Followers

Sunday, October 14, 2012

Aku Di Medan Perang...


5 hari yang lepas…

Aku sampai ke sebuah bangunan yang biasa ku jejaki. Misi hari ini..mengeluarkan cecair untuk dijadikan sampel. Sampel untuk uji kaji klon aku untuk misi misteri.


Aku langkah dengan kaki kanan. Ku angkat kening pada mereka yang memandangku. Ceh.. Dengan wajah confident.. aku masuk ke sebuah bilik. Ku lemparkan senyuman di celah cermin pada si baju putih sambil lambai-lambai kertas putih ada kotak-kotak hijau.

Ku lihat si baju putih diberi penerangan dan aku pun tercongok mendengar. Lantas dengan sengih-sengih suruh aku duduk. Sang senior ikat tangan aku dengan glove putih. Entah apa diterangkan kat si baju putih, aku pun tak tahu.

Disapu nya cecair yang menusuk hidung. Waktu sekolah aku suka cium bau tu. Kali ni, aku pulak yang kena sapu dengan benda alah tu.

Si baju putih minta ku genggam tangan sekuat hati.

“ Ah.. nampak yang warna hijau tu.. kat situ la dia” kata sang senior.

Ku toleh ke tempat lain. Dengan hati berdebar-debar..si baju putih menghunus sesuatu ke badan ku..


“ Aduh.. dah hilang la benda tu..macam mana ni? “ gelabah si baju putih.

Aku dah mula bergenang air mata menahan kesakitan. Pantas si senior minta aku gengam lagi sekali..dan kemudian dihunus kembali ke badanku..

Ya Allah.. selamatkan aku..

Cecair akhirnya berjaya keluar dari badanku.. pekat merah.ku kepit tangan kuat-kuat. Terasa denyutan kian menjalar. Nasib baik aku berjaya keluar dari medan peperangan.

Kini.. urat ku mula mengembang. dan mula membiru..:(

Bangang punya budak.

Pasal apa kau cucuk aku banyak kali???



Pengajaran nya: jauhi budak praktikal dari menghunus pedang ke arah kita. Terima kasih daun keladi.



Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

14 pekopon comel mengomel:

Anonymous said...

betul2 tu, KA pown seriau ngan budak2 trainee ni

MISS Z BERCELOTEH said...

ngeriii huhuuhuh

#pasal keychain tu, awak infom ja..tp kalau boleh b4 bulan disember takaut tak tetap kat ruamh..maklumlah cuti sekolah :)

Saya Disini said...

hehe

nursuriani said...

huhuhuu sungguh. mcm3 pernh jadi sbb dak2 praktikal. sib bek kau selamat lagi kan momo. hehehe

Nor Zilla Sensei said...

hehe..paling anti dgn budak trainee..xyakin dgn diorang

Afiqah said...

hahaha. ape lahh. ==' ke cucuk. bahaya ohh~~

OKje said...

Momo..... ambik darah ke? he...he... dramatik sungguh entri ni!!!

Unknown said...

hahahahha..sangat2 menakutkan bila budak2 praktikal yang buat kerja.hehehehehe..mendebarkan.

Aing said...

budak praktikal budak baru,kehkeh jngn pulak ko tusuk balik kan..hehe ngeri.

NasQ said...

jangan kata budak praktikal, yang dah kerja lama pun aku takut...

Unknown said...

tahan la sikit .. aiee. hehehe~~
kesian ktk tp kitak kena kuat k :)

Zam said...

Salam~ Zam dtg nak jemput tuan blog utk join satu segmen ni :)

http://zamani84.blogspot.com/2012/10/segmen-tambah-followers-laju-laju-by.html

Time2 free, boleh lah join k ;)

Chic Na said...

menakutkan je. huhuhu..

dilla.d said...

igt drama seram tadi hehehe