Followers

Tuesday, September 16, 2014

waiting and come back

assalammualaikum and hai..


it's been so long that i not posting to this old dusting rusting blog. so much things happen lately. and since that, i just do not know where i should myself with. and yes, active again in the blog is the only reason i can forget what happen to me today.


im falling into pieces. like glasses breaking up to pieces.


what i should suppose to do?


jika dia jodoh awak, dia akan datang balik.

tuhan akan temukan awak dengan jodoh awak jika dia tahu awak bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami/isteri.

jodoh tak datang kalau tak dicari.

fed up!

seriously. fed up. 

"eh, ko dah ada keja, bila gik ko mok nikah? boh nunggu lamak gilak bah?" 

klise.

i love so much. from bottom of my heart. till then, you just using me. for what? damn you! i should not trust you from the beginning. from the day that i started to fall in love with you. stupid me.

but still.. i cant forget about you. not even a second. what on earth that you give it to me??

till then.. i still... i still waiting for you answering my call.



love me.



Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Wednesday, July 24, 2013

To You :) I Suppose..

O___O

It is so frustating knowing it.. 
Made me..
Keep wondering..
what..how..when..
so lucky of her...
ooooo... i wonder if someday we could ever met..
just like in my dream..
even if it only for a moment..
and even though.. 
I know it will not ever going to happen..

Nay... 
I pray the best for both of you..:)
Happy 16th of Ramadhan..
and to you..:) (as if you read it.. if... ONLY)




sorry.english terabor. OME!!!

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Monday, March 18, 2013

Dilema


Dilema..


Guna lesen orang @ dapatkan lesen sendiri?

Aku tak sangka pulak membeli sebijik kereta yang ribuan meluncur di jalanan hampir setiap hari memerlukan dokumen-dokumen dan syarat yang melecehkan.

ohh damn!!

aku ingatkan...membeli kereta umpama membeli sebijik henpon?

ohh snap!!

sekarang kepala aku pusing seribu kali pusing...


pelbagai cadangan, masalah, cara mengatasi aku hadap hingga tak sanggup ku ukir senyuman palsu ku ini...

apa patut aku lakukan?

save the money and buy the car later.. meanwhile i HAVE TO A DRIVING LICENCE.

atau........

beli sahaja kereta meskipun rumit di atas lesen org lain?

apa kebaikan? apa keburukan?

aku need a car. i need to move around sebab aku tak sanggup nak tebalkan muka dok tumpang kereta org setiap kali kena kerja luar. tuntutan kerja aku menyebabkan aku kena jugak ada binatang beroda 4 ni..tapi..........

damn...

what should i do?



Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Thursday, March 14, 2013

Kenangan Sekolah 1


sapa pernah buat dekat sekolah? hehehe...






** Aku ketok, kau madah ngan cikgu k? - Aku ketuk, kau cakap dengan cikgu k?

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Tuesday, March 5, 2013

Malaysia Terancam?

Assalammualaikum...


Sudah hampir sebulan kumpulan penceroboh menawan suku daripada Lahad Datu, sekarang sukahati mak bapak kau je nak tuntut SARAWAK dari Malaysia.

Who the hell are you to claim Sarawak is under the Kesultanan of Sulu????

Fxxk of it...

Setahu dan sefaham-faham aku, asalnya negeri sarawak adalah milik Brunei Darussalam.  Tetapi disebabkan sebahagian dari negeri Sarawak diserahkan kepada pemerintahan penjajah British sebelum kemerdekaan maka wujudlah negeri Sarawak. Jadi tak hairan lah bila negara Brunei berada di tengah-tengah antara Miri dan Limbang (If I not mistaken, but Brunei is between of them)

Berikut adalah petikan daripada Sulu Claims Spread To Sarawak


Aku tak mau komen panjang sebab terlalu banyak isu sensitif bermain di kepala otak aku. I am a Muslim. I am a Malay. I am Sarawakian. dan aku bangga menjadi rakyat Malaysia.

Aku mendoakan pejuang-pejuang kita yang kini sedang bergadai nyawa mempertahankan tanah air tercinta akan kembali dengan selamat. Insyaallah.

Semoga Sabah dan Sarawak selamat daripada ancaman penceroboh yang tak sedar dunia ni. sekian.. terima kasih.





Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Thursday, February 28, 2013

Birthday Prank!

Otak mati. Hati beku.

Tadaaaaaaaaaaaaaa....



wondering if i could this to my lil sister ...hahahaha


Boleh lah cuba di rumah.


Sekian. Terima kasih.

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Wednesday, February 27, 2013

What To Do?

Assalammualaikum...

Kusut! Masam!

Nak diluah mati mak, nak ditelan mati bapak..

Damn!!

Seriously.. aku ingatkan bila dapat kerja everything will go perfectly fine.. but.. yes.. this will happen.. 

and.. so.. kenapalah aku berikan jiwa pada si dia nun jauh di seberang laut china selatan.. and now... 

aku tak tahu kepada siapa aku harus mengadu..kepada siapa aku harus berbicara...

believe me..long distance relationship sangat sangat mencabar akal pemikiran dan juga nafsu.. lebih2 lagi jika si dia dan kita bukanlah lahir dari negeri yang sama. dan alkisahnya aku seorang perempuan...

Kahwin?

Satu keperluan ke?

Membawa diri jauh ke seberang laut dan memulakan hidup berkeluarga di sana? Never think of it. 

Yes. bercinta untuk married. 

dah married, kenalah ikut suami. 

Tapi aku?

I have to leave all the responsibility that i had here, leaving behind my family in their old days...  because to me the older we are, the less time we had with our mom and dad. Lagikan pula aku anak sulung.. tanggungjawab aku sangat-sangat besar untuk menjaga mak dan bapak and also besarkan satu-satunya adik yang aku ada kat dunia ni.

bukannya aku tak suka cara hidup di sana, semuanya baik cuma hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

dan si dia... umpama tak mahu bagi give and take pada aku.

rule is rule.

Wife must follow husband.

My work?

Transfer kat sana. Wah... dengan job yang memerlukan aku fasih dalam berbahasa keadaan sekitar, and yet he ask me to transfer there???

what should i do?




Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Monday, February 18, 2013

Dera Budak

Assalammualaikum anak-anak..


Selamat malam aku ucapkan kepada hadirin dan hadiran yang sudi menjejakkan kaki ke blog usang lagi tak berpenghuni ini.

Tajuk kita pada hari ini adalah terlalu sinonim. Rujuk sahaja kepada pakcik Google maka terteralah satu kisah hangat yang hangat di berita 2 hari yang lepas.


Dipendekkan cerita....

mak aku yang penuh emosi marah-marah tengok berita. (sambil pegang berus gigi). Maka...lantas mak aku memulakan mukadimah nya..

" Kau jaga miak ya iboh nak manas-manas.. Jaga anak orang macam jaga anak sendiri..." ceramah mak aku panjang lebarnya..

Maka lantas aku menjawab
" Iboh bingong mak.. Kamek GTM mak..."

Lalu mak aku kehairanan dan bertanya


" Apo namo binatang nama GTM ya?"

Aku tersengih..minum secawan teh di atas meja dan berkata..
"GREAT TEACHER MOMO"

Lantas perbualan kami mati dan mak aku segera ke bilik mandi untuk menyambung memberus gigi.. 

HEHEHE....


Menurut berita, orang gaji itu dikatakan mengalami masalah jiwa. Macam mana la ejen berdaftar senang-senang je lepaskan orang bermasalah macam tu jadi orang gaji. Dan bayi tersebut juga dikatakan mengalami kecederaan dalaman akibat dilambung oleh that MAD NANNY.

Marilah kita bersama-sama mendoakan MAD NANNY mendapat rawatan pemulihan dan berharap bayi bambam itu pulih seperti sediakala. AMIN..



Entry HARI INI SANGAT BORING................... sekian terima kasih.





Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Thursday, February 14, 2013

Gosip Bagan


jadi retis memang tak best.


sana sini orang hangat bercerita tentang kita. even kau pakai baju warna apa pun orang kecoh bagai esok nak terima BRIM 2.0 (apa kaitan?)

Aku tak mengikut sangat perjalanan gosip sakan retis ni tapi kisah mereka yang asyik keluar kebelakangan ni buat aku...
.
.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.
.


bukak paper.. dia

bukak fb..engkau lagi..

bukak twitter...ohhh dafuq??

baca blog..tercongol lagi kisah mereka..

youtube.. THEM AGAIN..

ohh pliz... they are human being. yes. i know they are public figure but can you please give them privacy??

and to them... tak payah la nak tunjuk public sangat kisah korang tu... dah tau korang tu public figure, buat hal pun senyap2 sudah.. orang pun tak bising sana sini.. (termasuk aku)

kisah cinta aku dengan .....


Kau tak nak gosip ke???

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Kanak-Kanak

Konbawa tomodachi

Anata genki desu ka?

Momo genki desu...:)

genki watashi sepak terajanghi anata sepatah harampa tak pahamta...

abaikan kemerapuan ini....

Yerrr... begini lah nasib seorang dewasa yang mengalami tekanan emosi kanak-kanak yang melampau-lampau..

Seronok jadi budak-budak.. ekau tak pelu nak pikir utk carik.... 


Lu duduk rumah pun confirm parent lu bagi lu...


Hang tak perlu nak amek taw tentang...


Kau mintak apa-apa jak tauk...


Most of all... you never ever need to think about....


and also....


kita berkawan.. we fight... kau nangis.. and shout... aku tak kawan dengan kau lagi!!!!

suddenly.. 2 minutes ago...they playing together again... and the fight.... just left behind... (terok bebeno english aku nih)

semua disediakan oleh ibu bapa...baik makanan, minuman, ke sekolah dan aktiviti harian...

dan sudah pasti masa kita bersama ibu dan ayah lebih panjang jika dibandingkan dewasa ini...betul tak?

dan pada mereka yang sudah kehilangan ibu atau ayah..pasti merindui kasih sayang yang 

ye..ye..aku tau..kita hidup pandang ke hadapan dan bukan terjenguk-jenguk ke belakang mencari apa silapnya di masa lalu.

jika satu hari lampu ajaib terjatuh depan aku.. ingin aku nyatakan...

" ehhh boleh tak cipta mesin masa sebab aku nak balik tengok zaman kanak-kanak..."



apa motif entry ni pun aku tak pasti...

terima kasih.

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Thursday, February 7, 2013

Vlogger

Oh damn...


Aku jatuh hati pada Vlogger..


Hah?

Apa itu Vlogger?

Satu keluarga kepada blogger bezanya vlogger meluahkan ekpresi perasaan, penyampaian melalui video.


YES.


aku rasa penyampaian seperti tu lebih senang dan mudah disampaikan sebab aku tau sangat bukan ramai antara blogger yang ada di luar sana yang baca sampai habis apa benda yang korang taip kat blog tuuu..tau..tau komen..padahal tak tau pun blogger tuh tulis sal ape... (amek kau setepek)..

lagipun...namapun manusia..aku rasa dia suka melihat dari membaca... betul tak?

banyak-banyak vlogger aku suka............

tadaaaaaaaaaa.....


mat lufthi
- vid mamat ni memang lawak..tapi lawak-lawak dia ada sense di sebaliknya. so kira dia tak lah buat lawak bodoh macam certain vlogger yang control hensem je lebih (opps)




maria elena
- i like her.. cara dia spoke in english..fantastic..boombastic..mr lobaloba... ekspresi muka..haha..memang lawak giler.... (lawak yang gila)


anwar hadi
- on going tengok dia.. so far nampak macam menarik..tapi tak tengok lagi the whole of his vid... one of reason why aku tengok dia becoz mat lufthi pun mengagumi mamat ni siap guna lagi baju yang ada nama anwarhadi... jadi? apa yang best tentang dia? on going.........................



sapa lagi top 10 vloggers malaysia yang boleh korang jenguk?

check this out guys...

tapi kat makcik youtube:

mathlufthi
maria elena
anwar hadi
polkadot doughnut
kypopraganda
mentol pecah
shahrincool (cool la sangat) ::: no offense :::
aiman azlan


lain-lain..kau carik la sendiri..



sekian terima kasih.......







Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Saturday, December 22, 2012

Pertemuan dan Perpisahan


setiap permulaan pasti adanya pengakhiran. Begitu juga dengan sebuah pertemuan. Pasti akan adanya perpisahan. Tak kira samada kita suka atau tak suka. Kau kuar air mata seperti air terjun sekalipun perpisahan itu tetap akan terjadi.

Esok berakhir lah perjuangan aku di Kedah ni. Setelah hampir 2 bulan memendam rindu pada keluarga dan baby-baby tersayang yang telah aku tinggalkan, aku berjaya!!! Haha.. Siapa cakap aku tak boleh jauh dari famili aku? Aku kuat la samdol... Aku kuat atas rezeki yang Allah dah berikan pada aku ni..

Syukur Alhamdullilah Ya Allah!!!!


Sedih nak meninggalkan kawan-kawan yang dah aku anggap macam adik beradik kat sini.. Kita makan bersama, kentut bersama.. korek hidung bersama... semua bersama KECUALI mandi dan saat "keluar saham" je tak same..

Kenangan-kenangan bersama korang...aku pasti tak akan lupakan...

berikut adalah menate-menate yang aku dok buat sepanjang dua bulan di sini...

aku jadi model busana muslimah tuu... ce teka mana satu..hikhik..

cili aku yang wana biru tuu... lain dari yang lain...

so many bunny over here!!!

hasil kami setelah 2 bulan lamanye berkusus...

cantik tak??

yang ni mati akal aku nak buat.. patung tu... aku buat patung!!!

hadiah cabutan bertuah aku dapat!!

hasil karya kami... menghitung hari nak balik..chewah...

biarpun hati ni meronta-ronta nak balik rumah cepat-cepat..tapi jauh di sudut hati aku berat hati meninggalkan seseorang yang sangat-sangat aku sayangi di sini.. aii...dugaan cinta epjj... sabo je la... whatever pun..aku percaya dan yakin dan aku berdoa sesungguhnya dia itu milik tulang rusuk ku..


ohhhh....





kecoh la tuuuu.... 

bulan Jan ni aku tunggu surat perlantikan. berdebar pulak rasanya... semoga aku boleh jadi cikgu yang gila sporting macam GTO tuu.. hikhik..

doakan aku semua!!! dan mungkin aku akan kurang berblog lagi saat ini..

tapi aku pasti menjenguk mereka-mereka yang telah melawat tanah ini..

sekian..terima kasih..:)

Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur

Saturday, November 17, 2012

Hai Korang!!

Assalamualaikum korang semua..

wah berkurun abad lamanya aku tak dapat update my baby blog yang dah pun mencapai usia setahun sepemergian aku di melaka tempoh hari.. 

ahhhh... rindu korang sangat2.. (entah korang rindu tak kat aku)

Selepas seminggu aku kena belasah ala2 tentera dekat Kem Permata Resort di Melaka bermula dari 29 Oktober - 4 November lalu.. sekarang aku ditempatkan pulak di Pusat Kegiatan Masyarakat Jerlun Kedah.... 

Haa... sapa orang Kedah kat sini??????

Kenangan di Kem Permata memang siok giler.. kiteorang dikumpul dari serata Malaysia.. jadi aku dapat banyak kawan baru di merata dunia.. chewah.. dari Wilayah Persekutuan, Pahang, Kedah, Perak, Terengganu dan of course Kelantan pun masuk sekali... kiranya dari Perlis sampai la Sarawak.... entah-entah korang pun termasuk sekali kot..

Pengalaman kena angkat kerusi sepanjang malam atas kesalahan yang kiteorang sendiri pun tak tau, kena jalan gaya itik banyak kali.. pernah sekali tak tidur satu hari... aku belajar masak ala2 tentera tu... baring mengadap matahari terbit.. subhanallah cantik.... mendaki bukit 100 (aku pun tak tau kenapa panggil macam tu) dan last sekali kiteorang melintas tasik guna tali.. perghhh!!!!! memang seronok sangat....


Ni sekitar aktiviti kitaorang....

sesi bersama fasilitator merangkap penemuduga aku waktu interview tu....

budak paling muda dalam group kami...

jemputlah makan ala2 survival

ready untuk mengembara

tunggu giliran di kaki bukit 100

muka happy kami selepas berjaya turun bukit..

nampak tinggi tak bukit tu..gila penat dan mencabar dol... sebelah tu gaung!!!

meja makan kami....

bukti aku di kem plkn..

gambar di puncak... tinggi siot...

perjalanan kami di perkampungan....



gambar melintas tasik tu takde pulak sebab dah basah lencun dah tambahan excited punya pasal nak lintas tasik.. haha....

malam terakhir kitaorang di situ,, boleh pulak urusetia buat gimik panggil aku dan berpuluh peserta lain naik atas pentas dah tu marah2 kiteorang kata kiteorang tak berdisplin.. tak ikut arahan... dan last sekali diaorang kata kitaorang tak layak untuk ikut kursus seterusnya.. dan ramailah yang menangis sebab kena suruh balik...  Aku? maintain cool.. hahaha.. 

tetiba lampu dipadam dan wa lah... nyayian happy birthday berkemundang... 

terharunya.. rupa2nya dorang sambut birthday peserta yang lahir pada bulan 10 dan 11.. ceh... pandai betul urusetia ni berlakon kenakan kiteorang.. cet... tapi serius.. terharu giler... sambut birthday ramai2.. 

4 November 2012... kiteorang yang seramai 249 orang kesemuanya (kot) dipecah mengikut 4 negeri...

Pusat Latihan Kemas Kuala Lumpur
Pusat Latihan Kemas Melaka
Pusat Latihan Kemas Terengganu
Pusat Latihan Kemas Kedah ------ aku dapat kat kedah :)



Sepanjang di Kedah ni... subhanallah..cantik pemandangan bendang..sawah padi...kat sarawak tak jumpa pun pemandangan macam ni... dan tempat aku tinggal sekarang ni pun betul2 bertentangan dengan bendang.. cuma suasana disini agak la panas.... huhu..

Apa yang best??

Setelah setahun lebih aku berjauhan dengan si dia.. akhirnya minggu lepas... aku berjaya jugak jumpa si dia.. rasa macam dalam mimpi... tak sangka... rasa nak peluk je bambam aku tuu..tapi opppz... tak boleh dulu ye...hahahaha

Sekarang ni aku tengah bz buat pelbagai bahan bantu mengajar..nanti aku update pulak bahan2 yang aku buat okeh???????


Errr... agak2 mana satu aku dalam gambar? haha


Maafkan Penggunaan Kata 'Aku' Pada Mereka Yang Lebih Berumur