Dalam kita tengah seronok-seronok beraya ni, janganlah sesekali korang lupa pada mereka yang telah pun pergi meninggalkan dunia ini..
Sedih kan rasanya bila tak dapat menyambut hari raya bersama orang-orang yang paling kita sayang kat dunia ni...
Setiap kali hari raya menjelma.. jauh di sudut hati ni, aku rasa sedih sangat.. mungkin kah raya akan datang aku akan bersama semua ahli keluargaku.. atau mungkin kah raya ini raya terakhir untuk aku? Kita tak tahu kan bila malaikat maut datang menjemput kita?
Kenapa aku tetiba emo?
Sehari sebelum menjelang hari raya.. aku dikejutkan dengan berita salah seorang anak kakitangan dekat pejabat aku ni dilanggar kereta. Keadaan pulak kritikal. Yang sadisnya.. budak tu kecik lagi. Umur baru je 6 tahun. Digilis oleh kereta 2 kali. Dengar cerita jantung dan ginjal dah teruk. dah tu hatinya pulak hampir pecah. Sekarang ni, budak kecik tu masih lagi ditahan di icu. Kata doktor, budak tu hanya ada peluang yang sangat tipis untuk hidup. Memang bodoh la budak bawah umur yang pergi langgar budak kecik tu. bangang!
Baru je tadi.. aku dikejutkan lagi dengan berita kematian ayah salah seorang kawan aku di pejabat ni jugak. Sapa tak sedih bila ayah dorang pergi buat selamanya meninggalkan korang? lebih-lebih lagi hari raya. kalau tak sedih, memang penipu tahap gaban ah korang tu. kalau aku di tempatnya, tak tahu la apa aku rasa dan akan buat.
Jadi..korang-korang sekalian.. yang masih lagi ada ibu ada bapa.. hargailah masa yang korang ada bersama mereka sebaiknya.
kepada dia.. kmk harap ktk bersabar dan harap ktk tabah menghadapi segala ujian yang Allah berik dekat ktk nektok. hopefully.. ingat jak Allah sayang kita. sebab ya nya selalu uji kita dengan macam2 dugaan. be strong. pray. doa. keep on smiling. teruskan hidup bersama mereka yang masih ada dengan kita.
13 pekopon comel mengomel:
hmm , apa2 pun.. kita kena hargai semasa mereka ada...
tapi biasanya manusia , bila kehilangan baru terasa semua tuh.. err.. -.-
Takziah buat kawan ktk .. :/
dalam gembira ada duka.. kita gembira tapi kena beringat kat orang yang hadapai kehilangan..
p/s : oh! sama ye? kan ada 7 muka yang sama kat dunia ni :)
Semoga kita semua sentiasa menjadi insan yang sentiasa bersyukur & redha dengan kehendakNYA..
Al-Fatihah dan takziah buat keluarga arwah,nyawa bila2 masa boleh diambil..
erm hanya Dia yg tahu apa akan jadi pada hari esok kan..muhasabah diri
al-fatihah dan salam takziah dr kmk...
;'(
slm takziah buat mereka.. ayah sy pon dah lama takde tsk! :(
sentiasa beringat-ingat. tak semestinya kita yang muda tak kan kembali kepadanya. juga hargailah orang di sekeliling ketika mereka masih bersama kita. alfatihah
salam tahziah dari sue pelik
emm..siapa tahu,esok lusa kita pula..
ajal maut ditangan Tuhan .. semoga kita tok dijauhkan dari semua benda yg sik bagus.
orang yg dah pergi sentiasa mnggu doa dari yg msih hidup.. =)
=( terima kasih...
Sedih kan tiap kali nak tinggalkan Ramadhan & Syawal..mesti terdetik d hati klu kta sempat or tak utk bertemu rmdn & syawal pd akan dtg..Sentiasa berdoa, InshaAllah Tuhan berikan kta kesempatan..InshaAllah..
Takziah utk keluarga mangsa..Sedih sangat:(
Post a Comment