Followers

Sunday, September 2, 2012

Dara

#idea sering muncul bila line tenet slow macam siput sedut#

Dara or in English we call it virgin.



Bila baca entry ni, tolong open minded sikit.

Dara ni aku rasa satu isu yang sangat-sangat sensitif untuk dikupas kepada kaum hawa yang belum berkahwin. (yang dah kawin lain cerita) Ye la. Tak kan kau, dia dan awak nak tanye makwe korang or perempuan itu dengan muka selamba badak sumbu macam ni

‘eh kau ade dara lagi ke?’

Mau tak nak kena pang lima bekas tangan kat muka yang bajet hensem or jambu tu.

Apa itu dara?

Mengikut bacaan aku, dara ni terletak di luar vagina yang juga merupakan lapisan nipis terdiri daripada sel-sel nipis menutupi lubang vagina si gadis yang belum melakukan hubungan intim.

JENIS-JENIS SELAPUT DARA #AKU PUN BARU TAU#

Jadi.. apabila si gadis itu melakukan hubungan tettt dengan suami buat kali pertama, maka daranya akan pecah. Pecah sampai mengalir-ngalir keluar darah.. mencurah-curah. pergh..

aku tipu. Darah yang keluar tu, sedikit je. Semakin nipis selaput dara seseorang gadis tu, semakin sikit la darah yang keluar sampai ada yang tak nampak.  Kira selaput dara ni sangat nipis dan sangat sensitive dan risiko untuk terkoyak tu amat tinggi walaupun tanpa melakukan hubungan intim.

Ada jenis selaput dara yang tebal yang tidak akan pecah walaupun selepas malam pertama. Percaya tak? Ok. Itu aku dengar dan baca dari pengalaman dan pendapat orang.

Macam mana dara boleh pecah?

Sebenarnya dara ni pecah bukan sebab melakukan hubungan intim je. Ada banyak lagi sebab yang membuatkan dara pecah.. contohnya kalau korang melakukan aktiviti yang lasak, menunggang basikal or motosikal, berlari, mendaki gunung dan macam-macam lagi aktiviti lasak yang lain.

Lagi.. percayalah.. ada perempuan yang dilahirkan tanpa selaput dara. Jadi.. jangan mengandai sebarang je tentang perempuan. Ye?

Cara nak tahu perempuan tu ada dara atau tidak


Melalui pendengaran, cerita dongeng.. aku banyak dengar benda yang tak masuk dek akal. Cara nak tahu perempuan tu ada dara lagi ke tak.

Contohnya:

Jalan kangkang
Bila guna seluar jeans, tak nampak bentuk ‘v’ di bahagian bawah dia tu.
Siku hitam
Tapak tangan pucat
Dahi ada kerut
Bahagian bawah tumit pucat
Tekan kuku pada jari tapi warna merah tu lambat nak naik.
Hidung warna merah pucat
Breast dan punggung yang agak kendur
Bahagian bibir nya agak retak seolah-olah terbahagi dua


Terpulang kepada korang nak percaya benda ni 100% atau tidak. Bila aku tanya budak lelaki pun, none of them yang boleh bagi specific answer for my question. Some of them tak tahu pun. For me, it is like bullshit!! Bila seseorang itu ade tanda-tanda seperti yang disebut, mean dia memang tak ada dara la walaupun dirinya tak pernah disentuh lelaki.

Sebab tu.. Allah suruh kita orang perempuan ni jaga penampilan. Jangan pakai benda yang mendedahkan aurat kalau nak elakkan diri untuk difitnah macam kes di atas.. Simple. Allah suruh tutup aurat je. Bukan selubung satu badan.


Perasan tak, kalau di negara barat, dara ni adalah sesuatu yang perlu dipecahkan dan kalau tak pecah, mereka akan rasa malu. Ok. No komen for that one. Sukati mereka la nak buat apa. Aku tak nak masuk campur.

Negara kita? Orang melayu?

Seawal usia 13 tahun, mereka dah berani melakukan adegan panas itu. Dan of course mereka sudah tiada dara. Ok. Nak salahkan sapa sekarang? Parent? Gelombang internet yang makin berleluasa? Kawalan yang kurang atau apa??

Perempuan yang tiada dara tidak layak untuk dikahwini.


Setiap manusia tidak pernah lepas daripada melakukan kesalahan. Tidak kisah kesalahan itu akan hilang atau akan kekal buat selamanya. Cuma aku tak berapa faham kenapa perlu nak menghukum manusia atas kesilapan lampaunya? Apa mereka tidak layak diberi peluang kedua untuk hidup seperti manusia lain?

‘kalau aku, aku nak kahwin dengan perempuan dara la. Baru fresh. Bergetah’

‘tak nak la kahwin dengan perempuan second hand. Entah berapa mamat dah dia pernah tidur’

‘aku lebih suka perempuan dara. Baik. Suci. Bersih.’

Yup. Aku tak nafikan perempuan baik untuk lelaki yang baik. Perempuan sebaliknya, adalah untuk lelaki setanding dengannya. I bet, banyak lelaki yang kat luar sana nak perempuan yang suci dan tak pernah disentuh oleh lelaki lain kan? Yala, sapa nak pakai bekas sisa orang kan?

Tapi.. satu soalan..aku nak tanya kat kaum adam yang terlalu memilih sangat tu.

Kau tu teruna ke?

Perlu ke nak bagitahu kalau aku tiada dara lagi kepada bakal suami ku?


Nak bagitahu atau senyap kan diri sahaja? Bila kita nak hidup bersama, perlu ada kejujuran dan kepercayaan pada pasangan. Kalau korang rasa bila bagitahu akan mengeruhkan keadaan, mungkin lebih baik senyapkan diri dan pretend nothing is happen. Tapi aku tak jamin ape akan terjadi pada masa akan datang. But.. if korang rasa korang perlu bagitahu, yes. Just tell them. Jika dia seorang yang baik dan ditakdirkan untuk kamu, aku pasti dia akan menerima setiap baik buruk diri kamu. Mungkin ada risiko disebaliknya.. dan bersedialah.

Jadi.. gadis-gadis di luar sana termasuk aku sendiri.. renung-renungkan ayat dibawah ni..


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah



AKU MASIH DARA




Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

12 pekopon comel mengomel:

dya nasir said...

thanks for sharing..dya pun baru tahu

Unknown said...

"Dahi ada kerut" erkkk biar btol nie? atau ada meaning lain? mun sik salah semoa org ada kerut kat dahi nak ... hehehe
ye kan .. org laki tek mok pompuan nok virgin jak tp sidak ya teruna ka sik, sik sedar dirik mpun !

NasQ said...

kalau ada bonus...kalau tak ada baik jangan tanya... takut terluka hati dan perasaan je...

NasQ said...

kalau ada bonus...kalau tak ada baik jangan tanya... takut terluka hati dan perasaan je...

BERT said...

tq cik momo... baru le tau info pasal dara ni hehehe

mujagirl92 said...

tak yah la bagitau walaupun bakal suami atau suami kcuali bila ditanya,,, perlu jujur.

Anonymous said...

wah . baru tahu nih ~ tq3

Unknown said...

ada dara ke tak da ke, kalau Allah da tentukan jalan hidupnya dengan jln yg lebih baik selepas perbuatan lampau.....daripada dia tuu baik sangat2...and tak nampak pn dosa dia sndiri lakukan...dan tak bertaubat, then yang tuu lagi teruk lagi daripada orang yang melakukan kejahatan apabila dia menyedarinya, dia bertaubat....=)

Afiqah said...

woww thanks kwn. :D baru tahuu~~ arigatouu~~

onlajer said...

kalau perut kedepan itu dikira juga tak he

bb said...

:) good info..memang setuju sangat Momo's Views :)

Aisha Ali said...

xperlu bgtau.dlm islam,kite xboleh buka aib sndiri sdgkan Allah tdk mmbuka aib kita. :-)