Followers

Sunday, April 15, 2012

Apa Anda Patut Tahu Tentang Sarawak

Dear Bloggers…

Apa benda kat Sarawak yang kitakorang kena tahu?


1.    Gardenier
-       Dekat Sarawak PALING SUSAH nak jumpa kedai or supermarket yang jual roti gardenier. Ada pun di Petronas or Airport. Ya pun nya jual mahal. Pernah sekali koperasi kat U aku jual roti gardenier, believe it or not dalam masa setengah hari, roti ya dah habis dijual. Eventhough mahal, orang sanggup beli. Aku pun termasuk dalam golongan ya juak la. Jadi boh la heran mun orang Sarawak borong roti gardenier dekat KL. Entah bila kilang gardenier nak masuk pasaran sarawak.


2.    Ikan patin
-       Kalau korang ada kawan dari Sarawak yang datang bertandang kat rumah korang, baik korang tanya dulu dia boleh makan ikan patin ke tidak? Sebab apa? Sebab sesetengah orang di sarawak ada pantang larang untuk memakan ikan patin. Aku pun tergolong dari mereka yang tidak dibenarkan makan ikan patin. Kata orang, sekiranya termakan ikan patin, mungkin akan menjadi gila atau pun timbul sakit-sakit pada badan. Tengok orang siang ikan patin pun sik boleh.

Kisah ikan patin?
Tersebut kisah seorang nelayan menangkap ikan dan tertangkaplah ikan patin lalu disimpan di bawah tarindak (dalam bhs Sarawak. Sik tauk bm nya apa) Dipendekkan cerita, si isteri nelayan memanggil nelayan pulang. Apabila sampai ke rumah, teringatlah si nelayan akan ikan patin yang ditangkap lalu si nelayan menyuruh si isteri mengambil ikan patin yang disimpan nya dibawah tarindak itu. Apabila si isteri tiba di sampan, puas beliau mencari dimana suami nya meletakkan ikan patin namun tidak dijumpai. Yang beliau tahu hanya ada seorang bayi perempuan di bawah terindak dan bukannya ikan patin. Lalu dipelihara anak kecil itu. Dipendekkan lagi cerita, gadis itu membesar dan berkahwin. Pada suatu hari, si suami merasa pelik dengan mulut gadis itu kerana si suami melihat seakan bekas kail terlekat pada mulut isterinya. Malang sekali, apabila ditegur gadis itu marah lalu kembali ke tempat beliau muncul dan bersumpah yang keturunan suami itu tidak dibenarkan untuk makan ikan patin atau perkara buruk berlaku kepada keturunan itu.

tok la tarindak yang aku maksudkan...
Mun kitakorang sik paham cerita aku, apakata kitakorang rujuk blog Ajam Oppical. Mun sik silap, nya pun ada story tentang ikan patin.

3.    Bulatan/Roundabout yang banyak & besar  macam padang bola
-       Believe it or not, jangan la terkejut or culture shock mun kitakorang pelik tengok bulatan yang besar di jalan raya di Kuching or area Samarahan. Aku pun sik tauk kenak ada bulatan besar-besar. Maybe sebab tanah nya besar kot. Bak kata kawan aku, nya boleh buat rumah kat kawasan roundabout ya. Kidding.

4.    Cara Percakapan Macam Orang Nak Gaduh
-       Waktu aku belajar dolok, ada kawan aku dari semenanjung tanyak aku. Aku dengan kawan aku ya tengah gaduh ka? Sebab nya tengok aku cakap kasar gilak dengan kawan aku yang dari Sarawak ya. Aku nak tanyak kitakorang balik, cara kamekorang bercakap kasar ka? Nada yang kuat. Maybe. Tapi rasanya aku dengar lembut jak. Jadi, jangan lah pelik. Cara kamekorang cakap nang camya. Jadi, jangan lah kecik hati.

5.    Van Sapu/Tambang & Pasar & Kuching
-       Bagi sesiapa yang pernah pergi Sarawak, mesti tauk kan apa yang aku maksudkan. Van Sapu ya istilah kepada kereta atau van tambang/sewa. Van sapu biasas sik berlesen la. Mun van tambang tok yang atapnya kunin ya. Berlesen. Pernah sik dengar orang ya tanyak, Kamu nak ke mana? Nak ke Pasar? Janganlah salah faham. Pasar yang dimaksudkan bukanlah pasar ikan tapi bak kata orang semenanjung ke bandar la. Or pusat bandar. Mun sik mok sebut pasar, na sebut jak Kuching sia. Paham la sidak.

6.    Kacak & Lawa & Burit
-       Bila ada orang Sarawak yang kata kedaktok ngan kitakorang:- “Lawa na kitak ya” boh la nak tersengih-sengih. Please lah. Lawa maksudnya sombong. Kacak maksudnya cantik.
-       Ok. Word seterusnya agak harsh tapi aku terpaksa juak padah dengan kitakorang. Burit dalam bahasa Sarawak bukan lah bermaksud yang depan perempuan itu ye.. Burit itu maksudnya punggung. Jadi janganlah dok buat muka berkerut bila dengar orang Sarawak keluarkan perkataan ya.

7.    Masuk Sarawak kena ada Passport
-       Walaupun Sarawak di dalam Malaysia, warga semenanjung yang ingin datang ke Sarawak kena ada passport. Jangan buat-buat pelik pulak. Korang pernah belajar Sejarah kan masa sekolah-sekolah dolok. Mun sik ingat. Meh aku ingatkan. Ini merupakan salah satu perjanjian Sarawak untuk masuk Malaysia. Ok. Done.

8.    Makanan Masyarakat Sarawak
-       Ada kawan dari Semenanjung yang bertanya kat aku, makanan Sarawak tok sik pedas ka? Err.. aku sik pande mok jawab. Maybe kot. Tapi aku rasa biasa jak. Pedas jak. Tapi kebanyakan yang dari Semenanjung akan mengatakan makanan dekat Sarawak sik berapa pedas.

9.    Majoriti Cina Mendominasi Kedai
-       Ok. Mun dekat semenanjung, senang jak nak cari kedai melayu kan. Kedai yang tauke nya melayu. Tapi kat sitok, pergi sini-sini pun kitakorang akan nampak cina jak dimana-mana kedai. Susah nak cari orang melayu. Kedai makan melayu banyak lah.

10.  Pesta Benak
-       Apa benda benak ya? Benak or in English call Tidal Bore. Sik paham juak? Nah ini formula nya
GELOMBANG AIR PASANG LAUT vs ARAH ARUS SUNGAI




-       Berdasar gambar2 aku tunjukkan, dapat imagine sik camne rupa bentuk benak? Best kan? Bukan tsunami ya cik akak, cik abang, cik adik oi..
-       Di Sarawak.. benak tok happen di Batang Lupar, Batang Sadong, Batang Samarahan… area-area ini sahaja ya kawan-kawan
-       Tinggi benak tok boleh mencecah sehingga 6 meter.. (kata orang la)
-       Fenomena benak tok berlaku sekitar bulan April-Mei setiap tahun…kira tengah2 tahun la.. untuk kepastian, boleh seach kat Mr. Google ok? Biasanya setiap kali musim benak, mesti akan ada punya PESTA BENAK.
-       Apa istimewanya benak ni? Korang tak akan jumpa fenomena ini di Asia melainkan korang semua pernah pergi Sungai Ganges, kat India, Sungai Qiantang kat China, Sungai Sittaung di Burma, Sungai Indus di Pakistan. SARAWAK merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mewakili ASIA yang mempunyai fenomena benak…

11.  Hidangan Air Berkarbonat di Hari Raya

-       Bila pertama kali beraya di Bumi Kenyalang, janganlah timbul muka pelik dan hairan jika tuan rumah menghidangkan anda dengan air berkarbonat dan kuih seperti kek dan biskut-biskut di atas meja. Memang kebiasaan rumah-rumah menjelang hari perayaan menghidangkan tetamu dengan air tersebut. Mun sik mok, boleh mintak air lain ma…;)

ok. ya la serba serbi tentang sarawak. terima kasih kerana membaca.. ok bai!!

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

2 pekopon comel mengomel:

Masz Sidek said...

hehehe... mena apa di tulis dlm entry tok...
family kmk sik boleh makan ikan patin ngan ikan talang2...
bpk mek madah cabik paling pedas cabik geronong... cabik padi ya kalah... kmk sik pernah makan cabik... kmk sik tahan pedas...

Momo said...

nak pasal ikan patin ya nak kata kebetulan sik juak, legend pun sik juak...tapi semua org yg pernah makan, mesti akan terjadi sumting..huhu.. lamak sik nengar cabik geronong.. hehe...