Followers

Wednesday, May 16, 2012

Siapa Nazmi Faiz?

Dear Bloggers..


Aku pelik binti hairan.


Sapa lah budak bernama Nazmi Faiz yang menjadi sebutan baru-baru ni. Aku kenal bila tengok ada blogger post tentang Nazmi Faiz bergambar dengan seorang awek. (Biasalah dah feymes, dia kentot pun kita nak heboh)


Korang tak kenal gak?


Ni la rupa budak Nazmi Faiz atau nama sebenarnya Muhamad Nazmi Faiz Mansor



budak ni muda lagi la.. umur die baru je 18 tahun.  Nazmi sebenarnya berada dalam Skuad Olimpik Malaysia bawah 19 tahun. Kemudia menyertai Harimau Muda A u23 dan menyertai Harimau Muda B u20 walaupun sebenarnya beliau masih berada dalam skuad Harimau Muda C u17. Biasanya, yang 17 tahun ni, memang semuanya under Harimau Muda C. Dah ok sikit, baru serap ke Harimau Muda B dan Harimau Muda A. Tapi sebab Nazmi ni dah jadi special kes (skill cantik punya) , dia masuk pula ke Skuad utama bawah 23 tahun yang dihantar ke Sukan EA di Indonesia.

Ok..

Itu waktu bermulanya tangga-tangga kejayaan dia.. ada lagi ni...

Nazmi Faiz Mansor


Incik Nazmi kita tengah menjalani latihan pemilihan di Kelab Divisyen Satu Liga Portugal , S.C Beira Mar selama seminggu. Katanya, dia akan cuba memberikan aksi yang menarik sepanjang berada di sana bagi memastikan yang beliau akan dipilih untuk menjadi pemain pertama negara yang bermain dan mewakili kelab Eropah.


Nazmi mendapat tawaran untuk sesi pemilihan ni apabila seorang ejen bebas Bola Sepak dari Portugal tertarik melihat aksi Nazmi di dalam perlawanan yang membabitkan skuad Harimau Muda A di Liga Singapura baru-baru ini.

Jika Nazmi mampu mempamerkan aksi terbaik sepanjang latihan pemilihan dan berjaya memikat kelab, beliau berpeluang besar untuk ditawarkan kontrak untuk bermain di kelab yang berpangkalan di Aveiro tu.. (Aveiro tu dekat Portugal ye)

Orang kata, Nazmi ini masih menuntut lagi di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Extend kot.. tak tahu la.. Untuk pengetahuan korang gak, beliaumerupakan pemain ketiga negara selepas Safaee Sali dan Safiq Rahim yang mencuba nasib menjalani latihan selama 2 minggu di Kelab Kejuaraan Divisyen satu Liga Inggeris, Cardiff City tahun lepas.

6 pemain trials dengan Beira-Mar di Aveiro
dari kiri : Jerome, Baptista, Nazmi Faiz, Juninho, Miguel Hamutenya and Vasco Seco.
kecik nya Nazmi..;p


Jadi.. aku mendoakan agar Nazmi berjaya memikat hati pengurus kelab kat portugal tu. Pamerkan aksi yang terbaik tau. Harumkan nama negara. Tapi dah terlebih harum tu, jangan lupa pulak asal usul diri yee....;)










nota kaki: harapan pemain bernama "Ramli" yang bermain utk pasukan M.U dalam iklan Mr. Potato tu mungkin kah jadi kenyataan??








sumber


Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

0 pekopon comel mengomel: