Followers

Sunday, August 12, 2012

Jenis Tarian Moden ( Modern Dance)


Sejak kecik lagi, aku memang suka menari. In fact, dancing is one of my hobbies during free time. Korang tak percaya? Aku lagi tak percaya. Sesungguhnya jika aku jadikan tarian sebagai cita-cita aku, bermakna telinga aku akan hilang sebelah ditarik oleh mak aku. >_<

Modern Dance atau dalam bahasa ibunda kita tarian moden telah lama wujud pada awal abad ke 20 dan terkenal di bahagian negara-negara omputeh seperti Amerika Syarikat dan Eropah.

Apa yang aku paham dan research yang tak seberapa, asal tarian moden ni bermula dengan tarian ballet dan tarian klasik. Ala tarian yang ala-ala cerita Barbie tu.. Tak pun Cinderella tak pun Snow White. Tak pun seangkatan dengannya.

Disebabkan 2 bijik tarian ni memerlukan perbelanjaan yang besar dari segi kostum, kasut dan segala jenis hiasan yang tidak mampu dimiliki oleh mereka yang kurang berkemampuan yang berminat untuk menari, maka mereka godek-godek dan korek-korek dan tercipta lah tarian bebas seperti yang kita tengok tatkala ini. (termasuklah Kpop group kesayangan korang tuh) #sambil buat muka seposen

Antara tarian moden yang menarik perhatian aku:

1.      Robot Dance

·  Yang ni tarian ikut cara robot tu. Kumpulan yang first buat persembahan ini adalah The
Jackson dalam tarian Dancing Machine.  Style dol!

2.      Breakdance


·      Kumpulan yang buat breakdance dipanggil B-Boys. Aku jatuh cinta tarian ni bila Digi buat roadshow betul2 depan rumah aku dan budak-budak B-boys nih tunjuk tarian dorang. Biasa orang kaitkan B-boys dengan hip hop. Yay. Memang asal pun daripada orang Hitam dan Amerika Latin.

·        Antara jenis move dalam breakdance ni adalah Toprock, Downrock, Powermove.

·        Identiti penari breakdance ni ofkos la hiphop style ;)

3.      Moonwalk dance


·        Moonwalk dance macam korang cuba berjalan ke depan tapi seakan-akan ditarik di kebelakang. Ala-ala macam ada tofan besar je depan korang tuh. Tak paham? Ala-ala MJ tuh. Dalam vc Billy Jean. Oyeah!!

4.      Shuffle Dance

·         Ni tarian jenis yang mengelunsurkan kaki ke lantai dengan muzik ala-ala techno gitu. Zaman aku sekolah dulu-dulu, terkenal dengan tarian ni. Tu la pasal, kasut sekolah dorang cepat sangat haus. Untuk pengetahuan korang, tarian ni dah wujud sejak 1980 lagi dan berasal dari Melbourne, Australia. Mostly, tarian shuffle lebih kepada ketangkasan kaki kita. Dan sangat bagus untuk menyihatkan badan.. hehe. Kalau korang perasan, budak-budak yang shuffle ni mesti kategori hiphop kan?

5.      Techtonic Dance


·   Tecktonik merupakan satu jenis tarian yang mementingkan kodifikasi set bergerak dengan mempamerkan kobelarasi gerakan tangan yang bertenaga melebihi gerakan kaki. Boleh dikatakan 80% adalah gerakan tangan manakala selebihnya ialah gerakan kaki. Apa yang aku paham, tarian ni adalah hasil gabungan daripada unsur-unsur breakdance dan Techno.

Kalau shuffle dan breakdance kita tengok dorang guna baju ala-ala hiphop kan? Kalau
yang ni pulak korang boleh tengok penari punye style guna t-shirt dan skinny jean.

· Asal tarian ni plak dari Perancis.

Jadi..jom ramai-ramai kita menari..;)







sumber: sana sini

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

2 pekopon comel mengomel:

Anonymous said...

samalah KA dulu2 pown suka menari smapai terseliuh kaki hehehe

bb said...

hehehe suka2!! :)