Nembiak lepasan sekolah nektok gago dengan keputusan SPM.. to those who success CONGRATE!! but to those yg ada fail ya..dont worry..ktkorg dah cuba sebaik mungkin cuma nasib sik menyebelahi ktkorg...jgn pk ktkorg fail, xdapat masuk u aa.. dapat...mun sikpat u pun, poli pun ok..poli pun nak diiktiraf jadi u bah... dont worry ok?
Ok2..cukup merapu.. aku kat ctok nak lari tajuk cket tek..hehehe.. Org lain gago sal spm aku tok sepanjang setengah hari gago dengan menterjemah resume dalam bm and edit sikit2....(kotan "terror" gilak molah bi tek nak..sak terabo ayat dipolah) ok22...stop gik merepek.. aku nak kongsi ngan ktkorg sekalian yang gik masih menanam anggur tapi lom ndak berbuah..maybe cara resume kita sik menarik minat majikan yang membaca... mari..mari kita membaca format resume yang sesuai utk kita..jom2...。 ◕‿◕。
Format resume
Bagaimana sepatutnya format resume anda? Apa font yang disyorkan? Perlukah mengepilkan gambar? Cuba lihat beberapa free tips yang saya berikan di bawah.
Anda masih boleh menggunakan tips yang sama untuk resume Bahasa Melayu. |
1. Hadkan resume anda kepada tiga muka surat.
Jangan panjang melalut dan jangan terlalu ringkas. Graduan kita suka resume panjang - panjang. Kadang kadang tebal resume mengalahkan tebal dictionary. Padahal baru setahun jagung bekerja.
Jika anda lihat pasaran luar negara, kebiasaan format resume yang standard adalah terhad kepada satu mukasurat sahaja. Tetapi di Malaysia, panjang yang disyorkan adalah di antara dua hingga lima muka surat (bergantung kepada pengalaman).
tiada pengalaman profesional | 1 - 2 mukasurat |
kurang dari 3 tahun pengalaman profesional | 2 - 3 mukasurat |
lebih dari 3 tahun pengalaman profesional | 3 - 5 mukasurat |
Bila resume terlalu panjang, majikan pun rasa berat nak go through . Ada banyak lagi resume untuk mereka nilai. Hasilnya, resume anda akan dibaca secara kasar dan lompat - lompat. Resume anda juga tidak akan mendapat perhatian yang sewajarnya.
Rugi kan?
Jadi, sila masukkan maklumat yang releven sahaja. Bagaimana? Rujuk panduan penulisan resume sekiranya anda belum berbuat demikian.
2. Jangan mengabaikan maklumat yang penting kerana nak ringkaskan resume.
Sekiranya resume anda terlalu penuh, anda perlu melakukan sedikit editing dan fokus kepada maklumat yang paling relevan dengan bidang anda. Jangan pula mengecilkan saiz font,membesarkan margin atau membuang spacing semata - mata nak muatkan dalam tiga muka surat.
Pendek kata, jangan berkompromi dengan layout resume anda! Resume yang nampak semak boleh menjejaskan bacaan dan minat bakal majikan.
3. Staple dan nomborkan setiap muka surat.
4. Sebaiknya kepilkan gambar hanya jika anda diminta berbuat demikian.
Gambar berukuran pasport disyorkan. Jangan meletakkan gambar yang nampak tidak profesional di mata bakal majikan.
Gambar anda dengan pose yang manja lebih afdal diletak dalam Myspace atau Facebook.
5. Gunakan satu bahasa.
Bahasa rasmi yang diterima pakai di kebanyakan sektor swasta Malaysia adalah Bahasa Inggeris. Sekiranya anda memohon untuk kerja kerajaan, sila gunakan resume Bahasa Melayu.
6. Gunakan format MS Word atau PDF.
Dua aplikasi ini adalah yang paling biasa digunakan.
7. Gunakan format font jenis 'Arial' (my recommendation )
Kajian telah membuktikan bahawa font jenis 'Arial' lebih nampak lebih profesional dan mudah dibaca. Pilihan kedua adalah 'Times New Roman'.
Jangan gunakan font yang nampak saja cantik tetapi mampu menjulingkan mata pembacanya.
8. Pilih saiz font yang sesuai.
Jangan gunakan saiz yang lebih kecil dari 10 points untuk body resume. Terbaik adalah saiz 11. Maksima 12 poin. Header boleh menggunakan font yang lebih besar: satu atau dua poin lebih besar dari body resume.
9. Jangan gunakan pelbagai format font dalam satu resume.
Kebudakkan sungguh (!) Pilih satu dan kekalkan untuk keseluruhan resume.
10. Highlight menggunakan format Boldface.
Menggunakan format 'bold' boleh menolong untuk menekankan elemen penting dalam resume dan menarik perhatian pembaca kepada perkara tersebut. Jangan pulak 'bold' sakan sampai hilang efek yang dikehendaki!
11. Gunakan Caps Lock dan format Underline untuk tajuk - tajuk sahaja.
Itupun dengan berpada. Jangan gunakan 'underline' untuk perkataan atau frasa dalam bodyresume. Elakkan sama sekali penggunaan 'Caps Lock' untuk body resume.
12. Elakkan penggunaan format Italic.
'Italic' biasanya digunakan dalam cetakan untuk menekankan perkataan atau frasa. Ia kurang sesuai digunakan untuk dokumen - dokumen profesional. Tetapi, sekiranya keseluruhan resume anda dalam bahasa Melayu, anda boleh menggunakan 'italic' untuk perkataan bahasa Inggeris, dan sebaliknya.
13. Gunakan margin.
Tinggalkan sekurang - kurangnya margin satu inci di muka atas, bawah dan untuk dua tepi. Margin yang sebegini memberikan rupa yang kemas kepada format resume anda.
Jangan gunakan border yang kurang dari setengah inci.
14. Gunakan format single-spacing untuk body, dan format double-spacing untuk perenggan dan tajuk.
15. Gunakan format bullets untuk highlight pencapaian.
Isi penting kerap tenggelam dalam format perenggan. Penggunaan 'bullets' menolong menyusun maklumat yang berkaitan dan menekankan kepentingannya. Jangan melebihi dari sepuluh 'bullets' untuk satu perenggan.
16. Hadkan panjang perenggan kepada tidak lebih dari 5 atau 6 baris.
17. Gunakan layout resume (style/design) yang nampak profesional.
Ada dua sebab. Pertama, format resume anda akan nampak berbeza dari yang lain. Jadi, menarik perhatian pembaca dengan sekali pandang.
Kedua, orang dah tak minat tengok resume ala biodata budak sekolah rendah.
18. Keep it simple .
Jangan cuba menggabungkan tiga atau empat format stail yang berbeza untuk satu resume. Pilih satu dan kekalkan untuk keseluruhan format resume.
19. Jangan gunakan font berwarna - warni (lebih dari satu warna).
Jangan!
20. Semak semula.
Baca resume anda seberapa banyak kali yang boleh. Anda boleh meminta bantuan orang lain untuk membaca dan menilai resume anda. Pastikan segala panduan resume telah anda patuhi termasuk penggunaan ejaan yang betul.
Anda tidak semestinya memenuhi kesemua 20 kriteria di atas untuk format resume. Mungkin ada yang tidak sesuai atau tidak memenuhi kehendak bidang anda. Contohnya, anda ingin memohon kerja kosong dalam bidang grafik. Anda boleh mengabaikan tips nombor 5, dan sebaliknya menggunakan aplikasi grafik untuk mempersembahkan resume anda dengan lebih baik. Secara tidak langsung, bakal majikan juga dapat melihat skil anda di situ. |
sumber: http://www.ambang-kerjaya-impian.com
nota kaki: ok?resume ktkorg ada kriteria di atas x?aku harap tip yang ada tok boleh tolong kitakorg utk pastikan resume dibaca oleh para majikan. (◕‿◕❀)
0 pekopon comel mengomel:
Post a Comment