Followers

Monday, April 16, 2012

Biarlah Cinta Itu Bicara Sendiri

Dear Bloggers..


Jiwang sik tajuk entry aku?

Nak melayan perasaan aku tok... chewah..

Bulak jak bah...

Sebenarnya... Ya tajuk novel yang aku polah... tapi... sik habis-habis gik cita ya sebab sik da masa nak mengolah...

masa blaja2 dolok aku nang suka berimaginasi... yala salu terkeluar idea pelik2 ya.. jadi tertimbul la plak 

tapi... novel ya masih tergantung gik.. 

mok baca x? bagi komen sikit (ngegeh kan aku tok)

errr... sila-sila lah ya... peace!!

BIARLAH CINTA ITU BICARA SENDIRI

CHAPTER 1:       

Hujan turun lebat membasahi bumi yang penuh dengan makhluk Allah yang Esa.  Qistina mendongak kepalanya ke langit sambil memerhati awan hitam yang berarak laju.  Air mata yang kian laju mengalir dikesat kasar. Bajunya yang dibasahi hujan dibiarkan sahaja. Apa yang dilihatnya sebentar tadi amat mengguris hatinya. Sungguh dia rasa amat ditipu.

“Bunuh diri maknanya tak cium syurga!!”

Lantas suara Ustazah Huzaimah terngiang-ngiang di telinganya.  Gadis itu tersentak.  Lantas ditikam jauh botol berisi pil penahan sakit yang dibelinya dari farmasi berdekatan 2 jam yang lalu.  Jatuh bertaburan pil-pil tersebut di lantai.  Mengapa harus mati kerananya?  Hidup perlu diteruskan.  Mengapa harus mensia-siakan hidup gara-gara dikecewakan olehnya?

                      ################################################

Di suatu sudut, seorang gadis begitu tekun menekan punat-punat yang ada pada komputer ribanya. Assignment tersebut mengenai fungsi sel otak yang berfungsi di dalam tubuh manusia.  Sedang dia asyik mencari maklumat di dalam buku yang setebal kamus Dewan Bahasa edisi ke-3, bahunya ditepuk kuat oleh seseorang. Terpelanting keluar pen digenggam erat di tangannya sebentar tadi.

“Amboi kau…Buat kerja tak ingat dunia.  Sudahlah, tutuplah buku ni. Tak suka la tengok orang hiprokrit macam kau ni.” Bebel Madihah sambil menutup semua buku Qistina yang berterabur di atas meja. Madihah memang terkenal dengan sikap pantang melihat sahabatnya yang lebih sikit daripadanya. Amat pantang.

“Eleh.. Tau sangatlah perangai kau tu. Aku nak buktikan yang tak semua student suka buat kerja last minute tau? Betul tak Mira?” Balas Qis sambil menepuk lembut bahu si kecil molek Mira yang sedang asyik mengunyah gula-gula getahnya.

“Apa la kau ni. Nasib baik aku tak tertelan tau. Wei korang! Kita keluar nak weekend ni? Korang tak ada plan kan minggu ni? Boleh la weh? Bolehla…” rengek Mira manja. Dia melabuhkan punggungnya duduk di sebelah Qistina. Madihah pula menyoroti langkah yang sama.
“Yela… Minah ni dari tadi pujuk aku keluar dengan dia.. Kau macam mana? Nak join tak?” Tanya Madihah kepada Qis. Rupanya persis seorang polis sedang menyoal penjenayah besar.
Qistina memandang wajah sahabat-sahabatnya tanpa sebarang ekpresi.  Semua terdiam.  Akhirnya mulut Qistina mengukir senyuman.

“Ok!”
“Cantiklah… Sabtu ni I bawa kereta I,  kita keluar ok…” Balas Mira riang.

Begitulah kehidupan Qistina sebagai seorang penuntut di Universiti Teknologi Mara dalam Diploma Sains di Sarawak.  Dia meniti hari-hari remajanya penuh bahagia namun jauh di sudut hati, masih ada luka yang mungkin sukar untuk sembuh. Selamanya…

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

0 pekopon comel mengomel: