Followers

Sunday, April 15, 2012

Kaki +angan Awam di Malaysia

Dear Bloggers..


Jadi kakitangan kerajaan ni memang menguntungkan bukan? Ada cuti tahunan. Dapat macam-macam elaun. Tiap-tiap tahun ada bonus daripada kerajaan persekutuan. Dapat kelebihan daripada segi perubatan, pendidikan, etc. Bila dah tamat tempoh bekerja, ada pencen. Baru-baru tok, gaji kakitangan kerajaan dah naik. Mesti sik sabar nak tunggu hujung bulan tok kan. Almaklum, akan dibayar tunggakan gaji selama 3 bulan. See.. Minta maaf mun aku katakan pekerja sektor awam lebih diberi perhatian daripada swasta. Betul kan aku mun aku berik pendapat yang salah ok.

Hasil daripada pelbagai kemudahan yang diberikan oleh kerajaan, aku harap kualiti kerja makin bertambah dan bukan nya makin kurang. Ok?


Cuma..

Aku sik berapa berpuas hati dengan sesetengah layanan kakitangan kerajaan tok. Kadang-kadang proses sesuatu permohonan dengan lambat. Kerja sambil lewa. Bila pelanggan dah bising, sidak nya pula yang naik angin.

Contoh situasi yang pertama:
Si A ingin menghantar borang permohonan di sebuah jabatan. Sampai di kaunter pertanyaan, tiada seorang pun yang duduk di sana. Ok. Ada juak yang berlegar-legar di kawasan ya, bila si A cuba bertanya, para pekerja di sana cuma buat sik endah jak. Malah tunjuk muka masam gik Dekat sejam juak si A ya menunggu, akhirnya datang seorang hamba Allah bertanya dan melayan si A. Gara-gara nak hantar satu permohonan, si A kenak tunggu selama satu jam.

Contoh situasi yang kedua:
Si B terpaksa menunggu 3 jam semata-mata untuk mendaftar nama sahaja disebuah klinik. Sudah daftar nama, kena pulak tunggu dalam setengah jam untuk perkhidmatan seterusnya. Dah la ya, nurse nya pulak boleh pulak marah-marah gara-gara si B sik berapa paham arahan nya. Adakah wajar seorang jururawat memarahi si B gara-gara tidak memahami arahan?


Contoh situasi yang ketiga:
Si C seorang lelaki yang tua. Datang ke sebuah pejabat yang berbatu-batu jauh daripada rumahnya untuk berjumpa dengan pegawai atas sebab urusan. Malang sekali, pegawai yang dijumpai tiada di pejabat kerana ada urusan rasmi di luar. Diminta tunggu di sana sehingga pegawai tersebut kembali ke pejabat. Sehingga petang si C menunggu. Namun hampa apabila diberitahu pegawai tersebut tidak kembali ke pejabat. Keesokannya, perkara yang sama berlaku. Kali ini, pegawai tersebut tidak masuk pejabat kerana urusan rasmi di luar. Kesudahannya, si C terpaksa ulang-alik ke pejabat tanpa sebab semata-mata untuk berjumpa pegawai untuk menyelesaikan urusannya.

Contoh situasi yang keempat:
Si D membawa anak ke klinik kerana si anak mengadu hidungnya tersumbat dan dia mempunyai kesukaran untuk bernafas. Setelah diperiksa, pembantu perubatan memberitahu si anak cuma mengalami alahan pada hidung. Banyak kali si D membawa anak ke klinik yang sama kerana masalah masih berulang. Pembantu perubatan masih memberi alasan yang sama. Bila diminta surat untuk dirujuk ke hospital, pembantu perubatan enggan memberi atas alasan sakit biasa. Apabila dibawa ke klinik pakar, rupanya si anak mengalami ketumbuhan dalam hidung yang memerlukan si anak untuk membuang ketumbuhan tersebut.. Sakit biasa ka itu jika ada ketumbuhan dalam hidung?

Contoh situasi yang kelima: (don’t worry. Ini terakhir)
Sudah hampir 3 bulan si E menunggu permohonan sijil xxxx untuk dilluluskan oleh pejabat berkenaan. Namun tiada jawapan atau panggilan diberikan. Ada sahaja alasan diterima. Pegawai bertugas tiada di pejabat, Tiada pegawai untuk menandatangani sijil dan berbanyak kali alasan. Puas sudah si E menunggu dan sering menelefon pihak terbabit. 6 bulan berlalu, barulah si E berjaya mendapatkan sijil xxxx itu..


Ok.

Ketuk kepala aku sekiranya kitakorang sik pernah rasa situasi-situasi yang aku berikan tadi. OK. Mungkin ada situasi lain yang pernah di alami mungkin bukan seperti di atas. Layanan buruk, Perkhidmatan yang tak sistematik dan mesra pelanggan. It happens in our society today. Sedih kan. Kebanyakan tok berlaku didalam perkhidmatan kakitangan awam. Adakah sebab kemudahan yang ada membuatkan mereka bekerja sambil lewa. Cukup makan. Memang. Aku sik katakan semua kakitangan awam. Cuma segelintir jak.

Jangan lah sebab kita dah disuap dengan pelbagai kemudahan, initiative yang diberi oleh kerajaan membuatkan kita jadi terlebih manja. Seharusnya kita patut berusaha untuk berikan perkhidmatan yang berkualiti dan mesra pengguna. Baru lah kurang complaint dari orang ramai tentang kakitangan kerajaan yang buat kerja sambil lewa jak. Yang rajin bekerja pun kenak cop macam ya juak.

So.. lastly.. NO OFFENSE.



Nota kaki: Aku sik suka g satu klinik berhampiran tempat aku. Ntah pa2 jak check. Cakap jak banyak. Check nya kurang. Cehh..  

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

0 pekopon comel mengomel: