Dear Bloggers..
Korang pernah tengok filem Indonesia tak? Tajuknya Laskar Pelangi? kee korang tengok cerita aksi dan cinta cintun jer.... ;P
Filem ni lama dah release.. Dalam tahun 2008 kalau tak silap.. Filem ni ke-4 yang mendapat rating tertinggi penonton di Indonesia selepas filem Jelangkung, Pocong 2 dan Ada Apa Dengan Cinta.
Filem ni adaptasi daripada sebuah novel hasil karya Andrea Hirata yang diterbitkan oleh Benteng Pusaka dan release dalam tahun 2005.
(Sapa ada novel ni? nak baca)
Baru-baru ni TV Al-Hijrah menyiarkan pulak Laskar Pelangi the series. wee... first aku sedar ada cerita ni, sebab mak aku yang bagitahu.. hehe.. jadi setiap Selasa hingga Khamis Jam 8.30 malam, aku mesti duduk depan tv nak tengok cerita ni.
Jalan cerita dia lebih kurang sama jugak macam dalam movie. cuma nama pun bersiri kan? dia cerita lebih detail lagi dari movie.
Cerita ini bermula apabila "Kementerian Pelajaran" kat situ, datang memeriksa sekolah SD Muhammadiyah dan nak pastikan pihak sekolah ni mematuhi syarat untuk membuka sebuah sekolah. MESTI 10 ORANG MURID.
Jadi, yang datang pulak time tu hanya 9 orang je.. Baru je nak umum sekolah tu nak tutup, datang seorang budak bernama Harun yang dilahirkan kurang normal nak belajar kat situ jugak.. Jadi.... akhirnya sekolah tu tak jadi ditutup.
Mereka menggelarkan diri mereka sebagai Laskar Pelangi..
Laskar ni maksudnya "Tentera" kalau tak silap. Kira dalam bm dia, maksudnya Tentera Pelangi.
Macam-macam la insiden berlaku.. hilang radio la, ikut persembahan festival bagaimana mereka diperendahkan oleh sekolah lain sebab mereka miskin dan macam-macam lagi..(boleh tersentuh juga melihat mereka bertungkus-lumus untuk belajar)
Walaupun mereka kurang kelengkapan dari segi pembelajaran, keadaan sekolah yang kurang selesa, tetapi anak-anak ini tetap tabah dan bersemangat untuk mendapatkan ilmu.. Mereka sangat-sangat menghargai walaupun buku tu dah koyak/buruk. Tenaga pengajar pun tak pernah patah semangat untuk mengajar anak muridnya..
Cerita ini berkisar sehingga mereka dewasa.. jadi sesiapa yang belum tengok dan berminat nak tengok, search la k?
Situasi yang diceritakan tu bukan nya ciptaan semata-mata malah benda tu masih lagi terjadi di zaman realiti kita saat ini.. tapi sayangnya kan, anak-anak sekarang segilintir langsung tak menghargai ilmu dan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan kita. Ada antara mereka, datang sekolah demi disuruh mak bapak je. Ada yang suka-suka. Langsung tak ada semangat nak tuntut ilmu. Kerajaan dah bagi pelajaran free pun masih lagi tak berminat nak belajar. sedangkan banyak lagi anak-anak kecil di luar sana yang berebut-rebut untuk mendapatkan ilmu.. walau hanya sekeping kertas, mereka hargai sebaik-baiknya.. Kita?
Penghabisannya, aku sangat bersyukur dengan apa aku miliki sekarang.. dan bukan aku je yang patut bersyukur, korang-korang pun sama gak tau... alhamdullilah...:)
notakaki: sebab tu aku teringin nak jadi cikgu.. tapi masalahnya..tak kesampaian..:(
2 pekopon comel mengomel:
aah cik ana pon baru perasan ade cite ni kat tv alhijrah..hehe
luv.
cik ana
@anamizu kaito
kan? baru perasan minggu ni.. hehe..best cite tu..:)
Post a Comment