Followers

Monday, May 14, 2012

My Baby Boo

Dear Bloggers..


My baby-baby boo....


mereka la yang sentiasa bersama aku di saat aku tengah bersuka ria, gembira, sedih... dan sewaktu dengannya.. bila mereka ada, aku rasa tenang sangat... segala apa yang aku rasakan macam hilang sebentar di saat melihat telatah mereka... dan aku sangat beruntung Allah jadikan aku yang terpilih untuk menjaga mereka.... 


sapa "mereka" ni?


tadaaa.......


yang pertama:-



cute sik nya? badannya tompok-tompok.. ada pulak tompok hitam kat tepi mulut. haha.. ini gambar masa dia mula-mula di ambil. aku ambik dia ni dalam area 2009.. time tu aku baru je pindah ke rumah. my baby yang first ni suka ikut tuan dia kemana je tuan dia pergi. even nak ke kedai pun dia sanggup ikut. kadang-kadang dia akan berhenti tengah jalan dan bila kita dah otw nak balik, dia akan ikut kita balik.

pernah sekali aku dan mak aku singgah pergi rumah saudara. Jalan kaki je. Dekat. Kucing ni nak ikut jugak.. dah hantar balik, tapi still jugak nak ikut.. dah malas nak hantar dia balik 2 3 kali, kitaorang bagi jugak dia ikut.. dah tu... boleh pulak dia mengiaw2 luar rumah saudara aku. maybe dia soh kitaorang balik kot... hebat nya kucing ni..

ni satu-satunya kucing yang aku bela yang boleh cium tangan kita. serius. aku tak tipu. aku salu hulurkan tangan aku, kalau dia cium, baru aku bagi makan.. jahat kan? haha

nama dia? KOMPOT. hahaha.. pelik nak? sebab pa nama dia macam tu? sebab ekor dia ni pendek.. bergolong2.. 

he's so loyal until now... 

NI GAMBAR DIA DENGAN ARWAH PEPEY.. ;(

yang kedua:




lepas pepey tak ada, si BAKUL ni la penyeri hidup aku. chewah.. kenapa aku panggil dia bakul? sebab apa-apa sahaja dia buat, mesti dia akan kembali ke rumah dia.. yakni dalam bakul... bakul tu mak aku guna untuk kumpul baju-baju tapi kucing bertuah ni pulak yang suka duduk situ.. apa-apa jadi, dia mesti masuk dalam bakul.. 


bakul ni kuat makan nauzubillah.. pantang nak bagi orang lain makan, mestilah ada muka dia jugak.. tapi badan dia tak jugak besar-besar (macam badan tuan dia) haha... 


satu g pasal bakul ni, dia sangat-sangat tak suka di main.. dalam bahasa sarawak, mun di main sikit mula lah nak mendengut jak.. kakya cakar dan gigit2 orang.. ee...geram...


kebelakangan ni, dia makin suka pulak dekat aku.. everytime aku duduk tengok tv je, mesti dia sibuk nak duduk atas riba aku jugak.. ala tomey2.... heee...


yang ketiga:




ni SALUS. dia ni betina. nama asal pun diberi oleh tuan nya yang lama. ni satu-satunya kucing betina yang aku ada dan ni faveret bapak aku. sapa-sapa yang membuli kucing ni pasti akan dimarah balik.. huhu. kucing ni diberi oleh seorang staf dekat ofis aku. kucing ni diam-diam ubi berisi.. kenapa? sebab dia suukaaa belasah si bakul dan ambik makanan dia.. senyap-senyap pulak tu.. dah belasah buat muka selamba pulak...


kucing ni mengandung waktu diambik tapi sayang...keguguran pulak... tak tahu la kenapa...
dia ni tidur je memanjang... bangun..makan..tido..bangun balik..makan..tido... sekarang ni tengah hot bercinta dengan kompot... huh..




akan datang... minggu depan kawan aku nak bagi pulak baby-baby baru... anak yatim sebab mak die kena langgar dengan kereta.. kejam betul... 




mereka la baby-baby boo aku... bila aku ada masalah.. diaorang la pengubat hati aku.. time balik kerja je, adalah nampak muka-muka mereka menyambut aku pulang dari kerja (dengan harapan aku beli ikan untuk dorang) haha...




apa pun binatang peliharaan dorang, sayangi mereka seadanya.. (apa kaitan kah)








nota kaki: kucing haiwan kesayangan rasullulah...;)

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

2 pekopon comel mengomel:

-eim- said...

okay. sy rindu kucing sy sekarang..
T__T

Momo said...

@happy eim

mana kucing nye sekarang?