Followers

Monday, September 17, 2012

Selamat Hari Malaysia


# selamat hari Malaysia!! #

 

16 September.

Aku tau Hari Malaysia dah lepas dah tapi aku tetap jugak nak teruskan entri ni. Macam mana sambutan Hari Malaysia korang?

Adakah korang sambut dengan mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, berjimba bersama teman-teman ataupun duduk rumah tengok tv dan buat tak tahu sahaja? Ye la. Apa aku kisah. Hari Malaysia. Janji cuti umum. Tett… Memang ada yang berfikiran macam tu.

Hari Malaysia adalah hari merdeka untuk Sabah dan Sarawak. Hari di mana Sabah dan Sarawak secara rasmi bergabung bersama Tanah Melayu dan membentuk sebuah negara bernama Malaysia. Seingat aku, pada pemerintahan Perdana Menteri kita sekarang ni, YB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengumumkan agar Hari Malaysia disambut dan dijadikan cuti umum untuk seluruh negeri.  Sebab tu.. dalam banyak-banyak perdana menteri, aku sayang kat PM kita yang sekarang ni sebab aku perasan semenjak pemerintahannya, beliau banyak dedahkan tentang KEWUJUDAN Sabah dan Sarawak dalam Malaysia. Sekurang-kurangnya dengan adanya pendedahan ini, tak la orang seberang sana yang masih lagi berfikiran kolot nauzubillah ingat yang orang sabah dan Sarawak duduk atas pokok dah tu makan ulat. =_=


Sayangnya juga..ramai generasi muda kurang mengerti erti kemerdekaan yang sebenar. Mereka sambut merdeka. Tapi.. mereka faham ke apa yang mereka sambut? Adakah erti merdeka di fahaman mereka adalah berpesta bersama teman-teman, mabuk sampai pagi, check in di hotel bajet, sambut di kelab malam dan sebagainya? Bebas. Bebas untuk melakukan apa sahaja.


Aku sendiri mungkin kurang mengerti betapa perit dan seksanya orang zaman dahulu sewaktu negara kita ini masih lagi di tangan penjajah. Mak aku pernah cerita, yang ada orang kampung yang mati diseksa dengan perut terburai dek kekejaman tentera komunis. Ada yang mati kerana ingin mempertahankan negara hingga kepala dipenggal. Ditangkap dan diseksa untuk minum air sabun. Diseksa hingga cedera parah kemudian ditabur garam pada tempat yang cedera. Aku dengar pun ngeri. Apa yang kita buat, semua disekat. Sebab tu, pemimpin zaman dahulu bertungkus lumus untuk memerdekakan diri dan negara khususnya.. tapi malangnya hanya segilintir rakyat kita yang mengerti perit getir perjuangan yang dilakukan oleh rakyat zaman dahulu.
Kadang-kadang sedih sangat bila tengok berita kat tv, budak remaja sibuk kononnya nak perjuangkan hak masing-masing hingga sanggup nak belakangkan kerajaan dan pemimpin dan negara. Umur baru setahun jagung, entah paham ke tidak erti yang diperjuangkan pun aku tak tahu. Kalau kau nak kata aku ni bersifat ke arah kerajaan, korang silap. Tapi aku bercakap sebab aku sayangkan Malaysia.

Ingat senang ke nak tengok sesebuah negara yang ada rakyat berbilang kaum dan agama hidup bersama tanpa ada rusuhan/pergaduhan setiap waktu? Apa-apa perayaan kita sambut bersama, duduk pun tak adalah yang berpuak-puak. Satu perumahan. Satu sekolah. Ada yang siap boleh jadi bestfriend lagi. Ada yang boleh bertutur dalam bahasa yang berbeza. Seronok kan? Mungkin tak seronok la pada yang anti-perkauman tu. Haha.


Negara Malaysia memang kecik. Tak dapat nak lawan New York. Dubai. Yang ada bangunan pencakar langit. Tapi kita harus bangga sebab Malaysia juga adalah sebuah negara yang kian pesat membangun. Ada banyak tempat yang cantik, indah untuk dilawati. Ada tanah yang subur. Ada pantai yang cantik. Makanan yang pelbagai rasa dan yumyum sudah pasti sedap dimakan. Setiap hari, ada je pelancong dari luar negara yang akan datang ke Malaysia.


#oH tedah justin bieber.. makan nasi lemak sampai sikda sora#

Mungkin aku bukan pencinta setia barangan Malaysia. Lebih-lebih lagi drama/filem buatan Malaysia...Haha.. But still I am proud to be a Malaysian.  Walaupun kita yang muda ni dah dilahirkan di negara yang sudah merdeka, kita harus faham atau paling tidak pun cuba hargai pengorbanan nenek moyang kita yang bergadai nyawa agar kita dapat rasai kemudahan dan keselesaan yang kita rasai kini. Bukanlah dengan sambut ke tempat yang tak senonoh tu. Terkinja kinjut sana sini.. Tak ado faedah nya eh…

So..

Aku bangga menjadi anak Malaysia!!!!



Tak bangga? Kau tukar la warganegara ko tu..Dah tu jangan duduk Malaysia lagi. 






gambar: google

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

3 pekopon comel mengomel:

Mrs Velentine said...

ya..sa pun bangga jadi anak Malaysia..kalau tak bangga sila tukar warganegara....hehehe..cubit2 heartbeat

Saya Disini said...

selamat hari malaysia

ZieMarziah said...

selamat hari malaysia..sy bangga jadi anak malaysia!