Followers

Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru!!!!

Dear Bloggers..



Tak ku sangka... Tak ku duga.. Rupa-rupanya dah 5 tahun dah aku tak sambut Hari Guru.. (tua dah aku ni) Jelesnya bila tengok Malaysia Hari Ini kat TV3 pagi tadi... Meriah sungguh tengok dorang sambut hari guru... 

Few days before sambut hari guru.. mesti kitaorang tengah sibuk dengan bermacam-macam persembahan untuk guru... Aku pulak mesti tengah sibuk belikan hadiah untuk guru-guru kesayangan aku.. hee...

tapi.. sekarang.. hanya ucapan yang mampu ku kirim untuk mereka... ;( rindu.. rindu mereka semua.. rindu waktu mereka mengajar aku.. rindu waktu mereka memarahi aku sebab aku tak buat kerja sekolah.. rindu waktu sama-sama bekerjasama untuk buat event kat sekolah... 

wah!!! sekarang baru aku faham.. kenapa cikgu aku pernah cakap.. satu hari nanti mesti aku akan rindukan sekolah.. rindukan suasana persekolahan... dan sekarang aku tak nafikan.. aku RINDU!!!

kepada ustazah-ustazah aku yang mengajar aku dekat Tadika ABIM, kepada cikgu-cikgu dekat Sekolah Rendah Kebangsaan Tabuan Jaya, cikgu-cikgu dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Tabuan Jaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kuching No.2 (walaupun skolah sekejap je tapi sempat sambut hari guru kat ctu;)... dan..dan.. tak lupa untuk semua lecturers aku kat UiTM Samarahan... o yeah!!! u rock!! u are so sporting!! ;)

terima kasih atas segala ilmu yang disampaikan kepadaku.. terima kasih kerana bersabar dengan setiap karenahku.. terima kasih untuk segalanya.. without them, I may not be who I am today ;) i love you all so so much!!!!;))))

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

0 pekopon comel mengomel: