Followers

Thursday, May 24, 2012

Kerana Kata-kata..

Dear Bloggers...

Allah memberikan kita akal untuk berfikir dan mulut untuk kita bersuara. Tapi malangnya manusia sering menggunakan mulut lebih daripada akal untuk bersuara. Berkata sesuka hati mereka. Tanpa memikirkan telinga dan hati si pendengar.


cakap siang pandang-pandang

berkata-kata kerana terbitnya rasa cemburu dalam hati yang telah merosakkan akal fikiran.
berkata-kata dengan mata tanpa peduli mereka di sekeliling
berkata-kata bertujuan untuk menyakiti hati sesama saudara/ummah

tapi


kita..
jarang berkata-kata memuji nama Allah dan kekasih Allah
jarang mengucapkan kata-kata yang indah pabila melihat ciptaan-Nya
jarang berkongsi ilmu yang baik-baik

dengan hanya kata-kata..


seseorang itu boleh tersenyum lega walaupun telah terluka
seseorang itu memperolehi ilmu yang boleh dikongsi bersama orang lain
seseorang itu boleh mengeratkan hubungan silatulrahim sesama insan

tapi dengan kata-kata...


kita boleh terluka..
terseksa..
cedera secara fizikal mahupun emosi..
berdendam tak sudah..

lalu... kerana mulut itulah..hati kita yang putih..menjadi hitam...

dan benarlah kata-kata... setiap bait kata-kata lebih berbisa daripada racun seekor ular berbisa...

jadi...

kesimpulannya..


berhati-hatilah dengan apa yang cuba kita kata/sampaikan pada yang mendengar.. takut dek nanti ada yang terluka.. gunakanlah akal sebelum berkata-kata takut nanti hati jadi binasa...

terlajak perahu boleh berundur..terlajak kata buruk padahnya..


Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

0 pekopon comel mengomel: