Followers

Tuesday, October 16, 2012

Orang Kayong @ Hantu Bangkit


Orang Kayong @ Hantu Bangkit

Akibat entry yang aku publish semalam, ramai yang bertanyakan (ceh..padahal sorang dua je) orang kayong tu apa? Jadi tanpa malu raban nya hari ini aku nak ceritakan sedikit sejarah orang kayong. Bukan gayung untuk mandi tu ye…

thinking 

Hantu Bangkit @ Orang Kayong

Cuba tanya mereka yang berasal dari Sarawak, pasti pernah dengar orang kayong ni. Paling kurang, pasti akan pernah dengar sikit… atau tak langsung… =_= Orang kayong paling mudah aku definisikan  sebagai keturunan.

Meh sini..baca sikit sejarah orang kayong….

Tersebutlah kisah..pada zaman dahulu…di sebuah kampung ini. Ada sebatang pokok yang teramat lah besar sampai melindung matahari daripada mencerahi kampung tersebut.  Maka orang kampung ni pun berpakat la nak p tebang pokok tu.. tapi malangnya tak dapat. Tak kisah la guna kapak, guna tukul, guna ilmu, guna chainsaw pun tak boleh.


Pada percubaan yang ke-7, pokok tu tetiba bersuara

“KALAU KAU NAK AKU TUMBANG DAN MATI MENYEMBAH BUMI, SEMUA YANG MENEBANG AKU AKAN AKU SUMPAH SEBANYAK 7 KETURUNAN”

Dah macam kes mahsuri la pulak kan….

Dan akhirnya pokok itu berjaya ditumbangkan oleh beberapa orang pemuda yang buat tak endah je dengan sumpahan pokok tu..dan dari situ lah sumpahan itu bermula…………

Seram tak? Seram tak?

Nak tahu ke apa sumpahan dia?


Mereka disumpah apabila meninggal dunia, mereka ni akan bangkit semula selepas selamat dikebumikan dan akan kembali ke rumah mereka dan berlagak macam masih hidup. Biasanya dorang mintak makanan, ataupun dorang akan datang melawati orang yang mereka sayang (keluarga atau sahabat handai). Ha..siap tidur sekatil lagi tu kalau laki bini la..….  Lagi satu…dorang akan muncul pada mereka atau benda yang mereka suka. Dan ini berterusan selama 40 hari  ataupun 7 hari... lepas tu..dorang tak akan muncul lagi…

Ni pengalaman kawan kepada mak ngah aku yang merupakan keturunan kayong…

Anaknya meninggal dunia selepas kena penyakit demam panas…. Entah macam mana…dia nampak arwah anaknya berlari masuk ke rumah dan terus bermain dengan permainan kesukaannya… dan ini berterusan selama 7 hari.. sepanjang 7 hari tu jugak lah mak dia tido rumah mak ngah aku sebab tak berani masuk rumah tu sebab adanya bayangan budak tu dalam rumah tersebut… fuhhh……


Kat mana nak jumpa keturunan kayong ni?

Aku dengar keturunan ni banyak di kawasan Kampung Gersik, Kuching Sarawak.. Ala kawasan kampung-kampung dekat seberang waterfront tu……

Keturunan ni..kalau bercinta memang seorang yang sangat setia…sebab tu sampai mati pun dia still pergi jumpa lagi orang yang dia sayang.. dan keturunan ni tak boleh makan kedondong.. aku pun tak tahu pahal…

Keturunan ni betul-betul WUJUD! Sekali lagi aku tekan… WUJUD!!!!


Cuma kesahihan cerita dongeng ni tak dapat aku pastikan lagi…. Semua nya kuasa Allah S.A.W..

Dah..dah pasni tanye la partner korang…


Eh ko boleh makan kedondong ke????? 


Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

22 pekopon comel mengomel:

Anonymous said...

he he seram baca pagi2 ni

Budak Nakal said...

uik, main sumpah2 lak pokok tu ya^^

http://kozumiro.blogspot.com/

nursuriani said...

baru aku tau weh! huhuhu sib bek aku baca neh pagi2

pstt- weh! kau memang alert laaa aku selalu sebut cekodok jer hahahahah. kawan paling setia neh haha

Fatimah Nabila said...

amboi, nk try carik la pkwe keturunn tuh..he3..

Encik H said...

err..saya tak makan kedondong..orang kayong ke saya ni? :|

TiranaAduka said...

salam momo..

auw........!!!! seram sikit bagi TA..


Terima kasih kerana sudi singgah....

Izwa Kamaruddin said...

Ilmu baru ni!

Arina Shamsul said...

hehehe..allahualam..

dya nasir said...

dya mkn kedondong..hihih

are_lin@yu said...

tkt jgk dgr ni..mmg btl2 wjud eh..

NasQ said...

ooooo... baru tau ni...

Reena Sidek said...

dr zaman kecik dah dengar kisah bangkit tok... seram juak... ada yg kmk dengar daknya madah... ibu jari cucuk dgn jarum... sak nya sik pulang ngaco... ada juak kmk dengar... engkah brg yg paling di syg org ninggal ya tek kat luar rumah... mlm nya ngabas brgnya...

nur anis said...

erk..bagi saya, cerita-cerita hantu ni memang seram..nasib baik tak ot hari ni..huhu

p/s : kecik ye tempat komen? huhu..tak perasan la..thanks sebab tegur ye...

OKje said...

OOO... baru le tau istilah kayong tu apa ke mende...he...he...

Buah kedondong ....OKje pernah makan sedap jugakkan...!!

Unknown said...

Memang diaorang ade yer...

Unknown said...

pergh...memang menyeramkan la..

Afiqah said...

errr momo dah jadi paranormal hahaha

Pokok Manggis Depan Rumah said...

ada betul ni yea..huhuhu..

shar90 said...

seram seram... ni yg buat ketar lutut nih... hehee

Unknown said...

sera, kena sumpah.
blom penah dengar gk kisah kayong tok.
tp nice sharing bg kmk yg xtauk tuk :D
nama jak org sarawak.

Mia Liana said...

terus scroll ke bawah... heheheh takut nak baca di tengah2 malam macam ni.... huhuhu. esok pagi nanti baru baca..

ZieMarziah said...

oo ada jgk hantu mcm ni ye..memang x pernah tahu:)
buah kedondong!sedapnya...