Followers

Thursday, May 10, 2012

Obama Sokong Seks Sejenis

Dear Bloggers...


Beberapa hari yang lepas, ada page "retis omputeh" ni yang melahirkan rasa gembira sebab Presiden Amerika Syarikat yang baru tu menyokong perhubungan seks sejenis. Nama pun ura-ura dari facebook, jadi aku tak la percaya sangat.. Last-last aku abaikan sahaja.


Tapi kenyataan yang dikeluarkan oleh Obama yang disiarkan di Berita TV3 10 Mei 2012 yang lepas mengenai Obama yang menyokong perhubungan seks sejenis ni amat-amat lah mengejutkan aku... Yela...mula-mula dulu, dia jugak yang tak sokong perhubungan sejenis ni..ni cakap lain pulak.. apa kes?



Aku ingat selepas berakhirnya pemerintahan George W. Bush dan digantikan oleh Barack Obama ni, akan membawa sinar baru dalam pemerintahan dunia... tapi rupanya... sama gak... 2x5 je...




Masih ramai lagi rakyat di luar sana yang membantah keras sekerasnya terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Obama tu...


Geng-geng berkenaan  ni suka lah bila dengar kenyataan si Obama tu... yela.. dah namapun presiden U.S menyokong... habislah dunia.. habislah....


Inilah dia... Dunia Akhir Zaman... dah sah-sah sama jantina boleh lagi ada selera nak bersama...  nak mengulang balik amalan yang pernah diamalkan pada zaman Nabi Lut.. inilah dia.. bila syaitan dah mula menyesatkan akal dan fikiran manusia... berubah kepada kejahatan dan menjauhi amalan kebaikan... 


Astargfirullahulazim....


Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka yang dah jauh menyimpang dari ajaran agama Islam... Amin...
Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

3 pekopon comel mengomel:

-eim- said...

golongan mcm nie..makin ramai..
diorg dh makin berani nk tunjuk..xde nk sorok2 dh..

nita said...

Jangan pemimpin kat negara kita buat benda yang sama lak... uih.. mintak dijauhkan..

moga kita dilindungi Allah..

Momo said...

happy eim dan nita abas... mudahan allah melindungi kita...amin..;)