Dear Bloggers..
Kucing ini sejenis binatang yang sangat manja dan sangat-sangat comel walaupun dah tua.. haha
Berbanding binatang yang pernah aku bela sebelum ni macam arnab dan hamster.. aku rasa kucing lagi senang nak jaga dan jimat belanja nya..
Arnab aku tak ingat, sebab waktu bela arnab, aku kecik lagi jadi segala proses penjagaan nya of course la parent aku yang buat. Aku tahu main je.. Haha..
Hamster pulak kita kena rajin tukar sangkar dia, tukar air dia, bagi makan dia. Dan semua nya memerlukan kos yang agak besar bagi aku setiap bulan.. aku pun dah berapa kali buat hamster aku terbunuh.. huh..
Pertama: Terlepas keluar dari sangkar.. dan sehingga sekarang hilang tak dijumpai
Kedua: Dipijak oleh adik aku waktu main dengan dia..
Ketiga: Kena sambar dengan kucing…L
Keempat: Jatuh dari meja makan dan mati…Lagi dasyat kan?
Sebab banyak sangat kemalangan menimpa, aku dah malas nak bela lagi.. jadi stick la dengan kucing hingga saat ini..
Jadi.. banyak aku perhatikan tentang kucing ni dan aku nak kongsikan dekat korang yang also cat lover J
1. Kalau anjing mengenali tuan, kucing pulak mengenali rumah tuannya. Kalau kucing korang hilang, dia pasti akan balik semula sebab dia akan berusaha mencari rumah tuannya. Bagi tempoh satu minggu.. kalau tak balik jugak, maknanya mungkin dia dah tak ada lagi.. :(
- Ni aku bagi extra tip supaya kucing korang tak main jauh-jauh.. Korang potong sikit hujung misai kucing korang. Dua-dua belah tau. Pastu tanam di depan pintu rumah korang. Mungkin pada awalnya, kucing korang akan pusing-pusing keliling rumah dan tak dapat keluar walaupun pintu dah cukup besar untuk dia keluar. Nak tahu apahal? Sebab misai dia bertindak untuk menyimbangi badan nya dan antenna kucing. Sebab tu, kucing tak sesat walaupun jalan jauh. Ni terpulanglah kalau nak percaya tak…J
2. Kucing akan buang air kecil dan air besar di tempat yang berlainan tetapi berdekatan. Tak tahulah maybe kucing kampung macam tu kot.. Tak pastilah kucing yang berak dalam sand box tu macam mana kan… Lagi satu, kalau dia nak berak or kencing lagi, dia akan cari bau yang sama tempat dia membuang. Kira tempat yang sama la.
- Kalau ada kucing korang yang dalam bahasa Sarawak nya entingal (degil) still berak merata dalam rumah.. tempat yang dia selalu berak tu korang letak lah minyak tanah tak pun tabor serbuk pencuci banyak-banyak untuk buang bau tempat dia selalu membuang tu.. tapi jangan salahkan aku kalau kucing korang mati sebab termakan benda yang korang letak tu..
3. Kucing jantan memakan anak kucing yang baru lahir. Ha.. oleh itu, bagi sesiapa yang ada kucing jantan dan kucing betina yang baru melahirkan anak, seelok-eloknya asingkan mereka daripada bersama secara bebas. Mungkin kucing jantan ni ingat anak kucing yang baru lahir tu nampak macam tikus kot. Sebab tu la dia makan.. hurmm.. tapi.. kucing yang aku ada sekarang ada seekor jantan.. dan dia sangat-sangat cool dan tak pernah bergaduh dengan anak-anak kucing yang baru aku dapat baru-baru ni.
4. Siapa tahu macam mana kucing jantan dan betina buang air kecil?
Adakah yang jantan akan kencing sambil angkat kaki dan betina akan kencing duduk?
Jawapannya… tadaa.. kucing kencing dalam keadaan mencangkung.. err.. mok duduk ya bah.. cuba perhati benar kucing kitakorang kemeh kedakne? (yah..terkeluar bahasa Sarawak)
Kalau korang tengok ada kucing jantan yang kencing di satu sudut sambil jengket kan kaki nya, tu tanda nya dia tengah tanda kawasan dia. Makna lain,, kucing-kucing lain tidak dibenarkan menjejak kaki walau selangkah ke kawasannya.
5. Kalau korang nak ambil anak kucing.. aku nasihatkan ambil lah anak kucing yang sudah pandai makan dan minum sendiri dan tidak bergantung dengan susu ibu lagi. Sebab kebanyakan anak kucing yang aku bela, yang masih bergantung pada susu ibu sepenuhnya.. mesti meninggal dunia..:(
6. Ini satu mitos. Jangan ambil gambar kucing kalau tak nak kucing korang hidup singkat. Ini kata orang-orang tua la. Sejak apa yang terjadi pada aku dahulu, aku mengelak untuk ambil gambar anak-anak kucing aku tu. Mungkin ianya satu kebetulan..tapi aku masih fobia dengan kejadian di alami.
7. Kucing makan rumput? Haha. Betul la. Ada sebab la kenapa kucing ni makan rumput. Kucing ni macam manusia jugak. Kadang-kadang sakit perut. Dia makan rumput sebab nak ubat sakit perut dia la. Jangan pelik kalau lepas tu kucing yang makan rumput ni muntah balik daun yang sama... Mak aku cakap sebab rumput tu gatal untuk kucing, sebab tu kucing muntahkan balik. Korang faham?
8. Kucing demam? Aha.. ni pertama kali terjadi bila anak kucing aku jatuh sakit. Badan dia rasa panas sangat-sangat.. Apa aku buat?
- Ambil panadol (yang salu kita makan ya bah) dah tu pecah 4.. bagi sikit je dekat kucing tu. SIKIT je tau! Korang boleh buat dengan rendam sikit serpihan dalam air or campurkan dengan susu yang dia minum hari-hari.
- Untuk redakan panas dia, korang mesti lap badan dia dengan kain yang suam-suam basah (jangan basah sangat ye)
- Paling pentingkan, asingkan dia dari kucing-kucing lain takut berjangkit pulak.
9. Kucing ada bisa.
Memang kucing ada bisa. Tapi bisa yang tak la mendatangkan kematian macam ular ikala’la..(maksudnya ular la) nak tahu macam mana bisa kucing ni? Korang buat je kucing korang marah dan dia akan cakar korang semarah-marahnya. Haha.. Kalau korang rasa lepas dia cakar tu rasa panas dan berdenyut-denyut..itulah bisa kucing tu.. Biasanya kucing ni akan keluarkan bisa bila dia terasa terancam je.
Cukuplah tu. Sampai 9 je. Nanti kalau ada lagi, aku post ok? Bubye semua!!
Sana sini:
8 pekopon comel mengomel:
cute comei.. tpi saya takut cats ler!
saya suka kucing..hehe~ :)
1.kesian potong misai kucing...xperlu potong...search google
2.amik putik kapas sapukn pd tahi kucing n letak dlm tmpt poopoo dia...setel...search google
3.kucing janan mkn anak dia sbb nk teruskan psnyawaan dgn ibu kucing tsebut...search google
7.salah
8.kesian kucing..bleh mati jika berikan panadol..search google..
Setuju dgn ridzuan..byk info salah awk bg..nnt boleh memudaratkan kucing lain..sebelum nak share tips,sila buat research dulu ya :)
Setuju dengan ridzuan..byk info salah yg awk bg..nanti boleh memudaratkan kucing lain..sebelum nak share tips,buat research dulu ya :)
Dah nama entry pon fakta @ auta, mungkin dia cuma nak share experience dia dengan kucing yang dia besarkan. Sebab setiap orang ragamnya berbeza. :) peace
Duhal org serawak mpun blog tok..makseh eh share info ya.. Pusak kmk tingai juak..hihi
Kalau anak kucing berusia hampir 3 bulan hilang ..pandai cari rumah untuk balik tak...tengah melilau mencari tak tahu kemana...
Post a Comment