Followers

Saturday, November 17, 2012

Hai Korang!!

Assalamualaikum korang semua..

wah berkurun abad lamanya aku tak dapat update my baby blog yang dah pun mencapai usia setahun sepemergian aku di melaka tempoh hari.. 

ahhhh... rindu korang sangat2.. (entah korang rindu tak kat aku)

Selepas seminggu aku kena belasah ala2 tentera dekat Kem Permata Resort di Melaka bermula dari 29 Oktober - 4 November lalu.. sekarang aku ditempatkan pulak di Pusat Kegiatan Masyarakat Jerlun Kedah.... 

Haa... sapa orang Kedah kat sini??????

Kenangan di Kem Permata memang siok giler.. kiteorang dikumpul dari serata Malaysia.. jadi aku dapat banyak kawan baru di merata dunia.. chewah.. dari Wilayah Persekutuan, Pahang, Kedah, Perak, Terengganu dan of course Kelantan pun masuk sekali... kiranya dari Perlis sampai la Sarawak.... entah-entah korang pun termasuk sekali kot..

Pengalaman kena angkat kerusi sepanjang malam atas kesalahan yang kiteorang sendiri pun tak tau, kena jalan gaya itik banyak kali.. pernah sekali tak tidur satu hari... aku belajar masak ala2 tentera tu... baring mengadap matahari terbit.. subhanallah cantik.... mendaki bukit 100 (aku pun tak tau kenapa panggil macam tu) dan last sekali kiteorang melintas tasik guna tali.. perghhh!!!!! memang seronok sangat....


Ni sekitar aktiviti kitaorang....

sesi bersama fasilitator merangkap penemuduga aku waktu interview tu....

budak paling muda dalam group kami...

jemputlah makan ala2 survival

ready untuk mengembara

tunggu giliran di kaki bukit 100

muka happy kami selepas berjaya turun bukit..

nampak tinggi tak bukit tu..gila penat dan mencabar dol... sebelah tu gaung!!!

meja makan kami....

bukti aku di kem plkn..

gambar di puncak... tinggi siot...

perjalanan kami di perkampungan....



gambar melintas tasik tu takde pulak sebab dah basah lencun dah tambahan excited punya pasal nak lintas tasik.. haha....

malam terakhir kitaorang di situ,, boleh pulak urusetia buat gimik panggil aku dan berpuluh peserta lain naik atas pentas dah tu marah2 kiteorang kata kiteorang tak berdisplin.. tak ikut arahan... dan last sekali diaorang kata kitaorang tak layak untuk ikut kursus seterusnya.. dan ramailah yang menangis sebab kena suruh balik...  Aku? maintain cool.. hahaha.. 

tetiba lampu dipadam dan wa lah... nyayian happy birthday berkemundang... 

terharunya.. rupa2nya dorang sambut birthday peserta yang lahir pada bulan 10 dan 11.. ceh... pandai betul urusetia ni berlakon kenakan kiteorang.. cet... tapi serius.. terharu giler... sambut birthday ramai2.. 

4 November 2012... kiteorang yang seramai 249 orang kesemuanya (kot) dipecah mengikut 4 negeri...

Pusat Latihan Kemas Kuala Lumpur
Pusat Latihan Kemas Melaka
Pusat Latihan Kemas Terengganu
Pusat Latihan Kemas Kedah ------ aku dapat kat kedah :)



Sepanjang di Kedah ni... subhanallah..cantik pemandangan bendang..sawah padi...kat sarawak tak jumpa pun pemandangan macam ni... dan tempat aku tinggal sekarang ni pun betul2 bertentangan dengan bendang.. cuma suasana disini agak la panas.... huhu..

Apa yang best??

Setelah setahun lebih aku berjauhan dengan si dia.. akhirnya minggu lepas... aku berjaya jugak jumpa si dia.. rasa macam dalam mimpi... tak sangka... rasa nak peluk je bambam aku tuu..tapi opppz... tak boleh dulu ye...hahahaha

Sekarang ni aku tengah bz buat pelbagai bahan bantu mengajar..nanti aku update pulak bahan2 yang aku buat okeh???????


Errr... agak2 mana satu aku dalam gambar? haha


Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur