Followers

Monday, September 17, 2012

Cinta Jarak Jauh

#ecjj – e-cinta jarak jauh#

Ni antara soalan-soalan yang selalu orang sumbangkan kat aku bila bercakap tentang cinta jarak jauh ni. Mungkin berguna untuk mereka yang sedang atau akan menjalani hubungan yg sama. 

Kenapa pilih si dia yang jauh di mata?




Dah jodoh  terjatuh hati dengan orang yang jauh dari kita. Nak buat macam mana? Kau boleh ke tanya tuhan siapa jodoh kau?

Tak rindu ke?

Gila tak rindu?? Tapi kalau nangis air mata darah sekalipun, bukan nya malam tu jugak kita dapat jumpa dia. Lain la kalau ada pintu sukati doraemon tu. Jadi, sabar tu harus ada. Kalau rindu kita msj, kita call. Ada masa free, kita ym. Kita skype. Manfaatla teknologi sebaiknya.



Cari yang lain? Dalam erti kata lain, curang.

Bila kita sayangkan seseorang.. curang tu tak akan ada dalam kamus perhubungan. 



Tak jeles tengok couple depan mata?

Jeles. Tapi hidup kena cool. Kena chill. Pasrah je la. Elok apa hubungan jarak jauh. Maksiat pun dapat dielakkan. Tak gitu?

Macam mana nak sambut hari istimewa bersama?




Kalau berduit, jumpa la dengan si dia dan raikan hari bersama. Kalau kurang berduit, memadai la dengan kiriman sesuatu yang istimewa. Buatlah sesuatu yang kamu buat sendiri. Buat surprise. Lagi depa suka.



Kalau dia hilang macam mana?




Itu la gunanya kena ada nombor sahabat atau keluarga si dia terdekat. In case apa-apa terjadi, kita tau nak buat apa. Yela.. dh nama jauh, nak jumpa payah. Tapi..kalau dia hilang selepas 24 jam, boleh la telefon ke balai polis.

Percaya ke kat dia?

Kalau kita betul-betul percayakan dia, jadi istilah ragu-ragu tu tak perlu ada. Lain lah kalau si dia tu kaki kelentong. Tu..memang..patut ditinggalkan.


Sunyi?

 

Tak dinafikan memang sunyi. Yela.. bila nak makan, tak ada orang nak makan bersama. Bila nak kua, tak ada yang temankan kita. Tapi.. masa-masa tu kalau boleh habiskan lah dengan famili.kawan-kawan. Ala..macam tak ada pakwe/makwe ko tak boleh hidup??

Gaduh?


Sedangkan lidah lagi tergigit.. Biasalah kalau sesebuah hubungan tu kalau tak ada pergaduhan. Tak thrill la. Haha. Tapi.. seboleh-boleh nya jangan melampau sangat gaduhnya. Aku pun gaduh kalau boleh nak gusti sekali..tapi sayang jauh.. Cuma ingat je.. korang jauh. Hargai la masa yang singkat tu. Jangan merajuk lama sangat yeeeeeeeeee…. Nanti pakwe/makwe korang carik lain, putihlah mata ko.

Istimewa hubungan ini?



Hanya yang sedang menjalinkan hubungan ini akan dapat merasa manisnya hubungan ini saat mereka berjumpa. Kalau boleh korang nak spend masa betul-betul dengan si dia. Sebab korang lebih memahami dan menghargai detik-detik bersama berbanding mereka yang sering berjumpa. Sweet. Sweet sangat.

Kesimpulan: 3 Perkara Kena Ada dalam Hubungan Cinta Jarak Jauh?


Kalau nak hubungan jarak jauh kau berjaya. Simple. Kena ada 3 benda je.

Kepercayaan. Kesetiaan. Kejujuran.

Ada 3 ni.. mesti lepas la hubungan korang. selebihnya, kita berdoalah pada Allah yang satu. Semoga dia lah yang tercipta untuk kita.


Kepada mereka yang tengah jalinkan hubungan cinta jarak jauh ini.. aku ucapkan selamat berjaya. Bon voyage.. Haha.




Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

7 pekopon comel mengomel:

Unknown said...

ehemm gua terasa sebentar .. :P
betol3 setuju ngan ktk. cinta jarak jauh xsemestinya xbahagia kan even kita berjauhan. mun cuti pat juak jumpa .. ktk mpun Bf duduk sini koh? :D

"Hanya yang sedang menjalinkan hubungan ini akan dapat merasa manisnya hubungan ini saat mereka berjumpa. Kalau boleh korang nak spend masa betul-betul dengan si dia. Sebab korang lebih memahami dan menghargai detik-detik bersama berbanding mereka yang sering berjumpa. Sweet. Sweet sangat."

Unknown said...

yang paling saya setuju, dapat elakkan maksiat. betul sangat tu. yelah. kita ni manusia biasa.. kadang2 nafsu tu tak dapat dikawal.. memang saya setuju sangat dengan statement tu. dan lagi satu, perlu kesabaran yang sangat tinggi. kesabaran dan kesetiaan..

p/s : blog awak tak berat..hehe

Ayue Rejaluddin said...

Nice info....
Tapi AJ memang selalu elak Cinta Jarak jauh ni..... =D
Selalu pun dapat orang dekat je..
hehehehe...

Everything's Everythings said...

with you is where I'd rather be, but we're stuck where we are & its so hard, you're so far..
this long distance is killing me

haha teringat lagu bruno mars sebentar xD
tapi dlm konteks islam long distance is better, kalau sebelum kahwin la.. kalau sudah kahwin tu long distance msti sgt menyedihkan xD

ZieMarziah said...

distance love sangat manis sebenarnya..bagus utk yg belum berkahwin n bagus jg utk yg sudah bekahwin.semua 2 boleh matangkan kita dalam melayari sesebuah hubungan.trust me..sbb sy pun pernah lalui semua ni,lepas kawen pun still jauh.tp skrg dah dekat la:)

Mrs Velentine said...

akak dlu ct kat sms jer...

Unknown said...

klu aku mmg x bole la cinta jarak jauh ni..huhu