kita rezeki.. Rezeki ada di mana-mana jika kita pandai mencarinya… Jadi, teruskan berusaha dan jangan putus asa kawan-kawan!!! :)




Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

1 pekopon comel mengomel:

Star said...

Like berabis.nang payah carik keja nektok.pa2 pun NEver Give Up! p nktk dh da keja ka? bok pasan post tok 2012.hehe