Followers

Thursday, December 15, 2011

Uji Personaliti

deAr Bloggers...



JOM CUBA TEST PERSONALITI ^^^^



Keputusan ujian personaliti ini agak tepat dengan personaliti diri anda. Cubalah sendiri! 

Terlebih dahulu, ambil sekeping kertas untuk menulis jawapan anda. Analisis jawapan ada di bahagian bawah. Untuk keputusan yang baik, ambil ujian terlebih dahulu baru baca analisisnya. 


Situasi:

Bayangkan anda sedang berjalan di dalam hutan belantara, anda ternampak sebuah pondok…

Soalan 1:
Bagaimanakah keadaan pintu tersebut…?
(Terbuka / Tertutup)

Anda memasuki pondok tersebut dan nampak sebuah meja…

Soalan 2:
Apakah bentuk meja itu?
(Bulat / Oval / Segiempat tepat / Segiempat / Segitiga)

Di atas meja itu ada pasu bunga…

Soalan 3:
Banyak manakah isi air yang ada dalam pasu bunga itu?
(Penuh / Separuh / Kosong)

Soalan 4:
Pasu itu dibuat daripada apa?
[(kaca / porcelain / tanah liat )( logam / plastik / kayu)]

Anda keluar dari pondok itu dan ternampak air terjun dari kejauhan….

Soalan 5:
Berapa lajukah air terjun
(pilih julat jawapan 0 hingga 10)

Kemudian anda terpijak di atas sesuatu benda yang keras, anda lihat ke bawah dan terlihat kilatan warna keemasan rantai kunci bersama anak kunci.

Soalan 6:
Berapa banuakkah bilangan kuci yang ada?
(pilih julat jawapan 0 hingga 10)

Anda meneruskan perjalanan. Tiba-tiba ternampak sebuah istana….

Soalan 7:
Apakah keadaan istana itu?
( Lama / Baru)

Anda memasuki istana itu dan ternampak sebuah kolam yang mengandungi air kotor dan terdapat permata-permata yang berkilau terapung di atasnya…

Soalan 8:
Adakah anda akan mengambil permata itu?
(Ya / Tidak)

Sebelah kolam yang kotor itu terdapat sebuah lagi kolam dengan air yang bersih dan terdapat banyak wang terapung di atasnya...

Soalan 9:
Adakah anda akan mengambil wang itu?
(Ya / Tidak)

Anda berjalan mengelilingi istana itu hingga ke jalan keluar. Anda keluar dari istana itu dan masuk ke dalam sebuah taman yang luas. Anda ternampak sebuah kotak di atas tanah.

Soalan 10:
Apakah saiz kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)

Soalan 11:
Kotak itu diperbuat daripada apa?
( cardboard / kertas / kayu / logam)

Tidak jauh dari situ terdapat sebuah jambatan.

Soalan 12:
Jambatan itu diperbuat daripada apa?
( logam / kayu/ rotan)

Diseberang jambatan ada seekor kuda

Soalan 13:
Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam)

Soalan 14:
Apa kuda itu lakukan?
( tidak berbuat apa-apa / makan rumput / berlari)

Tiba-tiba datang angina puting beliung.. Anda ada 3 pilihan:
(i) lari dan masuk bersembunyi di dalam kotak?
(ii) lari dan masuk bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari dan menaiki kuda keluar dari situ?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini adalah analisa kepada jawapan anda
:
(1) Pintu:
Terbuka - anda bersedia berkongsi apa saja cerita kehidupan anda
Tertutup - anda lebih senang menyimpan cerita-cerita anda di dalam hati

(2) Meja:
Bulat/oval – Anda mudah percaya sepenuhnya kepada mana-mana kawan anda
Segiempat tepat / segiempat – Anda seoerang yang memilih kawan dan keluar dengan kawan-kawan yang skepala sahaja
Segitiga – Anda seorang yang cerewet tenatng berkawan… anda tidak mempunyai ramai kawan dalam hidup

(3) Air dalam pasu:
Kosong – Hidup anda tidak terisi
Separuh – Apa yang anda mahu dalam hidup sudah separuh penuh
Penuh - Apa yang anda mahu dalam hidup sudah tercapai

(4) Bahan pasu:
kaca/tanah liat/porcelain – anda seorang yang lemah dan sensitif
logam / plastik / kayu – anda kuat dalam mengharungi cabaran dalam kehidupan

(5) Kelajuan air terjun:
0 – tiada keinginan seks
1 to 4 - keinginan seks yang rendah
5 - keinginan seks yang sederhana
6 to 9 - keinginan seks yang tinggi
10 - keinginan seksual yang sangat tinggi

(6) Kuci:
1 – hanya ada 1 kawan baik
2 to 5 – ada beberapa orang kawan baik
6 to 10 – ada ramai kawan baik

(7) Istana:
Lama – hubungan terakhir anda dengan seseorang tidak begitu baik dan tidak meninggalkan kenangan indah.
Baru - hubungan terakhir anda dengan seseorang adalah baik dan masih segar dalam hati

(8) Permata di dalam kolam kotor:
Ya – bila pasangan anda ada di samping anda, anda masih memikat orang lain.
Tidak - bila pasangan anda ada di samping anda, anda hanya bersama dengannya.

(9) Wang di dalam kolam bersih:
Ya – walaupun pasanagn anda tiada di samping anda, anda masih memikat orang lain
Tidak - walaupun pasanagn anda tiada di samping anda, anda akan sentiasa memikirkannya dan setia.

(10) Saiz kotak:
kecil – ego yang rendah
sederhana – ego yang sederhana
besar – ego yang tinggi

(11) Bahan kotak:
cardboard/kertas/kayu(tidak berkilat) – personaliti yang rendah diri
logam – berbangga dengan diri sendiri

(12) bahan jambatan:
logam – ikatan yang kuat dengan kawan-kawan
kayu - ikatan yang sederhana dengan kawan-kawan
rotan - tidak begitu rasi dengan kawan-kawan

(13) Warna kuda:
putih – pasangan anda tulus di hati anda.
kelabu/ coklat – pasangan anda sederhana sahaja di hati anda.
hitam – pasangan anda tidak begitu sempurna di hati anda, ada saja perkara yang menyakitkan hati.

(14) Kelakuan kuda:
tidak berbuat apa-apa/ makan rumput – pasangan anda seorang yang suka duduk di rumah dan begitu rendah diri
berlari – pasangan anda adalah seorang yang liar.

Kiasan:
putting beliung – maslaah dalam hidup
kotak - anda
jambata – kawan-kawn anda
kuda – pasanagan anda

(i) jika anda pilih kotak, anda seorang yang suka memendam dan menyelesaikan masalah anda sendiri
(ii) jika anda pilih jambatan, anda akan berjumpa kawan-kawan untuk menyelsaikan masalah
(iii) jika anda pilih kuda, anda mencari pasangan anda untuk menyelesaikan masalah





** camne tek? betoi x di jawab takorg... depend pada individu utk mempercayainya.. =p plus..it just for fun guys... lol!!!=p




:::::::thanks bloggers::::::::::::::

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Thursday, December 8, 2011

Petanda Dia Jodoh Kita

Dear Bloggers.... ^^

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
-Artikel iluvislam.com-

::::::::::::::::::::::::thanks bloggers:::::::::::::::::::::::::

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur