Dear Bloggers..
Bukan semua benda boleh kita ceritakan pada pasangan kita. Mungkin pada pendapat kita, niat kita jujur. Sik mok nak bersembunyi atau berdalih apa-apa dari pasangan kita. Tapi pada sudut pasangan kita, perkara ya adalah sesuatu yang sik dapat diterima oleh si dia. Bak kata aku sendiri:-
“MENGETAHUI KEBENARAN ADALAH SESUATU PERKARA YANG MENYAKITKAN”
It happened right?
Pada pengalaman aku sendiri, aku pun sik ceritakan semua perkara pada orang yang aku sayang. Rahsia. Tetap sampai bila-bila. Terkubur sehingga akhir hayat aku. Yang penting hubungan aku dan si dia berjalan lancar seadanya.
Ok.
Selalunya perempuan jak yang sensitif. Tok sik boleh nak dipadah. Nun sik boleh dicerita. Pantang ya. Pantang tok. And it was so complicated on the guys side. Sedar atau sik lelaki pun ada benda yang pantang dibicarakan dengan sidak. Lelaki adalah makhluk yang ego dan kita sebagai seorang wanita, tolonglah jangan mencabar keegoan seorang lelaki. Buruk padahnya.
Apa pantang-pantang wanita sik boleh cerita kat lelaki?
Na… Ini dia:-
ü JANGAN ceritakan pada si dia yang ada lelaki lain meminati anda apatah lagi lelaki ya kawan baik kitakorang ataupun si dia. Boh madah dirik ya still laku eventough dah berpunya.
ü Mun kitakorang sik suka dengan emaknya (perange/kelakuan) JANGAN ceritakan depan si dia. Cuba control sikit dirik daripada nak keluarkan rasa sik puas hati dengan perange maknya yang sik berapa nak elok. Ok. Fine mun mok komen ya boleh, tapi make sure benda ya positif/neutral jak. So, sikla nya perasan gilak. Mak ya umpama segalanya untuk si lelaki.
ü Jangan nak bangga gilak dirik nak ceritakan yang kitakorang pernah CURANG dengan lelaki lain sebelum berkapel dengan nya. Sedar sik sedar, nya akan mula meragui kesilapan yang pernah kitakorang pernah lakukan dan akan fikir yang kitakorang akan polah benda yang sama dekat nya. Dan… mun si dia yang pernah curang, try la jangan ungkit balit kesilapan ya. LELAKI PANTANG DIUNGKIT. Sik mustahil nya akan cuba gik benda ya.
ü Mun ada sahabat kitakorang yang curang dengan pasangan nya, janganlah ringan mulut nak bercerita dengan si dia. Conform si dia akan meragui kesetiaan kitakorang sebab cerita yang kitakorang sampaikan dekat nya.
ü Jangan membuatnya patah semangat terhadap sesuatu. Mun si dia mengadu nya bermasalah, sokonglah nya. Berik kan semangat. Cuba bantu cari jalan penyelesaian tapi jangan terlalu ikut campur/emosi gilak. Cukup dengan berik pendapat dan at least dengar.
ü Jangan sesekali ungkap perkataan PUTUS/CERAI dihadapan si dia sekiranya kitakorang masih sayang padanya biar pun kitakorang nang rupa perang dunia ke-3
ü Mun kita orang perempuan lebih berjaya daripada si lelaki, jangan lah banding-banding. Buat biasa-biasa sudah.
Okbai! ●(‧'''‧ )
sumber: tentang cinta
2 pekopon comel mengomel:
mena ya bah..kita ompuan,xtauk apa dlm hati laki kita bah..
laki tok ego gilak...susah nak predict ati nya..huhu
Post a Comment