Followers

Wednesday, April 4, 2012

Awas! Bebelan Panjang Tentang Mata

Dears Lovely Sweety Handsomely Mighty Bloggers..

Ahaks!

Again with the mumbling part but resourceful ok.

Todays onward aku campurkan penggunaan bahasa penulisan to bahasa Sarawak dan a bit of bahasa Malaysia dan English.. untuk kefahaman semua…

Awas: Tok bebelan panjang tentang mata

Sesapa di sitok pengguna tegar contect lens atau dalam bahasa melayu nya kanta lekap?

Aku pun pengguna contect lens tapi semenjak aku baca satu artikel tentang penggunaan contect lens, aku jadi fobia sikit nak guna.. too many risk.

                  

Yang nak guna contect lens mestilah seorang yang amat2 PEMBERSIH!!

Why?

Untuk sesiapa yang 1st time nak beli contect lens, orang kat kedai cermin mata ya akan tanyak kitakorang dah pernah guna or baru pertama kali. If it was your 1st time, then nya akan soh kitakorang duduk dan akan ajar kitakorang macam ni cara yang betul untuk menggunakannya.. To be honest, ia sangat2 cerewet. Kenak aku padah cerewet?

Cerewet Sebab Apa?

ü  Perbelanjaan yang besar – Ada 2 solution mesti dibeli every month. Mun lebih dari 1 bulan, dah sik boleh dipake gik. Satu multisolution (diguna untuk rendam contect lens), satu gik saline solution (diguna untuk cuci contect lens). Contect lens ya pulak mesti digunakan untuk sebulan jak.. sik boleh lebih.. akan dijangkiti kuman.
ü  8 Jam – Penggunaan contects lens mestilah tidak melebihi 8 jam sehari. Air yang digunakan untuk merendam mesti ditukar sekurang-kurangnya 4 jam sehari.
ü  Basuh tangan dengan cara yang betul – Na… tangan mesti dibasuh setiap kali nak pasang dan nak bukak contect lens. Mesti basuh guna sabun aa…lepas ya lap dengan kain bersih.
ü  Basuh contect lens dengan hati-hati – Again… kita kenak basuh contect lens dengan lembut, hati2 supaya permukaan contects lens ya sik terkoyak… kuku ya iboh ceridak gilak…  kuku ya mesti pendek dan bersih..
ü  Bekas contect lens -  Bekas untuk contect lens ya mesti dicuci setiap hari. Sama macam contect lens.. JANGAN CUCI GUNA AIR BIASA. Ingat ya.. dan kitakorang mesti juak tukar bekas ya setiap bulan…
ü  Jangan pakai sewaktu tidur dan sik boleh dipakai sewaktu mandi.


Jadi ya la sedikit sebanyak yang dapat aku kongsi tentang pesanan dari orang kedai ya..  teringat gik nya ajar aku camne cara nak pake.. bergegar asa tangan masuk benda ya dalam mata..cittt…. sampe cina ya pun tetak tangga aku.. aiseh…siap demo gik ngan aku camne cara nak pake yang betul.. kita mesti pande bezakan yang mana luar contect lens, yang mana dalam contect lens..(tapi sampe nektok sikpande beza)

Jadi…

Tiada istilah MALAS bagi si pemakai contects lens ya.

Apa jadi jika kita malas nak ikut penggunaan yang betul?

MOK KA MATA JADI PIA?

Of course la mendatangkan kemudaratan pada mata. Anda nak rabun or nak gelapkan dunia anda buat selama2nya?

Berikut adalah beberapa komplikasi akibat pemakaian kanta lekap:

* Superficial punctate keratitis (SPK): Permukaan kornea mata rosak. Biasanya disebabkan oleh pemakaian yang terlampau ketat sehingga menyebabkan mata kekurangan oksigen (hypoxia), alergi, atau keracunan.

Gejalanya: Pemakai merasa tidak selesa, menjadi sangat sensitif pada cahaya (fotofobia), dan adanya bintik-bintik di kornea mata.

Rawatan: Mengurangi atau menghentikan pemakaian kanta lekap.

* Alahan: Radang atau iritasi kerana dimasuki bahan-bahan pembawa alahan seperti debu, serbuk atau makanan ke dalam mata.

Gejala: Rasa gatal, mata merah, hingga kelopak mata membengkak. Umumnya, alahan terjadi secara bermusim dan pemakai memang mempunyai sejarah alahan.

Rawatan: Hindari penyebab alahan, menghilangkan bengkak di mata dengan kompresi air dingin. Apabila terjadi keradangan, ubat antiradang boleh diberikan manakala alahan boleh diredakan dengan ubat alahan, antihistamin.

* Sindrom mata kering (keratoconjunctivitis sicca): Timbulnya bintik (keratitis) kronik pada kornea bawah.

Komplikasi ini disebabkan oleh perembesan air mata pemakai yang tidak mencukupi.

Gejalanya: Mata seperti terbakar, air mata sering keluar, dan cairan di mata berlebihan.

Rawatan: Suplemen air mata atau menggantikan kanta. Sekiranya tidak berhasil, hentikan pemakaiannya.

* Kornea edema: Cairan dalam kornea menjadi berlebihan sehingga menimbulkan stres pada kornea, biasanya disebabkan oleh mata kekurangan oksigen.

Gejala: Fotofobia, penglihatan menjadi kelam, mata merah, tidak selesa semasa kanta lekap ditanggalkan, pembuluh darah kelihatan lebih jelas dan timbul SPK.

Rawatan: Menambah oksigen pada mata. Kurangkan atau menghentikan pemakaian kanta lekap.

* Infiltrates: Keradangan pada jaringan mata disebabkan oleh kanta lekap yang kurang bersih, oksigen yang kurang, tindak balas alahan hingga menimbulkan jangkitan.

Gejala: Biasanya, ia kelihatan seperti sekelompok sel berwarna putih. Penglihatan berkurang, mata merah, fotofobia dan timbul bintik putih di mata.

Komplikasi ini diatasi dengan menghindari pemakaian kanta lekap semasa sedang aktif, kerap menggantikan kanta lekap, antibiotik/steroid dan memberikan penekanan terhadap cara pembersihan kanta lekap.

* Jangkitan: Kontaminasi organisme berbahaya ke dalam mata seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus.

Gejala: Mata merah, kelopak mata melekap, air mata meleleh, kurang penglihatan dan bintik pada kornea.

Rawatan: Menjaram dengan air dingin, menggunakan air mata buatan, dan terapi antibiotik, jika perlu.

* Microbial keratitis: Masuknya organisme berbahaya dalam kornea mata seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus hingga mengakibatkan pembengkakan.

Gejala: Sakit pada mata, fotofobia, air mata berlebihan, mata merah, dan penglihatan berkurang. Jika sudah parah, mata mengeluarkan nanah.

Rawatan: Terapi antibiotik, penggantian kanta lekap.

* Vaskularisasi kornea: Pembentukan pembuluh darah dalam jaringan avaskular (kornea). Seringkali disebabkan oleh kekurangan oksigen oleh pemakaian kanta lekap yang terlampau ketat.

Gejala: Kurang penglihatan serta timbul pembuluh darah di kornea.

Rawatan: Kurangkan pemakaian kanta lekap atau menggantikannya dengan kanta lensa yang menyokong oksigen sepenuhnya.

l*Giant papillary conjunctivitis (GPC): Keradangan papilari pada kelopak atas mata. Penyebabnya masih belum diketahui hingga kini walau ada yang mengaitkannya dengan pemakaian kanta yang berpanjangan.

Gejala: Gatal-gatal, penglihatan berkurang, kanta lebih banyak bergerak-gerak, tidak boleh memakai kanta biasa dan kelopak bengkak.

Rawatan: Kurangkan pemakaian kanta, menjaram air dingin, berjumpa doktor mata dengan segera.



Jadi haruslah diingati, pengguna contects lens yang menganggap remeh pemakaian kanta lekap yang betul berisiko TINGGI untuk dapat komplikasi seperti yang disebut di atas…


Err, guna contects lens halal ka haram? Boleh bawa ke solat sik?

Tok yang aku dapat setelah search daripada Encik Google.

Ada dua tujuan memakai kanta lekap;
1. Tujuan perubatan; iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.
2. Tujuan perhiasan; iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan
Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).[1]
Contoh contact lens berwarna-warni
3. Adapun penggunaan contact lens samaada mengambil wudhuk, solat dan puasa; ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan puasa; menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Fatwa Syeikh Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin (http://www.ibn-jebreen.com/).
2. Fatwa Syeikh Mohammad Soleh al-Munajjid (http://islamqa.com/).
3. Fatwa Syeikh Dr Ahmad al-Hija al-Kurdi (http://www.islamic-fatwa.com/)

Macam mana nak bersihkan kanta lekap?

Tip membersihkan kanta lekap:

* Cuci tangan sebersih-bersihnya dan keringkannya terlebih dahulu sebelum menyentuh kanta lekap

* Gantikan kanta lekap sebaik mata mulai berasa tidak selesa kerana ia menjadi petanda kanta sudah berada dalam keadaan yang tidak baik untuk membantu penglihatan

* Jangan sembarangan memakai larutan pembersih kerana produk pembersih yang tidak tepat dapat membahayakan mata

* Sewaktu membersihkan kanta lekap, gosok dengan hati-hati. Letakkan kanta di telapak tangan anda dan usap secara perlahan-lahan

* Simpan kanta lekap di tempat penyimpanan khusus yang sedia mengandungi agen pembasmi kuman, disinfektan

* Jangan biarkan mulut botol pembersih tersentuh sebarang permukaan lain atau dibiarkan terbuka untuk menghindari pencemaran.


So… still mok guna contect lens gik ka?

Lepas apa yang terjadi pada mata aku dan mata kawan aku sehingga kenak admit di hospital selama 2 minggu sebab jangkitan kuman pada mata… aku jerak (serik) nak guna benda ya gik.. guna spek mata juak gik selamat.



Nota kaki: masih simpan contect lens belum bukak2.






Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

0 pekopon comel mengomel: