Followers

Tuesday, April 17, 2012

Pisak Lukan = Tarian Bubu

Dear Bloggers..


AMARAN: INFORMASI SEMATA-MATA.JANGAN MENIRU/MENCONTOHI PERBUATAN INI. SYIRIK!!!!!


B.U.B.U



pernah dengar tarian bubu sik?

dekat sarawak,sabah,brunei, indonesia ada tarian tok.. sik sure la di negara-negara asia yang lain.

tarian bubu atau dikenali sebagai pisak lukan tok biasanya dipersembahan di hari perkahwinan ataupun keramaian yang lain...beberapa orang akan menahan bubu ya dan menari bersama dengan bubu ya... lompat2...

apa benda bubu ya?

bubu ya kan ke benda k nangkap ikan ya bah.

Persediaan tarian bubu?

bubu ya mesti dihiaskan seperti seorang manusia. berik nya pake baju, kain orang yang dah mati... kacip pinang akan digantung dari dalam bubu ya untuk memuja semangat masuk ke dalam bubu ya. asap kemenyan akan dihalakan kat bubu ya untuk menarik minat semangat untuk merasuk dalam bubu ya... Untuk mengelakkan perkara sik diingini terjadi, penyapu lidi dan daun bebuas disediakan bersama... sekiranya rasukan bubu sik terkawal (orang yang mengawal akan menari tanpa henti dan sikpat terkawal), kepala bubu ya akan diketuk/dilibas dengan penyapu lidi ya.. 

KACIP PINANG

ASAP KEMENYAN

DAUN BEBUAS/TEBAWAN

ada juak orang yang menonton akan terkena tempias semangat ya... mana2 yang lemah semangat akan pengsan.. dan cara untuk mengembalikan semangat mereka adalah dengan melibas mereka dengan daun bebuas...

Jampi mula-mula nak panggil semangat masuk dalam bubu:

Bubou mengasou
Manila mati
Maisuri naik bulan
Naik ke bilit
Ke rumah Datuk Kuna
Sabi nait pina

Bila semangat dah masuk dalam bubu, tok yang dibaca: 

Iya Lukan
Iya Badan Tetak bemban
Nyibong Sari
Iya Lukan pandai nari

Tarian tok akan berhenti apabila tiada siapa yang dapat kawal bubu ya atau bubu ya berhenti dengan sendiri..

 aku tanyak mak aku apa jadi mun bubu ya terlepas dari tangan orang yang mengawal..senang jak mak aku jawab...MATI LAH... huh....


tarian pisak lukan

















sumber: melanau culture














Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

0 pekopon comel mengomel: