Pernah putus cinta? camne rasa putus cinta? sakit nak? nangis sampe kembang bijik mata.. arum bulak alu rasa nak munuh dirik (mena tek) alu la pikey kenak la nasib aku rupa tok.. kenak la nya mbuang aku jaoh dari idup nya. aku tok sik layak ka nak dicintai? alu la nk post kat facebook.. twitter.. merapu2... tell me why? why? why? ok. enough.
jom kita diat, baca dan amalkan for those yang putus cinta.
(1) Dapatkan seseorang- Anda perlu ingat bahawa bukan seorang sahaja yang wujud didalam kehidupan anda. Setiap manusia mempunyai kumpulan atau komuniti yang tersendiri. Dekatkan diri anda bersama mereka, ini adalah untuk mengelakkan daripada anda mengingati kenangan silam. Seorang yang sedang putus cinta juga biasa berada didalam keadaan yang tidak stabil dan cuba elakkan daripada duduk berseorangan.
(2) Buang atau sorokkan sesuatu yang boleh membuatkan anda mengingati mereka kembali- Pendapat pakar psikologi menyatakan bahawa elemen objek atau tempat mampu mempengaruhi seseorang untuk mengingati kembali kenangan mereka. Sekiranya anda sedang menghadapi masalah putus cinta, sebaiknya cuba elakkan daripada terus menyimpan barangan atau pergi ke tempat yang berkaitan dengan bekas pasangan.
(3) Jangan terus melayan perasaan- Ini adalah kesalahan yang paling sering dilakukan oleh seseorang yang sedang putus cinta. Suatu kesedihan harus dilawan walaupun ia amat sukar. Sekiranya anda membiarkan diri anda terus dipengaruhi dengan perasaan sedih, risiko untuk anda melakukan sesuatu kerja yang tidak masuk akal adalah amat tinggi. Sebagai contoh, ketika anda sedih, tidak perlu anda mendengar lagu-lagu sedih untuk terus melayan perasaan anda.
(4) Dekatkan diri dengan agama- Pegangan agama adalah merupakan jalan terbaik untuk seseorang menenangkan jiwa mereka. Ia juga dapat membantu anda untuk melakukan pertimbangan dengan lebih waras. Tetapi bukan anda perlu mendekatkan diri dengan agama apabila anda putus cinta sahaja, sebaiknya setiap kali anda bernafas.
(5) Buka buku kehidupan yang baru- Anda juga perlu memandang sekiranya anda putus cinta dari sudut yang positif. Ini adalah merupakan peluang terbaik untuk anda menumpukan seratus peratus hanya pada diri anda sahaja. Cuba capai matlamat yang mungkin sebelum ini masih tidak tercapai atau cuba lakukan matlamat yang baru. Putus cinta bukan bermakna penghujung untuk kehidupan anda.
credit to: top5reason.com
nota kaki: putus cinta bukan berakhir kehidupan.. Allah sentiasa ada untuk kita.
0 pekopon comel mengomel:
Post a Comment