Followers

Sunday, May 20, 2012

Pantang Larang Masuk Hutan

amaran: entry ini hanya untuk perkongsian semata-mata. tak de nak soh korang ikut pun..-_- kalau korang tak nak baca, boleh skip ke entry lain.. arigato pekopon.. :)


Dear Bloggers..


Siapa kat sini yang suka sangat-sangat masuk hutan? jungle tracking? daki gunung? segala ap e la yang berkaitan dengan hutan.. ade? ade? ade? takde?



kalau aku ada trip pergi ke hutan, mak aku salu pesan.. kalau kita pergi tempat yang kita tak pernah pergi, calit sikit tanah kat dahi.. pastu kalau waktu nak keluar dari hutan.. kena cakap " pulang semangat ...nama kita... pulang" kalau tak buat macam tu, nanti kita boleh jadi lemah semangat..tak pun balik tu,kita boleh demam.. ha.. ni petua orang tua..

ok2.. tu selingan je..hehe..

hari ini aku nak share pantang larang semasa kita berada di hutan.. 

Permulaan Turun ke Hutan
Andainya seseorang yang baru turun dari rumah untuk ke hutan tiba-tiba dilintasi ular dalam perjalanannya, maka dipercayai ini merupakan suatu petanda yang tidak baik. Orang tersebut haruslah naik semula ke atas rumah dan mengambil pinang sepiak dan memakannya kemudian barulah turun semula untuk meneruskan perjalanan.
Turun tangga haruslah dengan langkah kaki kanan. Sebelum turun didahului dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahhim. Mereka juga tidak boleh berpatah balik.
Bersiul Semasa Dalam Perjalanan
Bersiul semasa dalam perjalanan adalah ditegah. Ia dipercavai menjemput kedatangan ular. Bersiul di dalam hutan pula dilarang sama sekali kerana ini akan menarik perhatian berbagai jenis binatang buas. Apabila kehadiran orang yang memasuki hutan itu diketahui oleh binatang buas, dirinya berada dalam keadaan bahava.
Melaung Semasa di Hutan
Perbuatan melaung di hutan juga ditegah. Melaung atau bercakap dengan kuat dipercayai akan menarik perhatian berbagai-bagai jenis jembalang serta binatang buas yang ada di dalam hutan.
Sekiranya orang yang masuk hutan itu melaung, maka laungan itu dipercayai akan disahut oleh jembalang dan andainya perkara seumpama ini terjadi, maka kejadian seperti sesat di hutan akan berlaku.
Berburu Binatang
Sekiranya tujuan seseorang ke hutan adalah untuk memburu, dia tidak boleh berpecah daripada kumpulan kawan-kawannya. Sekiranya dia berpecah juga, maka akan terjadi sesuatu yang tidak baik. Misalnya akan berlaku insiden tertembak rakan sendiri atau sebagainya. Mengikut kepercayaan, jembalang akan menyerupai wajah rakan seseorang dan wajah rakan itu pula akan menyerupai binatang yang hendak diburu. Sekiranya hal ini terjadi, maka malanglah bagi mereka yang pergi berburu di hutan itu.
Tidur di Atas Pokok
Mereka yang pergi ke hutan dilarang tidur di atas pokok. Perbuatan itu akan dipercayai akan  diganggu oleh jembalang terbang. Tujuan sebenarnya jika seseorang tidur di atas pokok, sukar baginya melarikan diri apabila berlaku sebarang musibah.
Lain-Lain Pantang Larang:
1. Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu.
2. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal.
3. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu.
4. Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana.
5. Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir.
6. Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu.
7. Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu.
8. Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takut berpenunggu.
9. Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti dirasuk atau dapat malang.

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

2 pekopon comel mengomel:

Anonymous said...

Macam2 juak Pantang larang masuk hutan tok oh. hehe. Blm pernah gik masuk hutan, Teringin mok Jungle Tracking :D

Momo said...

@Sally Yatiey

yala,, banyak penghuni di alam ya...;)same la kita..heheh kmk pun lamak udah sik pergi...;p