Sehari selepas
balik dari kursus, aku dapat panggilan temuduga untuk menghadiri kursus sijil
awal pendidikan kanak-kanak anjuran KEMAS. Sekiranya berjaya dan selesai kursus
ini, pihak KEMAS akan serapkan menjadi Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
S27 dan memegang jawatan guru taska.:)
Aku nak jadi guru
taska? Haha. Macam tak percaya minah garang ni sebenarnya mempunyai hati
selembut tisu.
Secara keseluruhan,
kelancaran temuduga ni aku boleh kata tak sistematik. Mengejut. Tak teratur.
Ada 2 Ujian untuk
dapatkan jawatan kat KEMAS ni.
1. Ujian Kecergasan
Korang
kena lari sebanyak 2.4 km. Biasanya korang kena pusing padang bola sebanyak 6
kali. Tapi disebabkan masa yang tak betul dan singkat, kiteorang disuruh pusing
3 kali sahaja. Masa aku dapat? Biar lah rahsia. HAHAHA.
2. Ujian Temuduga
Temuduga
la.. Haha.. Pergh..memang penat tunggu. Temuduga tu berlangsung selama 2 hari.
Hari pertama, lepas habiskan ujian kecergasan bersama sahabat aku, aku teman
kawan aku ni bergegas ke HQ dengan badan yang berpeluh terus tukar baju kurung
untuk temuduga sebab jadual temuduga dia pada hari yang sama dengan ujian
kecergasan. Punyalah lama tunggu dari pagi, rupa-rupanya petang baru kena
panggil temuduga.
Apa la salah kalau buat satu jadual bagitahu calon-calon masa
sebenar waktu dorang ditemuduga. Hari kedua, kawan aku pulak yang temankan aku
untuk pergi temuduga. Sampai ada staf tu tegur, baik betul korang ni boleh
teman pergi interview. Aku? Sengih je. Haha.
Apa yang ditanya
waktu temuduga?
Buat penat je
sehari sebelum temuduga aku belajar tentang NKRA, KEMAS, Dasar Ekonomi Baru dan
siap mintak ajar dengan bapak kawan aku apa lagu budak kecik dan hafal lagu
kanak-kanak kot-kot dia tanya. Tapi alkisahnya dia tanya macam ni je.
-
Perkenalkan
diri anda dan kenapa KEMAS harus memilih anda
-
Apa
yang anda faham tentang jawatan yang dipohon dan apa criteria yang ada.
-
Siapa
ADUN di kawasan anda?
-
Apa
pandangan anda tentang bajet 2013?
-
Dalam
bola jaring, anda bermain untuk posisi apa?
Itu je. Aku rasa
macam ai…sekejap je rasa interview ni. Penemuduga tu pun macam dah lemah je nak
tanya sebab waktu tu dah tengahari. Sebab dia dah lapar kot. Haha.
Keputusan nya akan
diketahui 29 Oktober ni. Harapan aku? Of course berharap aku dan kawan aku
dapat kursus ni. Amin.
ehh line dah elok aku BW korang ok???
16 pekopon comel mengomel:
Semoga ada berita yang gembira ye :) Aminn..
moga berjaya ye!
wahhh patutlahh dah lama tak nampak. ni dia rupenyer. hehe btw ganbatee :D
amin amin~
haii...lama x updet ye..
gd luck k..
hish... ada jugak ujian kecerdasan eh....penat jugak tu...
apa pun..gud luck ye momo
wah, bestnya jadi cikgu tadika. Semoga berjaya !
assalam momo..salam kenal..comel je gambar yang momo kongsikan disini,,suka acik tengok budak kecik tongkat dagu tengah berfikir kot..
eh lupa pulak..semoga berjaya dalam temuduga KEMAS.
good luck! masa 2008 dulu aku dapat yang neh jugak :) dapat sambung di maktab tunku bainun. tapi aku tak pergi. huhuhuhu
kalau dapat kerja kemas, agak agak pandai mengemas ke tak ek?
gud luck momo, lepas ni jd cikgu momo la kan..hehe
good luck
gud luck :)
aisehh maok jadi cikgu taska la tek..
hehe.
good luck ktk :)
waah, semoga berjaya, sy next week nii interview, nvesnye,emm. nk tnye ckit.interview tu cakap english ke melayu?
Post a Comment