Followers

Monday, September 17, 2012

Aku dan Mejar F_ _ _ _


#Eh, Kau ada?#


Hari tu aku pergi tengok regatta yang berlangsung kat waterfront dengan kawan aku. Event tu sangat meriah. Banyak orang. Dan banyak ragam.

Pendek cerita.

Kitaorang masuk kat khemah besar yang ada banyak booth pameran dari pelbagai agensi. Alkisah nak teman adik kawan aku ni yang nak teka berat ikan apa ntah. Aku tak ingat. Aku pun join sekali teka, betul ke tidak aku tak tahu. :p

Entah mengapa dan macam mana aku terpandang wajah seseorang yang seakan-akan pernah aku tengok entah dari mana. Dengan muka kerut seribu dan tanda soal yang berpusar-pusar di kepala aku tengok banyak betul minah-minah sibuk nak bergambar dengan dia. Terutama budak sekolah. Aku tengok nama booth.

MOSTI.

Terbeliak bijik mata macam nak terjojol keluar dan melonjak gembira hati aku ni.

Nak tahu ke sapa dia yang aku tengok tu?


 Mejar Dr. Faiz Khaleed.

Harap maaf. Gambar artis di sebelah adalah restricted untuk tontonan umum. ;p

Jangan jeles sebab aku dapat bergambar dengan the next angkasawan negara selepas Syeikh Muszaphar Shukor. Kalau Syeikh Muszaphar aku dah peluk sekali kot.. hahaha… Jangan marah ye bini Syeikh Muszaphar. ;P

Bantai pulak hari tu harijadi Mejar Faez tu. Bantai lagi aku orang terakhir dapat buat sesi fotografi dengan dia sebelum mamat mana ntah tarik dia suruh dia rest. Kesian. Kesian. Rasa macam mimpi je dapat jumpa dengan Mejar Faez ni. Memang tak plan dan memang tak tahu pun dia nak datang Sarawak.

Untuk Mejar Faez.. terima kasih. Semoga maju jaya dalam mengharumkan nama negara. Harap satu hari nanti awak akan ikut jejak langkah rakan seperjuangan awak. (eh..rasa macam kenal lama la pulak) Lagi satu.. Agak-agak single lagi tak? Hahahaha…





Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

9 pekopon comel mengomel:

BERT said...

wahh untungla.. dpt jmpa org glamer

Mrs Velentine said...

wah best lah..akak ada haikalFaiz jer..

dyabunga said...

seronoknya dpt jumpa Mejar Faez

Sue PeLik said...

untungnyaaaaaaaaa org tuh!untungnyaaaaaaaaaaaaaaaaa

Mieya Atiera said...

bestnya.

:: Mrs.Eady :: said...

untung laaaaaaaaaaaaaaaa....

Everything's Everythings said...

Wahhh jumpa retis la..
Eh tapi ak pernah jumpa Dr Sheikh Muszaphar lagi best hak2
cuma tak bergambar je la.. sebab ramai perempuan dok bergambar je dgn dia non-stop =.="
jadi segan silu la nk bergambar

Michelle Hopell said...

untung la ko MOmo .. tumpang femes kejap ehh? :D

SHAHZEE said...

amboi2..untung la org tuuuu