Pada 16 dan 17 Jun 2012 yang lepas, aku dan rakan sepejabat aku telah pergi PAKSA RELA (cakap dengan aku siapa yang suka kerja hari sabtu ahad tanpa ot) ke Kampung Sebandi Ulu untuk Program Merakankan Masyarakat.
Aku tak tahu sangat apa motif program ini diadakan sebab program ni dianjurkan oleh Pejabat Residen Samarahan kerjasama dengan semua pejabat daerah di bawah Samarahan. Kerja aku, hanya datang mengikut arahan. Yang aku nampak, program ini diadakan untuk merapatkan perhubungan dengan kakitangan pejabat residen dan daerah dan warga kampung.
Hari pertama program adalah antara penduduk kampung dan pejabat daerah asajaya dan pejabat daerah kecil sadong jaya. Ha.. kitaorang la tu.
Tugas aku dan kawan-kawan aku? Cat dinding dan hias bilik gerakan di kampung tersebut. Agak besar la bilik gerakan nya. Besar rumah PPRT tanpa bilik. Boleh bayangkan? Ke..korang tak tahu rumah PPRT tu macam mana. Kesimpulannya, program untuk hari pertama lebih kepada aktiviti gotong royong membersihkan kawasan kampung, dewan, ruang legar sekolah S.K Sebandi.
Hari kedua.. berkisar kepada program sukaneka antara jabatan dan orang kampung. Selain tu, ada pertandingan kawasan blok tercantik, perasmian bilik gerakan baru Kampung Sebandi, pertandingan gubahan, pertandingan bola sepak antara jabatan dan orang kampung. Aku tak berada di semua tempat sebab kebanyakan masa aku habiskan untuk sediakan makanan untuk tetamu VIP yang makan kat bilik gerakan. Kesian kan? Bila habis je, semua acara favourite aku seperti sukaneka dah pun habis..
Apa pun, program ini..aku bagi 3 bintang je.. heh…
Ni gambar aku capture sekitar program dua hari ini..
Yang ni hari pertama program.. dekat bilik gerakan. heh..
|
BERSEDIA UNTUK MENGECAT |
|
HABIS CAT,TUKAR TIKAR BARU... |
|
MESYUARAT AGUNG.. HEHEH
|
Hari Kedua Program.. Aku jalan-jalan kejap sekitar kampung.. dan aku jumpa ni:
|
YANG WANA KUNING PUTIH TU TELUR TAU... UNIK KAN? |
|
INI LAH SEKITAR RUMAH DI SEBANDI |
|
TANDA SELAMAT JALAN..(TEMPAT AKU TAK DE PUN) |
|
INILAH SEKOLAH SK SEBANDI.... |
|
INI BUDAK-BUDAK UNTUK PERSEMBAHAN SILAT.. |
|
CANTIK KAN? |
|
PADANG SEKOLAH |
|
ADA PULAK ARTIS KAT SINI..HAHA... |
|
YANG NI PERKARANGAN DEWAN SEBELUM AKTIVITI BERMULA.. |
|
DALAM BANYAK-BANYAK GUBAHAN, AKU SUKA NI.. |
|
CANTIK... |
|
KENAPA WARNA OREN JE BANYAK |
|
COOL.. |
|
BURUNG RUPANYA.. |
|
KAPAL NI CANTIK DOL... |
|
DALAM DEWAN.. |
|
GENG JABATAN KAMI.. YB MAIN TU... |
|
MARI PANASKAN BADAN.. |
|
YANG BIRU TU ORANG KAMPUNG SEBANDI JUNIOR |
Gambar aku?
dah aku ambik gambar..mana ade gambar aku dalam tu..hahaha..
Nota kaki: maaf kalau penggunaan bahasa yang buat korang tak paham. Kepala pening sangat ni.
Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur
2 pekopon comel mengomel:
wah... macam2 jak xtvt... mesti enjoy...
@Masz Sidek
boleh tahan..tapi penat la..hehe
Post a Comment